MP tolak Akta 342, denda RM100K, 7 tahun penjara sebagai ‘Kerja Gila’
00:12 Dec 16, 2021  |  By SabahKini2
MP tolak Akta 342, denda RM100K, 7 tahun penjara sebagai ‘Kerja Gila’

Beberapa ahli parlimen kerajaan, pembangkang dan netizen nampaknya memberi reaksi negatif berhubung pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). KJ beri amaran jangan tempangkan KKM

Beberapa ahli parlimen kerajaan, pembangkang dan netizen nampaknya memberi reaksi negatif berhubung pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Media melaporkan ramai tidak senang dengan pindaan terhadap Akta 342 apabila menaikkan kadar maksimum kompaun terhadap individu yang melakukan kesalahan di bawah Akta 342 had maksimum denda individu melanggar Standard Operating Procedure (SOP) Covid-19 dinaikkan dari RM1,000 (atau RM10,000 ketika darurat) kepada RM100,000 dan 7 tahun penjara. Had maksimum denda korporat langgar SOP pula dinaikkan dari RM50,000 ke RM2 juta.

Najib dalam facebooknya menulis sebagai ‘Kerja Gila’ dan tidak akan menyokong akta ini.

‘Saya tidak sokong’

‘Acara kerajaan didenda RM1k minggu lepas sudah pun menaikkan kemarahan Rakyat sedangkan ramai lagi didenda dengan nilai jauh lebih tinggi termasuk acara BN (RM20k) dan acara Najib (RM20k).

‘Malah, saya lupa scan MySejahtera sudahpun didenda RM3k manakala kedai nasi ayam terbabit dikenakan denda RM10k sebab tidak pastikan saya scan MySejahtera.

Dikala rakyat sengsara dan terkesan dengan segi ekonomi akta ini dianggap sebagai  “National Embarrassment”.

Beberapa portal turut menggelar pindaan Akta 342 sebagai ‘tidak masuk akal’. Pengalaman sebelum ini penguatkuasaannya tidak seindah mana dan sering menyelamatkan golongan kayangan dan pemimpin politik berbanding rakyat biasa. 

Kes paling sinonim ialah pada 1 disember lalu kes Neelofa dan PU Riz dilepas tanpa dibebaskan kes langgar SOP kedai karpet Nilai. Malah semua pendakwaan mahkamah ditarik balik. 

Bagi syarikat-syarikat besar seperti pengeluar sarung tangan ataupun kilang-kilang pengalaman sebelum ini ketika undang-undang darurat dilaksana syarikat jerung ini tetap dihukum dengan denda yang tidak besar malah ada kilang yang melanggar SOP dilaporkan membayar rasuah pihak-pihak penguatkuasa negeri agar tidak diambil tindakan kepada kilang mereka. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Majikan bayar rasuah sembunyi status pekerja positif Covid-19 punca kluster ‘kilang’ merebak? ]

Portal Code Blue pula misalnya melakukan cubaan untuk membuat perbandingan hukuman dengan pelbagai akta sedia ada termasuk Seksyen 304a Kanun Keseksaan bagi kes kematian kecuaian bahawa hukuman Akta 342 lebih keras.

Sementara itu Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk tidak menyokong Rang Undang-Undang Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 dalam bentuk yang dibentang.

Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini berikutan selepas RUU itu diperincikan secara keseluruhan, mendengar pandangan ahli-ahli Parlimen dan respon rakyat. 

“Ini kerana jumlah denda dan kompaun yang keterlaluan itu mungkin membuka ruang berlakunya salah guna kuasa, rasuah, serta amalan antara dua darjat. 

“Saya dan saf Pembangkang tidak boleh menyokong RUU ini dalam bentuk yang telah dibentang. Saya telah menyatakan pendirian ini kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob),” katanya

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyokong gesaan Anwar Ibrahim dan berpendapat kerajaan perlu mengadakan perbincangan mendalam dengan Pakatan Harapan (PH) serta pembangkang amnya agar satu bentuk pindaan Akta 342 yang lebih baik dapat diperoleh dan dipersetujui bersama.

“PH meneliti secara terperinci RUU Akta 342 yang telah dibentang pada Selasa dan difahamkan bakal dibahas Khamis ini.

“Walaupun satu pindaan tambahan telah dibawa hari ini (Rabu) yang mengurangkan denda dan kompaun bagi RUU tersebut, ahli-ahli Parlimen PH berpandangan bahawa RUU ini tetap membuka ruang yang luas untuk berlakunya salah guna kuasa, rasuah, serta amalan ‘antara dua darjat’.


KJ beri amaran

Sedar tentang sikap Ahli Parlimen yang menolak pindaan Akta 342 Khairy Jamaluddin Menteri Kesihatan memberi amaran bahaya menolak akta itu.

KJ menyeru semua ahli Parlimen termasuk daripada blok pembangkang menyokong Rang Undang-undang (RUU) Akta 342 itu sebagai 'senjata' tambahan menghadapi pandemik Covid-19.

Menurut KJ  beliau telah memberi taklimat kepada kepada ahli-ahli Parlimen pada Isnin lepas mengenai garis panduan serta beberapa syarat yang perlu dipatuhi dalam pindaan itu sebelum jumlah kompaun dikeluarkan atas setiap kesalahan atau pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) pandemik Covid-19.

Katanya, garis panduan itu turut melindungi daripada berlakunya kompaun yang terlalu zalim kepada rakyat.

"Tak kanlah kita nak bagi kompaun RM10,000 kalau tidak pakai pelitup muka. Ada syarikat pendapatan berbilion ringgit setahun, jadi kalau akta sedia ada hanya membenarkan KKM memberi kompaun RM1,000 kepada kilang yang telah banyak kali menjadi kluster, setelah kita buat penilaian kalau itu silap mereka patutlah ambil tindakan.

"Jadi saya minta jangan tempangkan KKM, kalau sekiranya kita tidak dapat pindaan ini. Dari segi perhalusan atau penelitian kita ada garis panduan, ada peraturan dan saya sudah maklumkan kepada pembangkang dan juga semua ahli Parlimen saya akan bawa garis panduan itu kepada Jawatankuasa Pilihan Khas," katanya.

Jika pindaan Akta 342 ditolak apakah yang akan terjadi pada KJ?

 

1 Comment