PPM tahan 12 nelayan asing ceroboh perairan negara
15:03 Mar 18, 2022  |  By SabahKini2
PPM tahan 12 nelayan asing ceroboh perairan negara

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, hasil pemeriksaan mendapati 12 lelaki warga asing berumur 28 hingga 52 tahun di dalam kedua-dua kapal nelayan tersebut.

SANDAKAN: Seramai 12 nelayan asing ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) selepas dikesan menceroboh perairan negara secara haram, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, pasukannya mengesan dua kapal nelayan Vietnam sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan di perairan negara.

Katanya, pasukannya bertindak menahan kedua-dua kapal berkenaan untuk tujuan pemeriksaan dokumentasi.

“Hasil pemeriksaan mendapati 12 lelaki warga asing berumur 28 hingga 52 tahun di dalam kedua-dua kapal berkenaan.

“Turut ditemukan beberapa set peralatan menangkap dan hasil gamat di dalam beberapa buah tong yang diperolehi secara haram,” katanya semalam.

Menurutnya, kesemua warga asing terbabit juga tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan tiada permit kebenaran menjalankan aktiviti menangkap ikan di Malaysia.

“Kesemua warga asing terbabit ditahan dan di bawa ke Markas Operasi PPM Sandakan, manakala kapal yang dianggarkan bernilai RM1,752000 tersebut dirampas.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 25(a) Akta Perikanan 1985, Seksyen 11(3)(b) Akta Perikanan 1985 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Comment