Mengejutkan! RM29 ribu elaun 7 pegawai tapi 5 Pegawai curi duit MARA Corp tanpa kelulusan Lembaga Pengarah!
17:02 Feb 06, 2022  |  By SabahKini2
Mengejutkan! RM29 ribu elaun 7 pegawai tapi 5 Pegawai curi duit MARA Corp  tanpa kelulusan Lembaga Pengarah!

MARA Corporation hanya mencadangkan elaun RM29,000 sebulan sahaja untuk 7 pegawai yang tersenarai namun diam-diam 5 pegawai meluluskan bayaran lebih dari kelulusan BOD MARA Corp.Pegawai hanya Gred 41-52 tetapi elaun sangat melampau!

Polemik dalam MARA Corp semakin memuncak. Selepas surat permohonan siasatan terhadap 5 pegawai MARA kerana salah guna kuasa membayar elaun tinggi tular kini 5 pegawai kanan MARA itu diketuai Noor Irwan Marmin pemangku Group CEO MARA Corp membuat laporan polis mendakwa mereka difitnah oleh Pengarah Eksekutif.

Laporan itu dibuat mereka secara berasingan di Balai Polis Dang Wangi

Sumber memberi maklum laporan polis ini sudah dirancang awal susulan tularnya surat penyiasatan itu memandangkan SPRM mengesahkan akan menyiasat MARA Corp bermula isnin ini (7 Februari 2022) sebagai mana kenyataan media SPRM.

Untuk rekod semua 5 pegawai MARA ini mempunyai tugas hakiki di pejabat MARA dari Gred 41 hingga 52. Bermakna  gaji hakiki Gred 52 sekitar lebih RM7000 dan maksima pun bergaji RM11,000.

Di MARA Corp mereka mendapat elaun dari RM3000 hingga RM5000. Hanya berkhidmat 6 bulan dan sambung lagi 6 bulan mendapat lagi elaun tambahan sehingga RM 10,000 hingga RM13,125. 

Gaji Hakiki berjalan, elaun berjalan malah balun lagi kenaikan 25% elaun. Jika merujuk dari gaji hakiki mereka 25% berapalah sangat tapi mereka pulun sehingga RM 3,125. Tuntut lagi elaun memangku. Jadi gaji mereka di MARA Corp lebih bagus dari gaji di MARA Pusat yang bergred 41 hingga 52 itu.


Pegawai MARA dipinjamkan. Gaji Gred Hakiki macam biasa. Gaji di MARA Corp mencanak naik
Selepas 6 bulan di MARA Copr mereka tunjukkan tiada pegawai lain yang boleh
bekerja di MARA Corp bahagian  Sumber manusia dan kewangan uruskan penyambungan
kontrak semula tambah lagi 6 bulan..

Isu asas yang dibangkitkan oleh Pengarah Eksekutif dan Lembaga Pengarah dalam laporan yang diminta oleh Datuk Seri Panglima Hajah Azizah DSP Mohd Dun ialah tentang salah guna kuasa 5 orang pegawai ‘Close Fertilisation Program’ atau secara pinjaman ini ialah berhubung kelulusan membayar elaun melebihi dari apa yang diluluskan oleh Exco dan Lembaga Pengarah MARA Corp.

Sama ada isu Pengarah Eksekutif MARA Corp terkait penyalahgunaan kad kredit korporat syarikat oleh 5 pegawai MARA bukan isu kerana boleh dibayar semula oleh pegawai yang menggunakan sebagaimana Noor Irwan  Marmin sebagai pemangku Group CEO juga didapati menggunakan kad kredit MARA Corp itu. 

 

 

Apa yang jelas ialah Proposal for Extension of MARA's Secondment Officers of MARA Corporation Sdn Bhd hanya mencadangkan elaun yang diterima bagi setiap perjawatan di MARA Corp sebanyak RM29,000 sebulan sahaja untuk 7 pegawai yang tersenarai namun hakikatnya amaun yang diluluskan  tidak sama dengan amaun yang diterima kerana amaun diterima merupakan jumlah yang lebih tinggi daripada yang diluluskan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah. Ya kelulusan Lembaga Pengarah diperolehi berdasarkan sokongan BNRC tetapi hanya RM29,000 iaitu kadar elaun RM3000 hingga RM5000 sahaja.

Kini MARA Corp perlu membayar lebih RM70 ribu sebulan.

Rizal Abdul Gani ni Gred Jawatan hanya WA44 tetapi elaun kayangan dia di MARA Corp  lebih besar dari terima gaji Gred Hakiki
Bayangkan Gaji Peegawai Hakiki Gred 41- 52 ciput di MARA.
Jika kenaikan elaun 25% daripada gaji hakiki pun tak akan sampai RM3000...
atau paling banyak pun tak boleh lebih RM3000.

Nampaknya cara mereka beri elaun kepada diri sendiri pun tak ikut garis panduan pemberian elaun oleh kerajaan. Pegawai MARA Gred 52 dan 44 lebih kayangan daripada penjawat awam lain. 

Kenaikan elaun 25%, kenaikan tahunan 5 % dan peruntukan pemangkuan tidak pernah diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah. Atau paling tidak dimaklumkan.

Begitu juga pembayaran secara 'backdated' puluhan ribu itu. Pindahan bayaran elaun baru diberitahu melalui emel sahaja. Kelulusan baru ini hanyalah diperingkat Director HR, Director Finance, Director General Councel dan Acting CEO yang dibuat sesama mereka sahaja. 'Aku lulus kau punya, kau lulus aku punya'. Ia sepatutnya di bawa dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah. Ini isu utama. Kenapa pusing-pusing seperti menegakkan benang yang basah!

 

Para pegawai yang dilantik ini jelas memperdayakan Pengerusi, Pengarah Eksekutif dan Lembaga Pengarah menggunakan kelulusan Lembaga Pengarah bagi pembayaran elaun tetapi tidak memaklumkan bayaran-bayaran lain yang tersembunyi. Belum masuk CFO memperdaya Pengarah Eksekutif menandatangani sesuatu dokumen yang bukan diluluskan oleh Lembaga Pengarah. Mereka pegawai, mereka dah tahu siapa pun Pengerusi MARA Corp atau Pengarah Eksekutif akan tandatangan dokumen yang mereka tolak atas meja.

 


KELULUSAN JELAS RM29,000.000 tiada tambahan lain.
Selain dari ini adalah keputusan para pegawai

 

UNTUK BACAAN PENUH RUJUK KRONOLOGI SKANDAL MARA CORP  DALAM DOKUMEN INI. NAMA-NAMA PEGAWAI TERLIBAT DINYATAKAN.

 

Memandangkan hari isnin SPRM akan memanggil semua pegawai yang terlibat segala usaha perlu dibuat termasuk membuat laporan polis. Semuanya dirancang. Pegawai suruhan Irwan, Rizal dan Iskandar bekerja keras mengumpul dokumen sejak semalam untuk mendedahkan semua dokumen seperti di dalam artikel ini.

Misi mereka satu menunjukkan Lembaga Pengarah ada meluluskan pembayaran elaun. Mereka kata Siapa kata tidak ada kelulusan?   tetapi terkantoi dengan elaun lain tanpa kelulusan Lembaga Pengarah. Semua saling bekerja keras. Naziha, Hidayat- General Counsel budak Iskandar, Raja Nurhayati kerana suami bekerja di balai mengatur laporan polis,  Nur Aida Senior Executive HR dan Mohd Fahmy budak Noor Irwan tidak berhenti membocorkan segala dokumen yang boleh menguntungkan pegawai atau bos mereka. Maklumlah Nur Aida pun dapat kenaikan elaun juga. 

Betapa pentingnya Nur Aida. Baca dalam kronologi MARA CORP nama Aida dan Fahmy turut
berperanan penting bagi elaun-elaun 5 pegawai
Bosnya yang mahu tamat kontrak pun beliau usahakan.

Jadi tak mungkin mereka tak akan pertahan Irwan, Rizal dan Iskandar. Iskandar Bahagian Undang-undang
jadi dia fikir dia lebih berkuasa daripada Lembaga Pengarah MARA Corp

Apapun kita akan lihat selepas siasatan SPRM apa akan berlaku. Masing-masing sudah bersedia mengeluarkan dokumen termasuk seperti di atas untuk mempertahankan mereka. Esok pasti banyak lagi yang menarik perang dalam MARA Corp ini.  Ini baru cerita mengenai elaun. Belum lagi projek MARA Corp yang dikuasai oleh Irwan, Rizal dan Iskandar. Pasti akan ada lebih banyak akan terbongkar. Pastikan anda cukup pop corn!

 

33 Comments