Tipu cukai jualan: Puan Sri Diana Low BELL Group yakin kebal SPRM, tidak akan ditangkap
10:06 Jun 02, 2022  |  By SabahKini2
Tipu cukai jualan: Puan Sri Diana Low BELL Group yakin kebal SPRM, tidak akan ditangkap

"Saya Puan Sri, mana boleh tangkap, saya ada 'kabel' banyak, SPRM pun tak berani tangkap". Begitulah bongkaknya Pn Sri Dr Diana Low pemilik syarikat BELL Group yang menipu cukai jualan minyak sawit di Sabah.

Selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 3 individu termasuk seorang bekas Bendahari Koperasi KOPEKS berhubung rasuah dan pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah setiap bulan kepada Kementerian Kewangan Sabah kini dilaporkan pemilik Kilang Sawit BELL Puan Sri Dr Liana Low atau Dr Wong Kwi Lian atau bakal dipanggil SPRM minggu ini

Puan Sri Dr Liana Low yang sebelum ini dipanggil SPRM namun tidak hadir menggunakan alasan ‘sakit’ dikatakan mendabik dada tiada siapa pihak berkuasa boleh menyentuhnya kerana mempunyai ‘kabel’ atasan melindunginya.

"Saya Puan Sri, mana boleh tangkap, saya ada 'kabel' banyak, SPRM pun tak berani tangkap". 

Dengan pengawal pengiring (bodyguard) bernama Ricky Teh Abdullah pembuli pekerja kilang sawit Bell Group Puan Sri Dr Liana Low percaya tiada siapa kakitangannya berani membuka mulut membongkar salah laku penipuan Cukai Jualan Negeri ini. Sebelum ini banyak laporan polis dibuat atas Ricky Teh Abdullah namun ditutup begitu saja.

Misteri penipuan Cukai Jualan minyak sawit mentah tidak akan selesai jika hanya menangkap pegawai MOF dan pesara yang menerima rasuah RM700 ribu tanpa menangkap syarikat pemberi rasuah seperti Kilang Sawiit BELL Group di Lahad Datu.

Selain Puan Sri Dr Liana Low, Ricky Teh, Sam D’Bel Low Kok Sun (anak) dan semua pengarah di Kilang Sawit Bell serta syarikat induknya Bell Corporation perlu dipanggil SPRM. Banyak rasuah dan salah guna kuasa mereka lakukan sehingga pegawai kerajaan dalam genggaman mereka.


Sam D’Bel Low Kok Sun anak Puan Sri Dr Diana Low

 

Budaya gejala rasuah Dr Liana Low Bell Group tidak terhad kepada agensi kerajaan sahaja tetapi rangkaian kilang penapisan minyak sawit di Lahad Datu, pembekal dan lain-lain lagi.

Kerajaan rugi berbilion ringgit kerana penipuan syarikat kilang sawit di Sabah. Cukai Jualan Minyak Sawit Mentah menyumbang sebanyak RM810 juta atau 17.2 peratus kepada Sabah. Jika ketirisan dikurangkan mampu mencecah lebih RM1 bilion setahun.

Keuntungan syarikat kilang Bell Sdn Bhd saja melebihi RM40 juta setahun tetapi membuat penipuan cukai jualan dengan mengisytihar pendapatan palsu kepada kerajaan negeri bagi mengelak Cukai Jualan Negeri (CJN).

Namun menurut Puan Sri Dr Liana Low pemilik kilang sawit Bell Group dia adalah bekas isteri mendiang seorang Tan Sri maka tiada siapa penguatkuasa yang berani mengambil tindakan terhadapnya. Dia mempunyai wang membayar peguam dan media untuk melawan kesnya jika di bawa ke mahkamah.

Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy pasti mengambil tindakan perkara ini tanpa perlu takut siapa dibelakang Puan Sri Dr Liana Low ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Dato' Sri Azam Baki juga nampaknya tidak senang dengan situasi sekarang. Apakah alasan sakit Puan Sri Dr Diana Low laku kali ini? 

 

22 Comments