Pengarah MKN Sabah 'kontroversi' ditukar kini dilantik Pengarah Imigresen Sabah
12:12 Dec 04, 2021  |  By SabahKini2
Pengarah MKN Sabah 'kontroversi' ditukar kini dilantik Pengarah Imigresen Sabah

Baru sahaja beberapa bulan Pengarah JIM Sabah Mohamad Sanusi dilantik akhirnya ditukar lagi atas sebab tidak sebulu dengan KP JIM Dato' Khairul. Kini Pengarah MKN Sabah yang kontroversi dipindahkan ke JIM. Apa motif?

Polemik dan politik pelantikan Pengarah Jabatan Imigresen Sabah tidak pernah berakhir. Selepas Pengarah kontroversi lantikan Warisan Dato' Dr. Muhammad dipindahkan bertugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan berkuatkuasa September lalu.

Kini penggantinya Mohamad Sanusi Abdul Karim yang sepatutnya melaporkan diri belum sempat pun duduk di kerusi itu ditukar semula oleh Ketua Pengarah Imigresen Dato’ Khairul Dzaimee Daud gara-gara Sanusi dianggap tidak sebulu dengan Ketua Pengarah itu.

Terbaru Pengarah Pn Sh Sitti Saleha Habib Yussof Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sabah yang kontroversi di Zaman Warisan bersama Muhammad Sade kerana pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) dilantik pula sebagai Pengarah Jabatan Imigresen Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Rodzi KP MKN baharu digesa rombak MKN Sabah segera]

[ARTIKEL BERKAITAN- Dulu Warisan demi Filipina sekarang berdrama desak Filipina gugur tuntutan ke atas Sabah ]

Apakah motifnya? Sama ada Dato’ Khairul Dzaimee Daud mahukannya atau tak ada tempat dah melemparkan Sh Sitti Saleha Habib Yussof ini ke Semenanjung atau Sabah. Sebelum ini Christina Rundi Pengarah Kesihatan Sabah dipindahkan ke Putrajaya namun mengambil keputusan meletak jawatan lebih awal. 

Jika sebagai Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sabah pun beliau sudah boleh menggerakkan PSS di belakang tabir inikan pula sekarang beliau dilantik sebagai Pengarah Imigresen Sabah. Begitu banyak akses di jabatan itu melibatkan passport, permit masuk, kewarganegaraan dan juga dokumen lain.

Apakah akan berlaku? Jika Muhammad Sade datang sebagai Pengarah ‘sombong’ dan bongkak di JIM apakah Sh Sitti Saleha jenis cakap lepas malukan pegawai ini akan membawa perangai lamanya ke Jabatan Imigresen Sabah? Memandangkan beliau sudah dilantik sebagai Pengarah Imigresen, sama-sama kita melihat prestasinya.

Jika Datuk Muhammad Sade tak berani pun mendakwa Datuk Peter Hii pemilik ladang Borhill Sandakan kroni Shafie Warisan kerana menggaji secara haram Geng Abu Sayyaf di ladangnya di bawah Seksyen 55B(1) Akta Imigresen 1959/63 apakah agaknya Sharifah Sitti Saleh ini berani berbuat demikian?

[ARTIKEL BERKAITAN- Geng Abu Sayyaf akan didakwa, bila imigresen Sabah mahu dakwa Datuk Peter Hii kroni Shafie upah PATI? ]

Atau beranikah beliau secara lebih kerap melakukan operasi pendatang asing di kawasan kediaman setinggan di Sepanggar, Kota Kinabalu atau seluruh Sabah.

 

3 Comments