Lompat parti demi rakyat, Warisan kata 'paling murahan' seperti mereka rampas kuasa Mei 2018
15:05 May 10, 2022  |  By SabahKini2
Lompat parti demi rakyat, Warisan kata 'paling murahan' seperti mereka rampas kuasa Mei 2018

Warisan kata 'lompat parti' demi rakyat alasan paling murahan sepertimana mereka merampas kuasa Mei 2018 dengan cara 'lompat parti. Warisan terlupa, Warisan tidak pernah mendapat mandat rakyat dalam PRU-14. Tapi mencuri Adun.

Beberapa pemimpin Sabah berbeza pendapat mengenai isu lompat parti. Bekas wakil rakyat Warisan yang juga Ahli Parlimen Lahad Datu Mohamaddin Ketapi, berkata Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti tidak wajar dilaksanakan dan tidak munasabah untuk dibahaskan.

Menurut Mohamaddin lompat parti merupakan hak kebebasan bersuara dan memilih seperti di negara maju. Demi rakyat boleh melompat parti.

“Wakil rakyat ini berhijrah ke lain parti untuk memperkembang dan menyelesaikan masalah rakyat, tapi kalau pemimpin macam kita ini melompat demi rakyat…kalau di negara lain ini bercakap tentang hak kebebasan dan sebagainya, kita di Malaysia ini pun bercakap pasal hak kebebasan dan sebagainya.

“Orang berhijrah demi kepentingan rakyat dan negara tetapi dihalang dan dibentangkan (RUU Anti Lompat),” katanya dalam satu kenyataan sebelum ini.

Mohamaddin merupakan antara wakil rakyat daripada Warisan yang telah menukar haluan ke parti lain, tahun lalu bersama dengan Adun Sebatik Hassan A Gani Pg Amir, Adun Sindumin Datuk Dr Yusof Yakub, Adun Melalap Datuk Peter Anthony dan Adun Limbahau, Datuk Juil Nuatim.

Beliau turut menyatakan bersedia untuk bertanding pada PRU nanti, sekiranya ada permintaan, selain keadaan kesihatannya mengizinkan.

Alasan paling murahan

Sementara itu Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti WARISAN, Datuk Azhar Matussin mengecam alasan digunakan Datuk Mohamaddin Ketapi ‘Melompat Demi Rakyat’ sebagai alasan terlalu murahan termasuk 'Jawapan Standard’ selalu digunakan mereka kalangan ahli lompat parti.

Katanya majoriti rakyat tahu alasan sedemikian itu hanya untuk kepentingan kelangsungan politik peribadi diri sendiri serta bukannya untuk rakyat.

Katanya, bukannya mudah untuk menjadi wakil rakyat yang jujur serta setia kepada mandat rakyat sekali gus mengutamakan perjuangan parti dan rakyat demi memartabatkan bangsa Sabah.

“Mohamaddin memilih jalan senang dengan membelakangkan mandat yang sudah diberikan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah tidak wajar diterima oleh semua pihak.

“Kita juga persoalkan dari negara lain mana yang dia maksudkan? Berkaitan di negara lain bercakap tentang hak kebebasan soal melompat parti dan sebagainya.

“Seperti kita tahu di beberapa negara maju serta bertamadun kalau ada kalangan wakil rakyat lompat parti…secara automatik kerusi kosong dan pilihan raya akan diadakan,” katanya.

Ketika mengulas mengenai Isu Lompat parti Azhar berkata setakat ini antara negara mempunyai undang-undang anti-lompat termasuklah Singapura, Thailand; India; Israel; Potugal; Bulgaria; Romania; Armenia dan Seychelles.

"Saya tidak nafikan ada juga negara maju yang tidak punyai undang-undang anti-lompat. Tapi jarang kita dengar wakil rakyat lompat dari satu parti ke parti yang lain.

Desas-desus lompat keluar Warisan

Sebelum ini beberapa pemimpin diberitakan melompat parti dan akhirnya 4 pemimpin telah keluar Warisan. Beberapa pemimpin Warisan seperti disebut-sebut ialah YB. Assaffal Alian, (Tungku), Mohamad Mohammarin (Banggi), Azhar Hj Matussin (Darau), Norazlinah Arif (Kunak), Ben Chong Chen Bin (Tanjong Kapor), dan Dr Daud Yusof (Bongawan) dilaporkan bakal keluar bagaimana  U-Turn selepas kantoi selepas ugutan dibuat oleh Shafie Apdal.

Enam lagi Adun Warisan keluar parti sokong GRS?

Azhar Hj Matussin dan rakan-rakannya hanya teragak-agak melompat berbanding Datuk Peter Anthony orang kanan Shafie Apdal yang Nampak lebih berani membuat keputusan. Namun siapa tahu akan datang Azhar akan membuang prinsipnya kerana dalam politik macam-macam boleh berlaku.

Lompat parti demokrasi

Apa yang salah melompat parti? Di luar negara juga berlaku lompat parti. Siapa kata negara maju tiada pemimpin lompat parti?. Apa negara maju yang melompat parti itu tidak maju dan tidak demokratik?

Hampir semua negara demokratik ada lompat parti termasuk Amerika Syarikat. Pada tahun 1994, tujuh orang Ahli Kongres Demokrat melompat ke Republikan. Tahun 2001 pula Ahli Kongres Republikan terkenal Jim Jeffords melompat ke Demokrat sehingga Republikan kehilangan majoriti dan menyebabkan Senat dikuasai oleh Demokrat.

Di Australia Perdana Menteri sendiri lompat parti. Di Itali purata 25 % Wakil Rakyat lompat parti. Di New Zealand dan di Turki juga berlaku. Kubilay Uygun di Turkey terkenal kerana lompat parti banyak kali di Grand National Assembly of Turkey. Di Negara Filipina lompat parti amalan biasa.

Lompat parti adalah demokrasi. Siapa berkuasa akan menggunakan tekanan menarik mana-mana wakil rkayat mengukuhkan parti mereka dan kerajaan.

 Warisan lupa diri

Jika benar lompat parti demi rakyat alasan paling murah bagaimana tindakan Warisan membeli 6 ADUN BN merampas kuasa pada mei 2018? Tak malukah Warisan? Shafie kata gantung pemimpin lompat parti begitu juga UPKO yang melompat dengan tawaran jawatan TKM serta menteri kabinet negeri. Bukankah itu semua hasil lompat parti yang dianggap demokrasi itu?

PRU 14 mandat apa Shafie Apdal dan Warisan ada? mereka kalah PRU yang menang BN. Jadi mengapa marah jika ada pemimpin Warisan keluar parti. Itu semua karma dosa -dosa Warisan dan PRN 2020 membuktikan rakyat menolak Warisan dan PH.

Kenyataan Warisan mengenai lompat parti hanyalah satu penghinaan mengata diri sendiri. Mereka pelopor beli adun degan rasuah wang dan jawatan.

 

BACA LAGI WARISAN LOMPAT.

[VIDEO] Shafie Warisan curi 6 Adun BN, kini temberang syor gantung seumur hidup YB lompat parti! 

Lompat 2018: Warisan rasuah UPKO jawatan, wang Ewon tak mahu desak siasat ke? 

Azis Jamman mahu SPRM siasat ‘Katak’ politik tapi lupa insiden Warisan rampas kuasa 12 Mei 2018!

 

 

 

 

 

Comment