Kartel Pegawai JPV Vs kartel ayam, siapa punca sebenar masalah bekalan ayam?
02:05 May 28, 2022  |  By SabahKini2
Kartel Pegawai JPV Vs kartel ayam, siapa punca sebenar masalah bekalan ayam?

Jumlah subsidi ayam lebih RM700 juta diumumkan tapi hanya RM50 juta subsidi sudah dibayar. Alasannya syarikat atau kartel tak minat mohon. Benarkah?Tapi kartel Syarikat Huat Lai Resources Berhad dibayar RM6 juta paling tinggi. Sebab 'kabel' ke?

Pergerakan turun ringgit serta peningkatan harga makanan haiwan ternakan yang menyelubungi para penternak menyebabkan industri ayam serta ternakan lain menghadapi tempoh yang sukar Ketika ini

Tindakan kerajaan yang mengenakan kawalan harga ke atas harga jualan ayam turut menghimpit para pengusaha industri itu  walaupun mereka cuba menyerap kerugian demi memastikan rantaian pembekalan sumber protein negara itu tidak terjejas, namun tidak pasti selama mana mereka mampu bertahan dengan tekanan kenaikan itu.

Baru-baru ini, Pengerusi Persatuan Pembiak Baka Ayam Kampung Warisan Malaysia, Prof Madya Dr Azhar Kasim di dalam catatan di laman facebooknya berkata dengan isu kenaikan harga ayam yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini juga tidak akan diselesaikan dengan langkah jangka pendek kerajaan iaitu Tindakan menghentikan eksport ayam dan memansuhkan Approved Permit (AP).

Dr Azhar turut mendakwa pengguna akan semakin tertekan dalam mendapatkan keperluan asas disebabkan nilai mata wang yang semakin rendah malah harga ayam import juga yang mahal.


Prof Madya Dr Azhar Kasim, Pengerusi Persatuan Pembiak Baka Ayam Kampung Warisan Malaysia

Dr Azhar yang turut mempersoal mengapa kerajaan tidak mengambil inisiatif mewujudkan Mekanisasi Kawalan Harga Ayam Daging supaya harga ayam dapat dikawal dan dipantau dengan sebaik-baiknya tanpa 'menekan' syarikat dan pengusaha ayam daging kecil dan sederhana.

"Tapi cadangan ini dibuat tak nampak oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI). Jika Mekanisasi Kawalan Harga ini sudah ada, maka kerajaan sudah ada data lengkap dan tahu “within finger tips” pasal kos terperinci untuk menghasilkan satu kilogram ayam daging.

"Akibat JPV tidak kumpul data maka perkataan “kartel” muncul dengan mudah sekali … tak boleh ditepis….dan syarikat-syarikat korporat ini digam oleh ramai sebagai kartel. Pada hal Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) dah berusaha lebih dari 30 tahun kekalkan harga runcitan ayam bawah RM8/kg.

"Akibat tidak pantau data dan terpengaruh dgn pekikan pengguna (dan pekak kepada keluhan penternak) dan kekuasaan KPDNKK/KPDNHEP, maka JPV dan kesannya kepada MAFI yang seakan menyerahkan  penetapan harga siling ayam daging kepada KPDNHEP sepenuhnya.

"Akibat tak pantau data, maka malapetaka jagung dan mil kacang soya sentiasa naik harga pun dipandang sepi. Maka dedak ayam telah naik harga dari RM90/50kg ke tahap RM150/50kg dalam tempoh yang singkat. Peringkat global yang menaikkan harga jagung dan mil soya….. tapi syarikat korporat dikecam pula sebab naikkan harga dedak," ujarnya.

Dr Azhar juga menyifatkan pemberian subsidi dedak berjumlah RM250 juta bagaimanapun tidak memberi keadilan terhadap penternak yang memelihara ayam daging yang tidak berlesen.

Begitu juga penternak ayam kampung, ayam 'color broiler', puyuh, ayam belanda dan haiwan unggas lain, sedangkan ternakan mereka juga memakan dedak.

 

PENAMATAN OPERASI PENTERNAK KECIL

Banyak punca menyebabkan satu persatu penternak kecil dan sederhana menamatkan operasi.

Dan daripada lebih 30 pengusaha yang menguasai 70 % pembekalan ayam, kini hanya tinggal lebih 12 syarikat yang menguasai lebih 70 % pasaran pembekalan ayam.  Tiada penternak kecil mampu bertahan melainkan menjual perniagaan mereka.  Jadi siapakan puncanya menyebabkan lebih banyak penternak ini tepaksa menjual perniagaan mereka ekoran tidak mampu menanggung kos operasi yang tinggi ini?. Kartel menelan penternak kecil tetapi ituah hakikat yang terpaksa diterima. Terdapat lebih kurang 2604 ladang ayam daging dan 204 ladang ayam penelur yang direkodkan kini. Namun jika senario ini berlarutan berapakah angka yang tinggal selepas ini?

 

Kartel Pegawai ‘Veteriner’ kawtim kartel ayam

Masalah birokrasi penjawat awam yang dihadapi oleh penternak-penternak kecil sehingga besar bukanlah perkara baru walaupun Menteri MAFI telah berulang kali mengeluarkan kenyataan media untuk memudahkan urusan bayaran subsidi ayam yang telah diumumkannya. Sabahkini2 telah mendedahkan kelemahan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veteriner yang lembap mengatasi masalah ayam sehingga memburukkan  nama baik kerajaan. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Isu Boikot Ayam: KP Jabatan Veteriner lembap, MAFI jadi mangsa ]

Isu Boikot Ayam:  KP Jabatan Veteriner lembap, MAFI jadi mangsa

Bayangkan daripada jumlah RM729.43 yang diumumkan, hanya RM50 juta subsidi sudah dibayar setakat 24 Mei yang lalu. Siapa dapat?

Lebih buruk pengusaha-pengusaha ladang dituduh kartel oleh mereka yang tidak memahami isu ini sanggup bertahan dan berjanji untuk tidak menghentikan atau mengurangkan pembekalan mereka di dalam pasaran.

Bukan puluhan ribu sehari, malah ratusan ribu sehari dikeluarkan ladang-landang milik mereka demi memastikan isu kekurangan ayam ini tidak dieksploitasi oleh mereka yang cuba menunggang isu ini tanpa mengetahui apakah puncanya.

Antara alasan yang tidak masuk akal diberikan oleh pegawai JPV atau 'kartel JPV' ini ialah pemilik-pemilik ladang ini menyerahkan dokumen yang tidak cukup sewaktu menuntut bayaran semula subsidi ayam. Dokumen apa lagi diperlukan? Bukankah Menteri dah arah kurangkan birokrasi, mudahkan pemberian.

Malah terdapat juga dakwaan 4 syarikat utama tidak mahu menuntut subsidi kerana mahu mengugut kerajaan. Siapa tak mahu wang? Jika benar kita cabar KP JPV dan Suruhanjaya Persaingan Harga (MYCC) mendedahkan nama syarikat yang menolak subsidi itu. Siapa syarikat bodoh yang tak mahu subsidi itu?

Pada februari lalu MYCC juga berkata wujud kartel di dalam isu telur ayam ketika itu, kini sudah adakah syarikat yang didakwa di mahkamah?

 

Sumber mendedahkan daripada RM 50 juta yang diumumkan MAFI, terdapat sebuah syarikat kartel kesayangan Pegawai JPV iaitu Huat Lai Resources Berhad yang berjaya menuntut bayaran balik sehingga RM 6 juta. Setakat ini syarikat ini tertinggi berjaya mendapatkan wang subsidi mereka.

Ini bermaksud hanya syarikat Huat Lai Resources Berhad berjaya menuntut lebih 10 % daripada jumlah wang 50 juta itu dan mengapa hanya syarikat Huat Lai yang berjaya menuntut wang yang tinggi itu? 

Hanya syarikat Huat Lai Resources Berhad sajakah yang lengkap dan pandai menyusun dokumen yang diperlukan?

Sebab apa? Kerana wujudnya kartel pegawai Jabatan Veteriner yang melayan syarikat-syarikat yang rapat dengan mereka. Jika tiada ‘kabel’ macam-macamlah alasan yang diberikan.

Kata subsidi lebih RM700 juta hanya RM50 juta syarikat mohon tetapi hakikatnya banyak syarikat besar terus mengeluh kerana sehingga kini tidak ada satu sen pun tuntutan mereka dibayar kecuali Huat Lai Resources Berhad!

Daripada JPV dan Suruhanjaya Persaingan Harga (MYCC) sibuk menyiasat hal kartel ayam  lebih baik SPRM menyiasat juga kartel pegawai JPV yang terlalu pro pada kartel ayam. Kartel Ayam yang ikut Pegawai JPV dibayar mudah yang tak boleh kawtim dilengah-lengahkan bayaran.

 

2 Comments