Junz Wong bakal disiasat kerana sebar maklumat PALSU dalam Facebook!
13:02 Feb 09, 2018  |  By SabahKini2
Junz Wong bakal disiasat kerana sebar maklumat PALSU dalam Facebook!

Biro IT Warisan kata ini satu usaha melaga-lagakan penama Facebook dengan Junz Wong tetapi hakikatnya Junz Wong yang berkongsi maklumat PALSU dan menyebarkannya!

KOTA KINABALU: Tahun lalu seorang pesara Telekom Malaysia (TM) didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur  selepas mengaku bersalah membuat dan memulakan penghantaran komunikasi  palsu menggunakan aplikasi Facebook. Hakim Zainal L. Saleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Kamarzaman Mustafa, 56, yang merupakan Orang Kena Saman (OKS) dan menasihatkan Kamarzaman supaya berfikir dahulu sebelum berkongsi apa-apa maklumat dalam laman media sosial.

“Pastikan dahulu kesahihan sesuatu perkara sebelum menyebarkannya, kalau sesuatu berita itu tidak betul atau tidak pasti, jangan sebarkan kerana itu boleh menyebabkan kegusaran kepada orang ramai,” katanya. Mahkamah turut memerintahkan Kamarzaman menjalani hukuman penjara sebulan sekiranya dia gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.

4 februari lalu Sabahkini2 telah mendedahkan seorang penyokong Warisan tegar menggunakan nama Facebook Neo Khai memfitnah Ketua Menteri Sabah,  kerajaan negeri dan Jabatan Perhutanan menggunakan imej-imej PALSU yang pernah ditularkan pada tahun 2016. Satu laporan polis dibuat oleh Datuk Zulkarnain Mahdar Presiden Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM) namun akaun facebook palsu tersebut telah ditutup.

Lebih mencurigakan Junz Wong Naib Presiden Warisan telah berkongsi maklumat palsu Neo Khai tersebut dan menyebarkan dalam media sosial. Netizen yakin Junz Wong yang juga Adun Likas sedar maklumat yang disebarkan serta mengenali penama facebook Neo Khai. Sebagai pemimpin kanan parti tidak mungkin beliau berkongsi maklumat dengan orang yang tidak dikenalinya sehingga ia disahkan benar atau melainkan Junz Wong yang mengarahkan sebaran itu dibuat.

Hari ini Pengarah Biro IT Wira Warisan Negeri Sabah merangkap Ketua Wira Warisan Bahagian P.169 Kota Belud, Datu Abdul Hafiz bin Datu Abdullah menafikan bahawa Naib Presiden Parti Warisan Sabah, YB Junz Wong pernah mengeluarkan arahan bersekongkol memfitnah menggunakkan gambar palsu.

“Junz Wong tidak pernah mengarahkan Biro IT  menyebarkan sebarang isu atau maklumat tidak sahih melalui media sosial seperti Whatsapp dan facebook”. katanya

Menurut Hafiz lagi  besar kemungkinan pemilik akaun facebook yang bernama Neo Khai itu sengaja dilaga-lagakan dengan pucuk pimpinan Warisan bagi memecah belahkan kesatuan yang sangat jitu dikalangan penggerak dan penyokong Warisan.

Kemusykilan alasan melaga-lagakan pemimpin Warisan dengan penyokong Warisan juga nampak tidak berasas kerana 'print screen' facebook Junz Wong yang direkodkan jelas berkongsi pautan maklumat facebook Neo Khai. 

Jika Junz Wong serta Biro IT Warisan tahu kesalahan menyebarkan atau berkongsi perkara-perkara kandungan palsu sebagai melanggar undang-undang negara di bawah  Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sudah tentu Junz Wong sebagai wakil rakyat Sabah tidak bertindak demikian.

Oleh itu adalah sangat jelas Junz Wong boleh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Perkongsian maklumat palsu dari Neo Khai secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu yang sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 2 Februari lalu menyebabkan Ketua Konservator Hutan Datuk Sam Mannan terpaksa membuat kenyataan media menafikan maklumat palsu yang tular.

Oleh itu adalah amat jelas oleh kerana laporan polis dan SKMM telah dibuat ke atas penama  facebook Neo Khai dan telah disebar oleh Junz Wong maka  amat wajar Junz Wong dipanggil oleh pihak polis dan SKMM bagi membantu siasatan. Perkongsian maklumat palsu dikalangan para wakil rakyat adalah sesuatu yang amat serius dan memalukan. 

Comment