Bagaimanapun hari ini Jaguh badminton negara Lee Chong Wei menafikan terlibat dalam video seks yang tular di alam maya.
KUALA LUMPUR: Di saat promosi dan tayangan filem biografi jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berdurasi selama 133 minit di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 9 Mac ini akan menjadi tayangan perdana terbesar di rantau Asia muncul pula kontroversi Video Seks wajah mirip Datuk Lee Chong Wei yang tular dalam media sosial.
Bagaimanapun hari ini Jaguh badminton negara Lee Chong Wei menafikan terlibat dalam video seks yang tular di alam maya.
“Dia tidak nampak macam saya pun.
“Kenapa ini berlaku?
“Mungkin sesetengah orang ini ada banyak masa (untuk sebarkan video sebegitu),” beliau dipetik sebagai berkata kepada Sin Chew Daily.
Chong Wei juga mendedahkan beliau sendiri menerima video itu yang dihantar oleh pelbagai pihak.
“Kamu nak saya hantar pada kamu?” katanya berseloroh.
“Ramai orang hantar pada saya.
“Ada pelbagai jenis orang di luar saya, saya malas hendak ambil peduli.”
Carian di Internet dengan mudahnya akan mempertemukan kita dengan beberapa laman web lucah yang memuat naik video lelaki yang didakwa mirip Chong Wei itu.
Video kira-kira 11 minit itu memaparkan hubungan seks seorang lelaki mirip Chong Wei dan seorang wanita.
Chong Wei bagaimanapun berkata beliau tidak akan membuat laporan polis berkaitan penyebaran video itu kerana ia bukan dia.