Setiausaha Kerajaan Sabah, Safar Untong berkata, pejabat kerajaan negeri itu akan beroperasi pada separuh kapasiti susulan lonjakan kes Covid-19 di Sabah.
Beliau dalam memo pada Isnin berkata, separuh daripada penjawat awam akan bekerja dari rumah dan baki separuh lagi bekerja di pejabat berkuat kuasa serta-merta.
Katanya, sistem penggiliran akan dilaksanakan untuk perkhidmatan penting bagi memastikan tiada gangguan. Ketua jabatan masing-masing diminta menentukan operasi dan perkhidmatan sesuai