UPKO mengata GRS jenama baru orang lama tapi lupa UPKO jadi talibarut PH 'Malaya'!
16:03 Mar 14, 2022  |  By SabahKini2
UPKO mengata GRS  jenama baru orang lama tapi lupa UPKO jadi talibarut PH 'Malaya'!

UPKO 'mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih'. UPKO lupa dia pengkhianat BN 2018. Bersekongkol bersama Warisan & PH. PH pun 'Parti Malaya'. 26 bulan Warisan Plus memerintah Sabah ekonomi Sabah teruk menjunam, rakyat miskin

Pengumuman YAB Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji Mohd Noor mengenai kelulusan pendaftaran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengundang pelbagai reaksi pelbagai pihak. Bagi pendokong GRS sudah tentu ia berita gembira dan menunjukkan keseriusan Kerajaan GRS untuk mentadbir Sabah.

Bagi pembangkang atau musuh GRS sudah pasti pendaftaran GRS tidak disukai. Jika dulu mereka mengutuk GRS kononnya sebuah pertubuhan haram, tidak wujud namun selepas ditubuhkan nadanya lain pula.

Naib Presiden UPKO Ewon Benedick Adun Kedamaian yang dulu melompat parti dari BN kepada Kerjasama Warisan tahun 2018 berkata GRS masih diterajui atau disertai oleh parti politik dari Semenanjung termasuk Bersatu, Umno, PAS dan MCA.

“Pendaftaran GRS sebagai satu entiti politik akan lebih bermakna jika ia disertai oleh parti politik tempatan Sabah.

“Selagi teraju utama GRS masih ber-presidenkan parti dari Semenanjung dan kepimpinan tertinggi parti masih dipengaruhi dasar-dasar kepimpinan Malaya (semenanjung Malaysia), ianya tidak akan memberi kelebihan kepada harapan dan tuntutan politik rakyat Sabah.

Namun mungkin Ewon terlupa agaknya gabungan PH UPKO Warisan juga terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah parti daripada ‘Malaya’. Malah ketika Warisan Plus memerintah negara dan negeri gabungan itu berkiblatkan Dr Mahathir Mohamad sebagai ‘bos’. Kini dalam PH bosnya adalah Anwar Ibrahim.

Lantaran itu lebih 22 bulan Warisan Plus memerintah tidak banyak yang dilakukan oleh mereka di Sabah. Royalti minyak 20% yang Warisan Plus perjuangkan pun gagal selepas Dr Mahathir menolaknya. SST Petroleum pun dimulakan oleh Kerajaan GPS Sarawak melawan PH dan Dr Mahathir di Putrajaya sehingga GPS menang di mahkamah. Selepas tu barulah Warisan PH terhegeh-hegeh meniru Sarawak. Tapi akhirnya yang mengurus bayaran dan mendapat bayaran ialah Kerajaan GRS bukan Warisan. 

Malah ketika Warisan Plus berkuasa KDNK ekonomi Sabah jatuh ke tahap paling rendah iaitu 0.5 peratus 2018 dan 1.5% tahun 2020. Pada tahun 2021 beberapa daerah Sabah dicatatkan  sebagai daerah paling miskin di Malaysia dan antara pengangguran tertinggi di Malaysia.

Menurut Ewon Benedick dia berpegang kepada prinsip  ‘bottom up’, iaitu pandangan akar umbi harus memandu halatuju kepimpinan.

Apakah lompat parti dan khianat kepada BN pada tahun  2018 bersama Madius Tangau itu sebahagian daripada prinsip itu? Hanya kerana PH berkuasa dan Warisan gabungannya maka UPKO bertindak mengkhianati BN. Oleh itu Ewon tidak layak pun menasihati pemimpin lain kerana dia pengkhianat untuk kedudukan dirinya mendapat jawatan Menteri KPLB Sabah. Malah Ewon tidak perlu pun merendah-rendahkan Gabungan parti lain di negeri Sabah. UPKO pun ‘cakap tak serupa bikin’.

Sehingga ke hari ini pun UPKO bergabung dengan Pakatan Harapan juga parti Malaya. Maka UPKO tidak layak pun bicara hal kesetiaan untuk bergabung dengan parti tempatan.

Apa UPKO buat ketika bersama Warisan? Mereka juga gagal dalam menuntut pelaksanaan berkesan Perjanjian Malaysia 1963, menolak tuntutan Filipina malah pelopor besar kepada Pas Sementara Sabah (PSS) dan projek IC

Atas sebab itu UPKO menang 1 kerusi di DUN Kedamaian. Ewon nampaknya menang bernasib baik saja. Presiden UPKO Madius pun kalah di Dun Kiulu.

Parti KDM mahu sertai GRS

Penyertaan Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) diketuai presidennya Datuk Peter Anthony ke dalam GRS adalah perkara biasa. Mereka berhak memohon namun kuasa itu sebagaimana kata-kata Ketua Menteri adalah perbincangan  gabungan Parti GRS

Sebagai Ketua Menteri Sabah yang memimpin GRS Hajiji mengambil pendekatan melayan semua pihak yang mahu bekerjasama demi memajukan rakyat Sabah demi ‘Sabah Maju Jaya’.

Keutamaan Hajiji sebagai Ketua Menteri ialah memajukan rakyat Sabah.

2 Comments