Shafie sakit hati dengan Hajiji, SMJ, lupa Warisan-PH catat ekonomi Sabah paling buruk!
21:05 May 05, 2022  |  By SabahKini2
Shafie sakit hati dengan Hajiji, SMJ,  lupa Warisan-PH catat ekonomi Sabah paling buruk!

Sebelum dapat kuasa Shafie Warisan janji bulan bintang. Dapat kuasa satu haprak pun tiada. Ekonomi Sabah teruk menjunam penghujung 2018 dan 2019 KDNK 0.5% hingga 1.5%. Sekarang hilang kuasa terhegeh-hegeh tunjuk pandai semula.

1 Mei lalu Presiden Warisan Shafie Apdal cuba memerli Kerajaan GRS-BN mengenai papan tanda “Sabah Maju Jaya” (SMJ), projek jalan raya, elektrik, kelembapan ekonomi dan lain-lain lagi. Kerajaan GRS-BN yang menang PRN Sabah sejak september 2020 bergelut memulihkan ekonominya kesan terburuk Kerajaan Warisan sejak 2019 dan pendemik Covid-19.

Shafie nampaknya sakit hati dengan segala usaha Hajiji dan Kerajaan GRS-BN yang semakin mula menampakkan hasil. Kutipan hasil tertinggi, pelaburan berbilion ringgit dan pemberian khas  negeri Sabah dinaikkan sebanyak 4.7 kali ganda daripada RM26.7 juta kepada RM125.6 juta bagi tahun 2022, dan amaun akan terus meningkat setiap tahun bagi tempoh 2023-2026.

Video yang menambah sakit hati Warisan..

Kata Shafie Apdal jutaan ringgit dibelanjakan untuk papan tanda “Sabah Maju Jaya” adalah lebih baik digunakan untuk menaik taraf kemudahan asas di negeri itu yang masih jauh ketinggalan, kata Presiden Warisan, Shafie Apdal.

Katanya, slogan “Sabah Maju Jaya” menjadi bahan lawak jenaka serta ejekan akibat kemerosotan taraf hidup seharian penduduk negeri itu.

“Kerajaan negeri harus mendengar permasalahan disuarakan rakyat dan melakukan usaha yang serius untuk membantu mereka.

“Menyembunyikan masalah itu bukan caranya. Penderitaan rakyat adalah nyata dan mereka memerlukan bantuan,” kata Shafie

Jawapan:

Sabah Maju Jaya adalah moto rasmi Sabah yang mana ia turut memuatkan jata negeri. Moto itu bukan diada-adakan tetapi slogan negeri yang sepatutnya dihormati. Kerajaan negeri menggunapakai moto itu untuk Rancangan Pembangunan Sabah bagi 2021-2025. Kerajaan memilih moto Sabah Maju Jaya kerana semangat itulah untuk memajukan Negeri Sabah. Dengan kutipan hasil lebih RM5.4 bilion tahun lalu, maka tidak salah Kerajaan GRS-BN memajukan negeri. Begitu juga dengan pelaburan lebih RM10 bilion di Negeri ini.

Papan tanda sederhana adalah usaha di luar bandar oleh PBT untuk menyampaikan mesej kepada rakyat bukan seperti papan tanda ‘Unity’ gambar Shafie Apdal yang dipasang seluruh negeri untuk kepentingan politik semata. Papan tanda Unity dibayar jutaan ringgit kepada konsultan untuk menaikkan 'rating' Shafie. Kempen 'Unity' memuja Shafie, tiru ala Obama dan Che Guevara akhirnya gagal sekalipun dibayar jutaan ringgit kepada konsultan DAP Jonathan Chin.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kempen 'Unity' Warisan seliaan konsultan DAP gagal tapi untung Shafie bayar jutaan ringgit ]

 
Slogan Unity demi peribadi Shafie Warisan saja

Jauh beza semangat Papan Tanda Sabah Maju Jaya dengan Poster Unity Shafie Apdal itu! Menjual wajah Shafie sebagai politik murahan dan bercita-cita menjadi PM 'PILAK' pertama negara.

Shafie berkata, wang yang dibelanjakan untuk papan tanda itu boleh digunakan untuk membaikpulih Jalan Telupid yang amat berbahaya serta berlubang hingga boleh membahayakan nyawa.

“Ia juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah bekalan air walaupun di kawasan bandar seperti Kota Kinabalu dan Sandakan.

“Wang itu juga boleh dibelanjakan untuk mengatasi masalah bekalan elektrik yang kerap terputus di negeri ini, seperti kejadian berlaku Hospital Queen Elizabeth baru-baru ini,” katanya.

Jawapan:

Shafie Apdal perlu cermin diri sendiri sebelum mengata orang lain. Shafie Apdal lupa ketika dia jadi Ketua Menteri dan Warisan kerajaan ekonomi Sabah jatuh teruk merudum. Pertumbuhan KDNK Sabah tahun 2019 hanya  0.5%. Pencapaian paling teruk. Selepas Kerajaan Warisan PH mengambil alih pemerintahan Sabah 12 Mei 2018, pencapaian tahun 2018 hanya 1.5%.

Namun Shafie dalam kempennya menggunakan  alasan ekonomi dunia lembap selain pandemik COVID-19 menyebabkan pertumbuhan KDNK Sabah menjunam sedangkan Covid-19 merebak pun penghujung 2020.

Rekod ekonomi Sabah sejak 8 tahun lalu kadar pertumbuhan ekonomi Sabah adalah lebih tinggi berbanding kadar pertumbuhan negara. Pada tahun 2017, KDNK Sabah adalah 8.2% iaitu paling tinggi antara semua negeri dan lebih tinggi berbanding kadar 5.9% bagi seluruh Malaysia. Malah Rezab negeri juga melepasi RM4bilion.

Bukan itu sahaja statistik 2019  Sabah mencatatkan jumlah kemiskinan mutlak tertinggi di Malaysia (19.5%), jauh lebih tinggi dari jumlah kemiskinan mutlak Malaysia (5.6%). Rekod 26 bulan Shafie sehingga tewas PRN Sabah jelas membuktikan kegagalan kerajaan Warisan.

[ARTIKEL BERKAITAN- 26 bulan Warisan: Realiti rakyat Sabah miskin, pengangguran tinggi, jurang pendapatan melebar, ekonomi lembap ]

[ARTIKEL BERKAITAN - Shafie Ketua Menteri ekonomi Sabah menjunam, jadi Menteri KKLW RM14.6B Sabah mundur!

[ARTIKEL BERKAITAN - Teruknya Warisan! Ekonomi Menjunam, kos hidup tinggi, 1 daripada 2 orang miskin di Pitas ]

Pendek kata kemunduran yang Shafie sebutkan adalah dari teruknya kerajaan yang dia tadbir sebelum ini sehingga memeras dana rezab Negeri Sabah yang sebelum ini beliau katanya tiada wang tetapi akhirnya U-turn mengumumkan dana rezab itu dalam Bajet negeri.

Masalah Jalan Sabah dan konsesi kroni Warisan

Isu Jalan Telupid yang amat berbahaya serta berlubang hingga boleh membahayakan nyawa bukan baru apakah ia tidak wujud zaman Warisan? Bukankah ini kempen dan janji Warisan menyelesaikan hal jalan dan keretapi selama dua tahun? Tapi apa jadi? Malah ketika Peter Anthony sebagai Menteri JKR siap berjanji tahun 2019 bahawa jalan Telupid-Sandakan akan dibaiki sebelum tahun baru cina!

BACA BERITA; Jalan Telupid-Sandakan Akan Diperbaiki Sebelum Tahun Baru Cina

Akhirnya netizen ‘troll’ Peter dan Warisan. Kini mereka mengulangi perkara sama dan Jalan Telupid -Sandakan masih seperti dulu untuk diselesaikan semua pihak. Jalan Pan Borneo yang sepatutnya disiapkan dibatalkan pula Kerajaan PH dan Warisan diawal mereka berkuasa menyebabkan semua jalan Pan Borneo terpaksa dibina kembali oleh kerajaan baharu.

Paling teruk Shafie Apdal meluluskan projek selenggaraan jalan kepada empat konsesi kroni RM1.5 bilion yang disiasat SPRM. Bukti LOA juga telah didedahkan oleh Sabahkini2 sebelum ini.Apa hasil? Semua jalan PBT ini gagal dilaksana tetapi menerima bayaran.

Sangat mengejutkan sebulan selepas PRN Sabah hampir RM 45 juta disalurkan kepada konsesi secara tergesa-gesa dan sehingga September 2021 RM154.5 juta disalurkan kepada konsesi kroni yang disusun oleh Pegawai JKR selenggaraan jalan Ir Max Chong! Bukan itu sahaja Kerajaan Sabah rugi RM145.1 juta membayar 1755 ‘Jalan Hantu’ atau jalan tidak wujud kepada 4 konsesi kroni ini.

[ARTIKEL BERKAITAN- Mengejutkan! RM154.5 juta dibayar kepada 4 konsesi kroni Peter Anthony, Ir Max Chong JKR selepas PRN Sabah

[ARTIKEL BERKAITAN- Skandal JKR: Kerajaan Sabah rugi RM145.1 juta bayar 1755 ‘Jalan Hantu’ kepada konsesi kroni ]

Mengejutkan! RM154.5 juta dibayar kepada 4 konsesi kroni Peter Anthony, Ir Max Chong JKR selepas PRN Sabah

Semua konsesi-konsesi gagal ini adalah punca teruknya jalan di bawah Majlis Daerah (PBT) di Negeri Sabah. Mana SPRM Sabah? macam biasa mereka kejar kes kecil-kecil saja. Yang jerung mereka buat-buat tak nampak.

Masalah air Sabah

Masalah bekalan air Sabah lagi teruk apabila Shafie Apdal melantik Amarjit Singh sebagai Pengarah JANS. Titik hitam kepada masalah air Sabah.

Penghujung 2018 Kerajaan Warisan membatalkan kontrak enam syarikat yang mengendalikan 58 Loji Rawatan Air (LRA) di seluruh Sabah berkuatkuasa 15 Jan 2019. Kerajaan akhirnya disaman oleh syarikat Arawira Sdn Bhd, Yuda Water Sdn Bhd, Akal Kukuh Sdn Bhd, Sahabat Megajuta Sdn Bhd, Harmony Water Sdn Bhd, dan syarikat BYT Vision Sdn Bhd. Saman ini tidak berakhir malah Kerajaan Negeri sekarang terpaksa menyelesaikan bagi mengelakkan membayar pampasan yang tinggi. Saman ini belum termasuk syarikat balak dan juga Syarikat Pelangi Prestasi Sdn Bhd (PPSB) milik Tan Sri Syed Moktar berhubung isu Sabah Forest Industries (SFI).

Semua saman-saman ini bernilai lebih RM1.5 bilion! Kerajaan GRS-BN terpaksa mewarisi saman-saman bodoh ini wal hal lebih baik dana ini digunakan untuk pembangunan rakyat.

Empangan Papar yang Warisan tentang habis-habisan sebelum berkuasa akhirnya mereka teruskan dengan melantik kroni Lim Guan Eng skandal terowong bawah laut Pulau Pinang. Polemik Amarjit menjadi isu sehingga pelantikannya didakwa tidak sah di mahkamah namun sempat menandatangani LOA projek Empangan Papar kepada Syarikat Wira Syukur selepas desakan demi desakan membuangnya. Susulan LOA Wira Syukur itu SPRM menyerbu pejabat JANS namun tiada tindakan selepas itu.

Selepas ditamatkan Amarjit dipindahkan ke MOF Sabah (Gred Utama C Gred VU7) seterusnya dilantik sebagai COO Syarikat Jetama  (Milik Kerajaan Negeri) sebelum ditamatkan kontrak dan dibayar pampasan RM132,000 termasuk elaun kenderaan. Tidak lama selepas itu Amarjit keluar Warisan dan cuba untuk menyertai parti Star. 

Apa penyelesaian isu air Kerajaan Warisan? Peter melantik pula Pengarah JANS baru bernama Edward Lingkapo seorang bekas pegawai JKR yang disiasat dan direman SPRM. Bayangkan yang perasuah dilantik sebagai Pengarah. Apa dia buat ketika beliau Pengarah JANS?

Masalah air di Sabah teruk hampir-hampir melingkupkan JANS. Jika tiada aduan, netizen bising di media sosial atau Ketua Menteri tak datang ke Sepanggar Edward Lingkapo akan buat bodoh saja. Yang dia tahu ialah Sabah tak ada air tetapi dia sibuk nak membina pejabat Jabatan Air Negeri yang baru secara ‘Land Swap’ rundingan terus dengan melantik rangkaian syarikat pembina Empangan Papar seperti di atas.

Masalah bekalan elektrik Sabah terputus

Isu bekalan elektrik terputus bukan baru. Siapa kerajaan pun nampaknya masih terkial-kial menyelesaikan isu bekalan elektrik. Shafie dan Warisan yang sebelum ini banyak cakap banyak pun gagal selesaikan 26 bulan selepas menjadi kerajaan. Dilaporkan Tenaga Nasional Bhd (TNB)  mempertimbangkan secara serius untuk melupuskan pegangan sahamnya dalam Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

6 bulan pemerintahan Kerajaan Warisan dan PH di Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata akan menubuhkan satu badan menjalankan kajian terperinci berhubung langkah mengambil alih Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB). TNB memiliki 82.75 peratus pegangan dalam SESB, manakala 17.24% dimiliki kerajaan negeri Sabah.

Shafie Apdal yang 'acah-acah beli' SESB itu dikejutkan apabila Kerajaan Negeri perlu membayar aset SESB bernilai kira-kira RM8 bilion dan kos lain yang ditanggung anak syarikat TNB jika mahu memiliki SESB. 

Datuk Peter Anthony Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Jabatan Kerja Raya diarahkan Shafie Apdal menguruskan perkara ini. Apa jadi? Dana yang ada tidak mencukupi dan Kerajaan Warisan sendiri mengaku SESB mempunyai banyak masalah dan liabiliti kecuali berusaha menarik pelabur luar.

Bukan itu sahaja persetujuan dengan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin PH bersama  TNB berhubung cadangan kerajaan warisan mengambil alih SESB akhirnya berkubur tanpa nisan sebagaimana berkuburnya Kerajaan PH pada penghujung februari 2020.

Isu elektrik belum termasuk isu penyedia tenaga bebas (IPP) kroni Dr Mahathir di Sabah yang masih beroperasi tetapi tidak berperanan baik di Sabah sehingga bekalan elektrik di bandar seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan lain-lain lagi di Sabah kerap terputus. SESB terpaksa bergantung dengan IPP untuk membekalkan elektrik walaupun tahu TNB rugi berbilion ringgit membayar kepada IPP kroni.

Hari ini kerajaan GRS-BN menuntut untuk menubuhkan Suruhanjaya Tenaga Negeri Sabah dari bergantung kepada Suruhanjaya Tenaga Malaysia yang dilihat menyekat kuota solar di Sabah sedangkan Sabah paling memerlukan Projek Solar Berskala Besar. STM tidak boleh menyekat usaha kerajaan negeri menarik pelabur. Selagi masalah bekalan elektrik tidak selesai tiada pelabur yang akan masuk ke Sabah. Ini sangat merugikan. 

Sabah masih memerlukan tambahan penjanaan kuasa sebanyak 3,000 hingga 4,000 MegaWatt (MW) melalui tenaga hijau untuk mencapai harga kadar elektrik yang lebih murah.

Penjanaan kuasa di Sabah adalah 5 peratus daripada diesel dan 86 peratus daripada gas. Penjanaan daripada diesel dan gas adalah lebih mahal. Dan, Sabah hanya menjana 8 peratus  kuasa daripada tenaga hidro (tenaga hijau) berbanding Sarawak penggunaan tenaga hidro sebanyak 77 peratus. Jangan sampai kita terpaksa bergantung dengan Kerajaan Sarawak untuk tenaga hidro yang sepatutnya kita mampu lakukan sendiri.

Sumber: Suruhanjaya Tenaga 

Sekarang ketika Shafie Apdal dan Warisan hilang kuasa mereka sembang hal bekalan elektrik? Ada kuasa tak buat. Hilang kuasa baru tunjuk pandai.

Dulu TNB bersedia jual, kini  Sabah bersedia beli SESB RM8 bilion walau tiada wang?

 

Kenaikan Harga barang

Sejak bila harga barang di Sabah turun? Kerajaan pusat dan semua kerajaan negeri berdepan kenaikan harga barang. Pemansuhan Dasar Kabotaj oleh BN tahun 2017 tidak pun diteruskan oleh Kerajaan PH. Alasannya Kabotaj bukan punca kenaikan harga barang. PH meneruskan dasar ini walaupun Warisan dan PH antara yang lantang mahu memansuhkan Dasar Kabotaj sebelum ini. Kerajaan Negeri juga bimbang pemansuhan kabotaj akan merugikan hak-hak negeri dan tidak akan mampu bersaing dengan syarikat perkapalan besar. 

 

Tindakan PH memansuhkan cukai GST atas alasan mengurangkan harga barang juga meleset. Shafie terkedu pemansuhan cukai GST yang sebelum ini beliau katakan penyebab harga barang naik, merugikan syarikat, rakyat menikam diri kerana cukai SST yang dikembalikan oleh PH tetap tidak pernah menurunkan harga barang. Faktanya Kerajaan Warisan tidak pernah menyelesaikan isu kenaikan harga barang pun di Sabah.

Royalti minyak

Belum masuk lagi cerita kegagalan PH dan Warisan menunaikan MA63. Semua tahu PH dan Warisan mengencing Sabah daripada janji pemberian hasil 40 peratus, royalti minyak, autonomi dan pelbagai lagi.  Pendek kata Shafie Warisan akur Dr Mahathir, 22 bulan PH berkuasa, menjarah wang Petronas, gagal tunai royalti 20%. Seperti yang disahkan TKM Sarawak bahawa  Warisan ‘takut’ tuntut hak minyak, gas dari Dr Mahathir.  Menteri Kewangan DAP senang-senang saja memperlekeh Sabah Sarawak dengan janji 'kencing manisnya'.

Kencing Rakyat

Oleh itu Shafie tidak perlu mengata kesalahan orang lain jika Kerajaan Warisan sendiri gagal melakukannya ketika sebagai kerajaan. Malah ketika rakyat susah menghadapi pandemik Covid-19 pun, Shafie menasihatkan rakyat agar tidak bergantung dengan bantuan kerajaan yang menyebabkan beliau dikecam rakyat Sabah.

Jangan hanya 'Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih'

[ARTIKEL BERKAITAN- Shafie sakit hati dengan Hajiji, SMJ, lupa Warisan-PH catat ekonomi Sabah paling buruk! ]

 

44 Comments