Cassandra Pelakon mengaku ‘jual badan’ kerana masalah kewangan
17:01 Jan 06, 2022  |  By SabahKini2
Cassandra Pelakon mengaku ‘jual badan’ kerana masalah kewangan

Berdasarkan pemeriksaan, Cassandra Angelie baru melakukan aktiviti pelacurannya sebanyak lima kali dan individu individu terbabit bukan dari kalangan pegawai kerajaan

Pelakon sinetron Indonesia, Cassandra Angelie, sedang disiasat pihak berkuasa selepas dia mengakui pernah dilanggan lima kali sebagai pelacur.

Ketua Polis Metro Jaya, E Zulpan, berkata siasatan dilakukan untuk mengetahui siapakah individu yang menggunakan khidmat aktres terbabit sebagai pelacur dalam talian.

“Berdasarkan pemeriksaan, CA baru melakukan aktivit pelacurannya sebanyak lima kali dan individu individu terbabit bukan dari kalangan pegawai kerajaan,” katanya dipetik Liputan 6.

Zulpan berkata, Cassandra terbabit dalam kancah itu disebabkan pelawaan rakannya, dan polis tidak menolak pelanggan yang menggunakan khidmat pelakon terbabit terdiri daripada tokoh terkenal.

Bagaimanapun, polis tidak menahan Cassandra meskipun dia dinamakan sebagai salah seorang daripada suspek namun jika kemudian disabitkan kesalahan dia boleh dihukum penjara.

Cassandra dicekup ketika melakukan aktiviti terlarang itu di sebuah hotel mewah di Jakarta Pusat pada 29 Dis tahun lalu.

Jenayah itu terbongkar selepas polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung aktiviti pelacuran yang berlaku di beberapa hotel di kawasan sekitar Jakarta.

Ketika serbuan dilakukan, Cassandra dan pelanggannya ditangkap dalam keadaan telanjang di kamar hotel.

 

Selain pelakon itu, turut ditahan dalam serbuan tersebut tiga orang lelaki yang bertindak sebagai bapa ayam.

Dalam satu penjelasan kepada polis, Cassandra mengaku terpaksa melakukan aktiviti persundalan kerana terdesak untuk mendapatkan wang. Dia mendakwa mengalami masalah kewangan yang teruk akibat impak Covid-19.

Ditanya kemungkinan polis untuk mendedahkan nama lelaki hidung belang terbabit, Zulpan bagaimanapun menegaskan pihaknya tidak ingin membuat andaian semberono.

“Kami tak ingin berandai-andai. Kami hanya bercakap mengikut fakta saja,” tegasnya.

Terdahulu, Suruhanjaya Nasional Antikekerasan Terhadap Perempuan mendesak polis mendedahkan maklumat mengenai suspek.

Namun, Zulpan berkata, setakat ini tiada tindakan akan diambil terhadap mereka namun pendirian itu boleh berubah jika salah seorang daripada isteri pelanggan Cassandra membuat laporan polis.

 

3 Comments


judi online | 6 hours ago
bila polis d7 mau serbu kedai2 mini market cth hebat mart,check point mart,mango mart,ac mart dan byk lagi d seluruh sabah...xkan mau tunggu bukit aman sahaja!
S.Adam | 6 hours ago
Km.Safie Abdal.dgn secar jelas dn lancung lantang mmbertahu kedutaan Phillipina yg dia akan menyelasaikan issu PATI dri Phillipina yg xbrdekumen sya secra peribadi dn seluruh rkyt tulonnSabahan xfhm yg dimksdkn beliau Perlu di ingatkan pda km yg ada skrg ini pemberian sebarng dekumen PATI dri mna2 ngra ada lh sdh tentu melanggar undang2 immegration apa lgi jika ini menjurus kpda pemberian ic kad Malaysia Ada lah sgt2 tdk adil.bagi rkyt peribumi tulin jika ini lah satu ajenda Warisan dan ini perlu di tukar kerajaan yg menyeleweng dan membelakangkn udang2 perlembagaan ngra Malaysia Jika ini lah jadinya maka ini jelas bukti yg ini satu penghianatan dan penindasan bagi rkyt peribumi Sabah apa tdk manusia yg dtg drpd seberang secra haram telah merampas hak kami sebagai Sabahan tulin dan ini sya tetap pertahankan fakta ini walau pn naik Mahkamah
Abdul Rsja | 6 hours ago
Laluan Internet lemah di oersekitaran Kg.Kunak 2 Kunak Sabah
admin@sabahkini2  | 6 hours ago
kena usaha cara. asalkan info dapat....
Khasiwat@Bernard R. | 6 hours ago
Onsoi ammmm...!
fikrah | 6 hours ago
terima kasih buss ku.. banyak info ni