Dulu demi Sabah untuk rakyat Sabah, 'Sabah kita punya' Awas orang 'Malaya' mencuri hak Sabah. Tetapi kini untuk berkuasa dan berangan jadi PM, Shafie merayu rakyat semenanjung Warisan mahu masuk 'Malaya'. Orang semenanjung ok ke?
Warisan, parti berasal dari Sabah didominasi kaum suluk bajau Semporna secara rasmi melebarkan sayap ke Semenanjung hari ini dengan presidennya, Shafie Apdal sekali lagi kemaruk melaungkan janji “menjadi Perdana Menteri untuk semua” sekiranya menang PRU15.
Shafie juga mengesahkan Warisan akan bekerjasama dengan Parti MUDA pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam menentukan strategi pengembangannya di Semenanjung, termasuk kerusi yang akan ditandingi.
“Kita tak boleh beranggapan semua negeri kita akan bertanding. Saya perlu pragmatik (jadi),itu yang saya akan perincikan dengan rakan saya presiden MUDA,” Shafie memberitahu pemberita.
Sebelum itu, ketika melancarkan kemasukan Warisan di Semenanjung, Shafie berkata parti pimpinannya memperjuangkan kepentingan pelbagai kaum, dan tidak hanya tertumpu kepada satu-satu bangsa.
Namun bagi rakyat Sabah semua tahu Warisan dimonopoli oleh ‘Orang Semporna’ malah ketika berkuasa menjadi kerajaan, banyak pelantikan pegawai di negeri Sabah dimonopoli oleh ‘Sempornarian’ sehingga menjadi isu besar dalam PRN Sabah lalu.
ARTIKEL BERKAITAN [VIDEO] Hipokrasi 5: Shafie mengaku lantik keluarga, 'orang semporna' dalam jabatan, GLC kaum lain dapat apa?
ARTIKEL BERKAITAN - Shafie kata 'Sempornarian' hanya rekaan tapi lantik Omar Mammah Presiden MPT
Ketika menjadi Ketua Menteri juga Shafie dan Warisan sering kali menghina orang semenanjung sebagai ‘Malaya’ pencuri hak Sabah. Parti Malaya tidak berhak campur tangan di Sabah. ‘Sabah hanya untuk orang Sabah’ dan ‘Sabah kita punya’
Kini kerana cita-citanya mahu menjadi PM10 Shafie dan Warisan mula menyusun strategi masuk ke ‘Malaya’ merayu meminta orang Malaya memilihnya sebagai Perdana Menteri. Warisan tahu di Sabah mereka hanya cukup-cukup makan apabila kalah dalam PRN pada September. Selain berhadapan pemimpin Warisa melompat daripada parti.
“Sebab itu, kita perlu bermula hari ini, tidak boleh lagi tunggu esok atau minggu depan atau tahun depan. Kita mulakan di sini, di Kuala Lumpur,” katanya.’
Apakah rakyat di Semenanjung akan terpedaya dengan drama kemaruk jadi PM Shafie Apdal? Apakah orang Malaya melihat Shafie pemimpin Semporna layak menjadi Ketua Mereka? Negeri Sabah pun mereka kalah inikan mahu mengemudi seluruh negara.