Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, Deputi Superintenden Mohamad Ismail berkata, hasil pemeriksaan, anggota PPM menemukan 300 liter minyak petrol dan 340 kilogram minyak masak bersubsidi dipercayai cuba diseludup ke negara jiran.
SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas barang kawalan disyaki cuba diseludup keluar ke negara jiran di Pulau Sibangkat, di sini semalam.
Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, anggota PPM yang menjalankan operasi di perairan Semporna mengesan sebuah pondohan tidak berpenghuni di lokasi kejadian.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, Deputi Superintenden Mohamad Ismail berkata, pasukannya bertindak memeriksa pondohan berkenaan.
Katanya, hasil pemeriksaan, anggota PPM menemukan 300 liter minyak petrol dan 340 kilogram minyak masak bersubsidi dipercayai cuba diseludup ke negara jiran.
“Anggota PPM membuat pemerhatian selama satu jam, namun tiada sesiapa yang datang untuk membuat tuntutan.
“Semua barang kawalan yang dianggarkan bernilai RM1,635 itu dirampas dan dibawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Menurutnya, semua barang rampasan kemudiannya diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
Mohamad berkata, PPM Wilayah 4 Sabah mengalu-alukan seluruh komuniti maritim untuk memberikan maklumat sekiranya terdapat aktiviti jenayah di kawasan mereka.