(AUDIO) Bukan kenyataan rasmi Filipina hanya promosi diri bekas senator- Anifah
02:02 Feb 12, 2018  |  By SabahKini2
(AUDIO) Bukan kenyataan rasmi Filipina hanya promosi diri bekas senator- Anifah

Audio 1: Kenyataan media Dato' Sri Anifah Aman Menteri Luar Negeri mengenai Tuntutan Filipina Terhadap Sabah.

"Saya tidak bertanya pun berkenaan hal itu, sebab kita dah nyatakan pendirian kita dengan cukup jelas bahawa kita tidak mengiktiraf tuntutan itu. Jadi saya tak perlu bincang apa-apa pun dengan dia. Tapi dia sendiri yang datang dan mendekati saya.

Dia mengatakan bahawa semua ini adalah disebabkan permainan politik, ada pihak yang cuba mempromosikan diri mereka.

Tetapi Kerajaan Filipina tak mungkin terlibat ataupun akan terlibat dalam kenyataan itu kerana mereka tidak berkongsi idea yang sama. Dan kemudian dia berkata bahawa Malaysia dan Filipina menikmati hubungan dua hala yang sangat baik.

Oleh itu, kita tidak mahu kerana satu kenyataan yang dibuat oleh seorang bekas senator tertentu menjejaskan hubungan baik itu".

Comment