Sabah merekodkan 176 kes baharu COVID-19
16:01 Jan 21, 2022  |  By SabahKini2
Sabah merekodkan 176 kes baharu COVID-19

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, terdapat tujuh daerah mencatat kes baharu dua angka yang didahului oleh Kota Kinabalu dengan 41 kes, diikuti oleh Penampang 19 kes, Papar 15 kes, Tuaran 15 kes, Beaufort 13 kes, San

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 176 kes baharu COVID-19 hari ini dengan penurunan sebanyak 80 kes berbanding hari sebelumnya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah kes dari kluster-kluster aktif hanya 11 kes.

"Tujuh kes disumbangkan dari Kluster Jalan Pertukangan Sandakan dan empat dari Kluster Puri Ranau. Jumlah ini juga mempengaruhi catatan harian kes baharu yang lebih rendah di Sabah.

"Terdapat tujuh daerah mencatat kes baharu dua angka yang didahului oleh Kota Kinabalu dengan 41 kes, diikuti oleh Penampang 19 kes, Papar 15 kes, Tuaran 15 kes, Beaufort 13 kes, Sandakan 12 kes dan Kota Marudu 11 kes.

"Tidak ada kes baharu di Kalabakan, Nabawan, Kunak, Telupid, Beluran dan Semporna," katanya.

Beliau berkata, kedudukan semasa jangkitan COVID-19 di Sabah adalah stabil. Turun naik kes harian secara mendadak banyak dipengaruhi oleh kemunculan kluster-kluster baharu dari semasa ke semasa. 

Katanya, tetapi apa pun jumlah kes setiap hari, statistik yang konsisten ialah lebih 98 peratus daripada semua kes baharu berada dalam Kategori 1 dan 2. 

"Vaksinasi telah mengurangkan dengan banyak kes-kes serius akibat jangkitan COVID dan ini telah mengurangkan secara signifikan jumlah pesakit yang perlu dimasukkan di hospital untuk rawatan.

"Hari ini, 172 orang daripada 176 pesakit baharu berada dalam Kategori 1 dan 2 yang pada lazimnya tidak memerlukan rawatan di hospital.

"Dua lagi pesakit berada dalam Kategori 3 dan masing-masing seorang dalam Kategori 4 dan Kategori 5," katanya.

Comment