Sabah mencatatkan 118 ke baharu COVID-19
15:01 Jan 24, 2022  |  By SabahKini2
Sabah mencatatkan 118 ke baharu COVID-19

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah berkenaan merupakan penurunan sebanyak 54 kes berbanding jumlah pada hari sebelumnya.

KOTA KINABALU: Kedudukan jangkitan COVID-19 di Sabah secara keseluruhannya menunjukan trend penstabilan yang baik dengan hanya merekodkan 118 kes baharu hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah berkenaan merupakan penurunan sebanyak 54 kes berbanding jumlah pada hari sebelumnya.

"Hari ini hanya lima daerah mencatatkan kes baharu dua angka yang didahului oleh Kota Kinabalu dengan 17 kes diikuti oleh Papar dengan 15 kes, Tuaran 15, Penampang 13 dan Sandakan 12.

"Ranau hanya merekodkan dua kes baharu semalam dan Beaufort juga cuma mencatatkan lapan kes baharu. Enam daerah tidak mencatat sebarang kes baharu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, seperti yang telah nyatakan sebelum ini, turun naik jumlah kes harian di Sabah banyak dipengaruhi oleh kemunculan kluster-kluster baharu dari semasa ke semasa.

Katanya, sikap masyarakat yang bertanggungjawab seperti pematuhan kepada semua SOP COVID-19 juga faktor penting dalam usaha mengekalkan jumlah kes baharu pada tahap yang rendah di Sabah.

"Semua rakyat berperanan sebagai  petugas 'barisan hadapan’ dalam usaha negeri kita membanteras penularan virus ini.

"Sebanyak 114 daripada 118 kes baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, masing-masing dua kes dalam Kategori 3 dan Kategori 4. Tidak ada pesakit dalam Kategori 5," katanya.

Comment