Kes Dadah anak Vincent Tan: Tommy Thomas mengaku mengapa PH, Syed Saddiq berdiam diri?
07:02 Feb 20, 2022  |  By SabahKini2
Kes Dadah anak Vincent Tan: Tommy Thomas mengaku mengapa PH, Syed Saddiq berdiam diri?

Kes kecoh, Tommy Thomas mengaku ringankan kes dadah anak Taikun Vincent Tan. PH, Tun M dan Syed Saddiq yang mendapat tajaan Vincent Tan tak mungkin menyerang atau bising mengenai Vincent!. Kita cabar Syed Saddiq MUDA desak kes anak Taikun dibuka semula

Siri kebobrokan bekas peguam negara Tommy Thomas ketika dilantik Kerajaan Pakatan Harapan belum berakhir. Satu persatu muncul sekalipun kerajaan PH tidak berkuasa lagi. 22 bulan nampaknya begitu banyak kesan hitam merosakkan negara sehingga kini

Bermacam-macam salah laku Tommy Thomas dari isu pelantikan Sitpah dari Firma Guaman Tommy Thomas bagi penjualan kapal Equanimity, pengguguran kes rasuah Guan Eng, pelepasan akaun Tan Sri Lim Soon Ping Titijaya Group, dan pengakuan campur tangan kehakiman dalam bukunya "My Story: Justice in the Wilderness" mencetuskan persoalan besar tentang system kehakiman negara.

Terbaru Twitter Edisi Khas mendedahkan kes jenayah ke atas anak lelaki ahli perniagaan terkenal, Tan Sri Vincent Tan yang ditahan atas kesalahan dadah pada 2019 tetapi dilepaskan dengan mudah oleh Tommy Thomas. Dari kesalahan Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana menanam ganja, Seksyen 39B akta sama kerana mengedar dadah hanya kepada sebuah pertuduhan paling ringan seksyen 15 (1) positif dadah.

Thomas dalam satu kenyataan media juga mengaku mengurangkan dakwaan yang dikenakan terhadap anak Tan Sri Vincent Tan selepas pasukan peguam bela mengemukakan representasi bertulis kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) agar dipertimbangkan semula keputusan pertuduhan.

Menurut Thomas untuk mempertimbang semula pertuduhan anak Taikun itu adalah “kejadian biasa” di Jabatan Peguam Negara.

“Surat-surat ini dibawa ke pengetahuan saya untuk diputuskan.

"Setelah mengkaji representasi dan kertas penyiasatan, menyemak semula peruntukan undang-undang berkaitan dan berbincang dengan pegawai kes (semua timbalan pendakwa raya), saya ingat yang saya mengurangkan pertuduhan," katanya.

Alasan Thomas dia tidak mempunyai akses kepada dokumen dan fail kertas siasatan dan mengambil keputusan tidak membuat sebarang perincian lanjut.

Pendedahan dokumen

Nampak tak alasan mudah Tommy Thomas? Apa sudah jadi dengan sistem keadilan di negara kita? Yang kaya seperti anak taikun Vincent Tan walaupun jenayah berat boleh saja dijamin malah dibebaskan dengan pertuduhan ringan. 

Dokumen-dokumen yang didedahkan jelas membuktikan anak Tan Sri Vincent Tan terlibat dengan penanaman ganja. 

sumber dokumen: Edisi Siasat

 

Anak muda pengundi baru

Siapa berani lawan Vincent Tan?

Nevin Tan dijatuhkan hukuman pada 10 Feb 2020 oleh seorang majistret di Kuala Lumpur namun hingga kini kes itu terpendam hanya terdedah masa kini.

Mengapa di zaman Dr Mahathir (Atok) dan PH memerintah kes melibatkan Taikun dan anak-anak mereka diberi kemudahan penyelesaian berbanding pihak lain yang terpaksa diserang serta diadakan pendakwaannya semata-mata untuk memberi 'damage' kepada lawan mereka. 


Nevin bersama keluarganya

Semua tahu ketika Tun M PM4 dan jadi PM7 PH memerintah 22 bulan Tan Sri Vincent Tan Berjaya Group mendapat banyak projek malah menjadi penaja kepada Atok dan juga Syed Saddiq. Pernah dikait dengan projek ECRL namun selepas kantoi Vincent 'cover' menjual saham-saham itu. Jika disenaraikan terlalu banyak yang diberi oleh Atuk kepada Vincent.

Vincent Tan pada disember 2019 hadir majlis makan malam pencarian dana Syed Saddiq untuk Armada ketika itu. Syed Saddiq yang berusaha keras mahu membawa Gojek di Malaysia akhirnya menukar strategi menyokong Dego Ride syarikat tempatan. Dan mengejutkan selepas itu Tan Sri Vincent Tan membeli RM7.5juta saham Myinteractivelab Sdn Bhd (MSB) yang memiliki Dego Ride dengan kepentingan ekuiti sebanyak 46.45%. Transaksi pemilikan tersebut dilakukan melalui 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd yang juga dikawal Vincent Tan.

 Apa saja yang diperjuangkan Syed Saddiq di belakang mesti ada taikun

 

Jika Atuk dan Syed Saddiq menyokong kuat Vincent Tan tak mungkin anak-anak taikun didakwa. Pastinya Peguam Negara Tommy Thomas akan mengikuti arahan kerajaan PH menggunakan kesalahan paling ringan untuk anak-anak Vincent. 

Terbaru Syed Saddiq sendiri mengaku Parti Muda mendapatkan tajaan daripada ECM Libra, Country Heights, Air Asia, CIMB, Naza Group, YTL dan Berjaya Group. Malah anak-anak Vincent Tan juga anak taikun Country Heights menjadi ahli dalam Parti Muda. Agaknya berani tak Syed Saddiq mendesak isu anak Vincent Tan diselesaikan? Berani tak dia mendesak pihak berkuasa membuka kes itu semula?

 

 Di belakang MUDA pun anak-anak Taikun terlibat..mereka menjadi ahli kayangan dalam masa sama
anak muda miskin menjadi alat sahaja

Sama ada Dr Mahathir dan Syed Saddiq bukan lagi komponen PH pastinya isu Nevin Tan tidak akan dibangkitkan oleh Dr Mahathir, PH dan Syed Saddiq. Jika isu SPRM, isu anak muda atau apa saja isu populis berkaitan Syed Saddiqlah tampil ke depan tetapi isu Nevin Tan melanggar undang-undang Syed Saddiq diam membungkam seribu bahasa. Setakat hari ini hanya Tommy Thomas bekas Peguam Negara berani membuat penafian dan mengaku meringankan kes pendakwaa

Agakya inilah punca mungkin Syeed Saddiq mendesak kerajaan membentangkan kertas kerja kajian tanaman dan penggunaan hemp di negara ini kononnya demi sains dan mengganggarkan nilai pasaran industri hemp mencecah RM400 bilion rupanya anak-anak taikun ramai terlibat sehingga tanam ganja di rumah kondominium.

 

4 Comments