(VIDEO) Naib Presiden Warisan Hina Ibu Musa dan Anifah Aman
01:02 Feb 18, 2018  |  By SabahKini2
(VIDEO) Naib Presiden Warisan Hina Ibu Musa dan Anifah Aman

Kenapa babitkan ibu seorang pemimpin yang tiada kaitan dengan politik. Budaya kita tidak membenarkan kita memperlekeh-lekehkan kesucian 'ibu' seseorang.

 

Apa salah Ibu Musa dan Anifah? Apa kaitan ibunya dengan politik? untuk capaian Youtube sila klik 

KOTA KINABALU. – Belumpun reda isu penghinaan anggota RELA oleh Shafie Apdal Presiden Parti Warisan serta sikap rasis Azis Jamman Ketua Wira Warisan menghina keturunan pakistan campur Kadazan kini Naib Presiden Warisan Datuk Peter Anthony pula menghina ibu Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa dan Anifah Aman.

Keturunan Aki Goong dan OKK Sodomon di Keningau pastinya mengecam sikap rasis Peter Anthony yang memperlekehkan Ibu Musa dan Anifah Aman dan keturunan seseorang ketika berucap di Program Bicara Warisan 14 Februari lalu Dun Matunggong.

“Seolah-olah semua dewan atau balai raya di negeri Sabah ini, mama (ibu) Musa Aman yang punya duit”

Seorang netizen dalam facebooknya Haji Abdul Jalil Ghani menyelar sikap rasis serta penghasut Peter Anthony. Katanya siapa penghasut perpecahan kaum BN ke atau Warisan sehingga ibu seseorang pun perlu dihina.

'Itu Mama Musa Aman punya duit kah? Kenapa babitkan ibu seorang pemimpin yang tiada kaitan dengan politik. Budaya kita tidak membenarkan kita memperlekeh-lekehkan kesucian 'ibu' seseorang. Kita boleh maki atau hina tetapi jangan maki atau hina 'ibu' seseorang yang tidak berdosa. Apatah lagi kalau sudah tiada”. katanya

Haji Abdul Jalil Ghani turut menyelar Peter Anthony mengapa membangkitkan isu keturunan Pakistan dihina sedangkan Musa dan Anifah Aman juga berketurunan Dusun.  Ibunya orang Sabah bermakna memperlekeh keturunan Dusun Sabah juga.

"Bila Dato' Sri Anifah terangkan tentang 'orang Sabah Tulen', kenapa putar belit bilang (kata) dia menghasut dan buat polis report? Kalau kita teliti ucapan ucapan pemimpin Barisan Nasional di Sabah ini, tiada terdengar isu perkauman atau keagamaan yang diputar belitkan". katanya.

Peter juga dalam ucapan itu menghina mahkamah kerana kes Pegawai Jabatan Air Negeri Sabah sudah didakwa di mahkamah dan sepatutnya diserahkan kepada mahkamah namun Naib Presiden Warisan itu berterusan memfitnah Musa Aman.

“Yang mengeluarkan kelulusan konsesi-konsesi paip kepada keluarga Teo siapa bah ni? Ini si Musa Aman Pakistan ba yang kasi keluar”.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini mengesahkan Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah menyeleweng peruntukan Persekutuan (KKLW) lebih RM3 bilion. Kes itu kini dibicarakan di Mahkamah.

Video ucapan 32 minit itu sarat dengan fitnah pemimpin Warisan itu selain menghina ibu Musa Aman, keturunan seseorang, membodohkan pemangku Presiden UPKO, perlekeh Tan Sri Bernard sebagai duta dan bersifat menghasut rakyat mempergunakan platform NGO KDMR. 

Peter Anthony sebelum ini direman SPRM kes penyelewengan dana KKLW RM1.5bilion dan terbaru beliau direman berhubung penjualan tanah adat di Tongod sebagai cubaan merompak dana RISDA lebih RM155 juta.


Sehingga kini Peguam KDM yang Naib Presiden KDM Michael P.Ubu menghilangkan diri dari siastan SPRM. Jika Peter Anthony dan Shafie Apdal benar-benar tidak bersalah sepatutnya mereka menasihatkan Michael tampil siasatan dan beri keterangan.

Netizen mempersoalkan mengapa lari? Jika tidak bersalah Apakah ada sesuatu yang disembunyikan? sepatutnya isu ini dijawap oleh Shafie Apdal dan Peter Anthony.

6 Comments