SPRM siasat Rohana bekas CEO Astro, beku aset, akaun bank dalam negara dan UK
18:02 Feb 25, 2022  |  By SabahKini2
SPRM siasat Rohana bekas CEO Astro, beku aset, akaun bank dalam negara dan UK

Perintah pembekuan aset itu dibuat di bawah Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan. Rohana dilarang melakukan sebarang transaksi melibatkan akaun bank miliknya sama ada di United Kingdom (UK) atau dalam negara

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan berjalan selama lebih lapan jam, semalam.

Rohana dilaporkan tiba pada jam 9 pagi semalam bagi membantu siasatan berhubung pendedahan bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

[ARTIKEL BERKAITAN - Tim Leissner mengaku beli rumah USD 10 juta di London buat skandalnya Rohana bekas CEO Astro ]

Siasatan dijalankan berkaitan pemberian sebuah rumah di London bernilai lebih AS$10 juta (RM41.8 juta) kepada Rohana.

Dilaporkan SPRM mengeluarkan perintah pembekuan aset dan akaun bank milik Rohana bagi menyiasat dakwaan bekas pegawai bank Goldman Sachs Tim Leissner itu.

Perintah pembekuan aset itu dibuat di bawah Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan, di mana ia melarang Rohana daripada melakukan sebarang transaksi melibatkan akaun bank miliknya sama ada di United Kingdom (UK) atau dalam negara.

“Siasatan itu akan dilakukan SPRM mengikut mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001,” kata sumber

Leissner dalam keterangannya di mahkamah New York kes perbicaraan rasuah bekas rakan sekerjanya Roger mendakwa Rohana yang mempunyai hubungan sulit dengannya mengugut untuk mendedahkan penglibatannya dalam skandal berbilion dolar tersebut selepas mengetahui dia akan memutuskan hubungan atara mereka berdua yang terjalin selama 10 tahun.

“Jika saya tidak membelikannya rumah itu, dia akan memberitahu pihak berkuasa tentang penglibatan saya dalam skandal 1MDB.

“Dia mengugut untuk dedahkan penglibatan saya. Pada masa itu, pada 2013, saya sangat takut ia berlaku,” katanya

Leissner merupakan bekas ketua operasi Goldman di Asia Tenggara dan kini merupakan salah seorang saksi bagi perbicaraan Ng, bekas ketua bank pelaburan itu di Malaysia.

Dia juga sebelum ini mengaku bersalah atas pertuduhan pengubahan wang haram dan rasuah, sementara Ng tidak mengaku bersalah bersubahat sama ada dalam jenayah pengubahan wang haram atau melanggar undang-undang anti rasuah.

Ketika memberi keterangan di mahkamah awal minggu ini, Leissner berkata hubungan sulitnya dengan Rohana adalah “isu sensitif” kerana bank itu juga menjalankan perniagaan bersama Astro.

 

1 Comment