PPM patahkan aktiviti bom ikan di Lahad Datu
15:02 Feb 22, 2022  |  By SabahKini2
PPM patahkan aktiviti bom ikan di Lahad Datu

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Lahad Datu Superintendan Gan Ping Sin berkata, hasil pemeriksaan menemukan peralatan yang disyaki digunakan suspek untuk aktiviti bom ikan. Beberapa pukat berisi pelbagai jenis ikan turut dirampas pihak PPM dengan nil

LAHAD DATU: Tindakan suspek yang menjalankan aktiviti bom ikan berjaya ditumpaskan Pasukan Polis Marin (PPM) daerah ini dalam satu operasi petang semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Lahad Datu Superintendan Gan Ping Sin berkata, operasi di kawasan perairan daerah ini mendapati sebuah perahu dalam keadaan mencurigakan.

Kataya, anggota PPM bertindak mengejar perahu terbabit sebelum menemukannya tersadai di persisir pantai di kawasan berkenaan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan menemukan peralatan yang disyaki digunakan suspek untuk aktiviti bom ikan.

"Beberapa pukat berisi pelbagai jenis ikan turut dirampas pihak PPM dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM1,750.

"Rampasan terbabit kemudiannya dibawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 sebelum diserahkan kepada Jabatan Perikanan Lahad Datu bagi tindakan lanjut," katanya.

Comment