Rumah Pangsa LPPB Tanjung Aru: Junz Wong, Warisan marah projek kroni Jaujan Sambakong RM28.5 juta ditamatkan!
12:01 Jan 29, 2022  |  By SabahKini2
Rumah Pangsa LPPB Tanjung Aru: Junz Wong, Warisan marah projek kroni Jaujan Sambakong RM28.5 juta ditamatkan!

Mengapa Warisan putar belit? Mengapa sekarang dulu diam? Rupanya kontraktor pembangunan semula rumah LPPB Tanjung Aru sejak Mei 2020 melalui arahan kelulusan September 2019 oleh Shafie Apdal dan Bekas Menteri KKTPS Jaujan Sambakong telah ditamatkan.

Drama Warisan sudah bermula. Penyokongnya mula menjadikan Projek membangun semula tapak rumah pangsa Tanjung Aru sebagai projek Kerajaan GRS yang kononnya gagal dan menindas rakyat. Tulisan Junz Wong Adun Tanjung Aru dalam FBnya seperti terlupa projek itu asalnya milik siapa. Sebenarnya Junz Wong dan pemimpin Warisan marah sebab projek tu berkait dengan kontraktor Warisan.

Projek pembangunan semula jelasnya diintai oleh Kerajaan Warisan melalui Menterinya Datuk Jaujan Sambakong dan diluluskan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal pada  29.10.2019 kepada syarikat kroni Warisan ketika itu Syarikat Arah Hartawan Sdn Bhd.

Bagaimanapun syarikat kroni Warisan Junz Wong dan Jaujan Sambakong itu tidak punya wang dan tidak layak pun menjadi pemaju bersama LPPB. Audit syarikat juga tidak dibuat bertahun-tahun sejak tahun 2010.

Bagaimanapun ketika itu semuanya arahan Shafie Apdal dan Jaujan Sambakong tentunya LPPB akur melaksanakan projek itu sehingga LOA atau Surat Setuju Terima daripada  LPPB kepada Syarikat Arah Hartawan Sdn Bhd bertarikh 19 Mei 2020 rujukan LPPB/PPK (S) JV/200-1/4 VOL.7 (33).

Kelulusan itu adalah arahan Shafie Apdal melalui surat 9 April 2020 rujukan KEW (S) 200-3/85 (15). Surat SUT KKTPS Hajah Masnah Mat Salleh rujukan KKT&P (5) 200-0/9 Jld.7 [ ] bertarikh 30 September 2019 atas arahan Jaujan Sambakong menjelaskan projek bernilai RM28.5 juta ini!

RM28.5 juta! tiba-tiba kontraktor kroni Warisan ditamatkan. Maka benganglah Junz Wong, Jaujan dan Warisan. Berpura-puralah Junz Wong mengalihkan isu kononnya mempertahankan penduduk dari di usir wal hal beliaulah dan Warisan sebelum ini sudah merancang lebih awal malah sudah 'pau' pun komisen projek selepas LOA diberikan.

 

 

Mengapa Warisan menentang pemindahan penghuni flat sudah terjawab kerana kontraktor kroni sudah ditamatkan. Kini perlu mempergunakan rakyat untuk menggagalkan perumahan baharu yang lebih selamat. Mungkin para penyokong tegar Warisan saja tidak mahu berpindah.

Jika tidak kroni Warisan mana mungkin dilantik kerana syarikat ini hanya mempunyai modal berbayar RM100,000 sahaja.  Semakan menunjukkan syarikat juga telah ditutup (Dissolved). Penama pun ada orang Semenanjung.


Antara penama syarikat Arah Hartawan Sdn Bhd

Jika tidak percaya tanyalah Datuk Jauhan Sambakong dan SUT Tetap KKTPS  Hajah Masnah Mat Salleh yang menandatangani surat ketika itu. Maka rakyat jangan percaya Junz Wong dan Warisan memutar belitkan fakta. Kalau benar tidak mahu  melaksanakan projek pembangunan baru di tanah LPPB Tanjung Aru mengapa Kerajaan Warisan melantik kontraktor kroni sejak tahun 1999,  mengapa Junz Wong dan Warisan tidak mempersoalkan ketika itu. Mengapa baru sekarang?

Jaujan Menteri dan Masnah Mat Salleh SUT sangat tahu projek ini

Hari ini justifikasi yang kuat bagi meneruskan pembangunan semula projek ini ialah kerana bangunan itu dibina pada tahun 1970 yang kini berusia lebih 50 tahun. Junz Wong sendiri melawat rumah LPPB itu dan melihat sendiri bangunan itu tidak selamat.

Oleh itu Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Mei 2021 lalu telah mengeluarkan notis kepada penghuni di Blok 11 yang disewa oleh 315 keluarga dan 12 orang penyewa kedai.

Notis itu memaklumkan bahawa mereka perlu mencari sendiri rumah baharu dan mengosongkan unit masing-masing menjelang akhir Disember tahun lepas, dengan menyebut bahawa keselamatan struktur flat itu menjadi kebimbangan kerana bangunan itu telah digunakan sejak 1970.

Notis lebih awal itu memudahkan penghuni membuat persediaan untuk berpindah ataupun mendapatkan tempat tinggal yang baharu.

Bagaimanapun penghuni di flat itu tidak mahu berpindah dengan 1001 alasan sekalipun mempunyai masa mencukupi dan terus membuat tekanan untuk meminta alasan kukuh LPPB tidak mahu berpindah. Penghuni juga mengadakan demontrasi 24 Januari lepas. Semua ini atas hasutan Junz Wong dan Warisan.

Pengerusi LPPB Masiung Banah juga hadir ke Kawasan flat itu dan memberitahu penduduk bahawa LPPB berpegang pada keputusannya dan menguatkuasakan notis pengusiran kerana bangunan itu tidak lagi selamat untuk diduduki.


Pengerusi LPPB baru Masiung Banah memberitahu penduduk tentang bahaya bangunan di kawasan itu.
LPPB perlu laksana pembangunan semula

Masiung juga membenarkan penduduk memilih untuk tinggal sementara jika mereka tidak menemui tempat untuk berpindah, tetapi masanya mereka perlu pindah juga dan  pihak lembaga akan menghentikan kutipan sewaan dan penyelenggaraan bangunan.

Namun jika penghuni tidak berpindah sudah tentu kerja-kerja pembangunan semula tidak dapat dilakukan.

Malah notis pada Mei 2021 LPPB memberi  keutamaan kepada penyewa yang rumah mereka mengalami kerosakan teruk serta tidak mempunyai rekod tunggakan bayaran sewa, orang-orang kurang upaya dan warga emas berpindah ke mana-mana Kawasan perumahan sewa yang kosong milik LPPB. Jadi tidak timbul Kerajaan GRS dan LPPB menindas rakyat. Pilihan dan kelonggaran diberi hanya penyokong Warisan saja berdegil pindah 

Hakikatnya penyewa tidak mahu berpindah dan mahu dekat dengan lokasi seperti di Putatan dan Penampang. Misalnya LPPB menawarkan 39 penyewa rumah baharu di Sepanggar (Banyak rumah LPPB) tetapi hanya lima yang telah menerimanya. Mereka pula demand hanya mahu di Tanjung Aru! 

Ketika Kerajaan Warisan berkuasa selama 22 bulan Kawasan flat ini tetap tidak diselenggara oleh LPPB kerana bangunannya yang uzur. Maka cadangan KKTPS dan LPPB bermula tahun 1999 itu adalah satu cara mengatasi masalah pembangunan semula kawasan ini. Bezanya Warisan melantik kontraktor yang gagal dan tidak punya kelayakan.

 

Bangunan lama.

Sekarang KKTPS dan LPPB mahu terus melaksana projek pembangunan semula rumah pangsa LPPB Tanjung Aru ini dengan cadangan pelbagai pihak yang masih dalam penilaian kontraktor yang lebih layak serta cukup dana melaksanakan projek ini bukan yang RM2 kroni Jaujan Sambakong dan Junz Wong syarikat Arah Hartawan Sdn Bhd.

Lepas tu bising-bising bila kroni kena buang!

 

3 Comments