Red Giants wajar menyalahkan diri sendiri kerana gagal menyudahkan beberapa peluang terbaik untuk menafikan jaringan penyamaan Sabah menerusi Saddil Ramdani.
Hasrat Selangor untuk kembali ke landasan kemenangan selepas dibelasah Johor Darul Ta’zim (JDT), Jumaat lalu tidak kesampaian apabila terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 dengan Sabah di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya hari ini.
Bagaimanapun, Red Giants wajar menyalahkan diri sendiri kerana gagal menyudahkan beberapa peluang terbaik untuk menafikan jaringan penyamaan Sabah menerusi Saddil Ramdani.
Selangor hanya memerlukan tiga minit untuk berada di depan selepas kesilapan pertahanan Sabah, Jackson De Souza yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya dengan lebih baik membuka peluang buat Herlison Caion meledak gol pembukaan.
Tuan rumah sepatutnya mampu menamatkan babak pertama dengan lebih banyak gol sebaliknya beberapa peluang terbaik gagal disudahkan dengan jaringan.
Sabah yang cuba bangkit memburu jaringan penyamaan sebelum memasuki bilik persalinan turut kecewa dan pertahanan Selangor dilihat lebih bersedia untuk menyekat setiap gerakan diatur.
Selepas memulakan babak kedua dengan aksi lebih agresif, usaha berterusan yang dilancarkan Sabah nyata membuahkan hasil menerusi jaringan penyamaan Saddil pada minit ke-52.
Seterusnya, kedua-dua pasukan saling mencuba untuk memburu gol kedua namun tiada tambahan jaringan mampu dihasilkan