Warisan terdesak terima ADUN Selangor terkait Skandal 'Hubungan Sulit' demi Warisan 'Malaya'
11:01 Jan 24, 2022  |  By SabahKini2
Warisan terdesak terima ADUN Selangor terkait Skandal 'Hubungan Sulit' demi Warisan 'Malaya'

Ramai Adun Warisan lompat parti termasuk Peter Anthony. Demi Warisan 'Malaya' Shafie dan Warisan terpaksa terima Adun terkait Skandal 'Hubungan Sulit' untuk hidupkan Warisan Malaya. Adun Teratai, Bryan Lai Wai Chong akan memimpin Warisan Selangor?

Terdesak dengan Adun dan pemimpin Warisan yang keluar parti Warisan tidak ada pilihan melainkan mencari mana-mana adun untuk melompat ke parti itu

Akhirnya seorang bekas wakil rakyat DAP di Selangor yang pernah terlibat dengan skandal hubungan sulit serta kes menceroboh kawasan hutan di tepi sungai Pos Lenjang  Cameron Highlands diterima menyertai Warisan bersama 3 lagi bekas wakil rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teratai, Bryan Lai Wai Chong yang keluar daripada DAP kerana skandal hubungan sulit kononnya tidak mahu memburukkan nama DAP kini bersama Warisan. Skandal itu nampaknya berjaya dibersihkan selepas menyertai Warisan.

Bryan Lai Wai berterima kasih kerana Shafie Apdal memungutkan walaupun terpalit kontroversi sebelum ini. Baginya Shafie Apdal pemimpin berfikiran terbuka

Turut berpaling tadah ialah bekas ahli parlimen DAP Jelutong Jeff Ooi Chuan Aun, bekas anggota exco kerajaan negeri Pulau Pinang Danny Law Heng Kiang dan bekas pemimpin UMNO terbuang Suhaimi Salleh.

Warisan secara rasmi meluaskan sayap ke Semenanjung pada bulan Disember lalu dan menyaksikan Naib Presiden kesayangan Shafie Apdal Datuk Peter Anthony keluar daripada Warisan kerana tersasar dari matlamat asal untuk orang Sabah. 

Warisan sangat terdesak selepas ramai adunnya keluar parti Junz Wong Naib Presiden Warisan mengajak bekas-bekas pemimpin BN, PH dan PN yang kecewa menyertai Warisan supaya menunjukkan parti itu masih mendapat tempat dihati rakyat.

[ARTIKEL BERKAITAN- Junz Wong seru pemimpin kecewa dari BN, PN, PH lompat ke Warisan ]

Terbukti kini bekas ADUN DAP yang penuh skandal hubungan sulit dengan wanita pun sanggup diterima oleh Warisan untuk menggerakkan Warisan di Selangor. Dilaporkan nanti Bryan Lai Wai Chong akan memimpin Warisan Selangor. Dalam DAP ada ramai pemimpin dikaitkan sebagai kaki rogol, dadah, minum, kaki 10 %, dan hubungan sulit. Warisan perlukan pemimpin DAP yang kontroversi untuk memimpin parti Warisan di Malaya. Bekas pemimpin kecewa boleh menggunakan Warisan sebagai kuda baru jadi calon pilihanraya.

Parti anak muda Ikatan Demokratik Bersatu Malaysia (Muda) sekutu Warisan untuk pilihan raya umum ke-15 dijadikan alat untuk bergerak di Semenanjung Malaysia. 

 

886 Comments