Kerana 'Sabah Tulen' Pemimpin Warisan Panas Punggung!
12:02 Feb 18, 2018  |  By SabahKini2
Kerana 'Sabah Tulen' Pemimpin Warisan Panas Punggung!

Kerana "Sabah Tulen' Warisan hilang akal membuat laporan polis.


Channel Sabahkini2 TV

 
Tak banyak cerita dari Sabah sebenarnya yang sampai ke Semenanjung. Kalau sampai pun, hanya kisah-kisah terpilih dan telah dikelas-kelaskan. Itu pun tengok jugalah, pihak mana yang menyiarkan atau membikin cerita berkenaan.

Sabah di bawah Musa Aman dan adiknya, Anifah Aman mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang paling memberangsangkan dalam sejarah negeri itu. Malahan, Sabah sekarang ini merupakan antara negeri di Malaysia yang menerima pelaburan asing paling banyak, jauh mengatasi Pulau Pinang dan Selangor yang dikuasai oleh Lim Guan Eng dan Azmin Ali.

Di bawah pentadbiran Najib Abdul Razak, salah seorang menteri yang dilantik untuk masyarakat luar bandar adalah dari Sabah. Lebih tepat lagi dari Parlimen Semporna, sebuah wilayah miskin yang terlalu banyak dikaitkan dengan Projek IC zaman Mahathir.

Seperti kata Menteri Luar Malaysia yang juga merupakan Ahli Parlimen Kimanis, Anifah Aman, selama dua penggal peruntukan yang diberikan kepada KKLW di bawah Shafie Apdal adalah RM13 bilion. Jumlah tersebut jauh lebih besar berbanding peruntukan yang diterima sebelum itu.

 

 

Sepatutnya, dengan peruntukan berkenaan, masalah bekalan air bersih, jalan berturap dan bekalan elektrik sudah pun merata di seluruh pedalaman Sabah. Namun apa yang berlaku ialah, peruntukan hilang, pembangunan yang diharapkan hampir tidak wujud dan kalau wujud pun hanya sebagai melepas batok di tangga seperti projek JALAN MONYET yang kosnya membabitkan puluhan juta ringgit tetapi manfaatnya hanya untuk sebuah rumah yang merupakan kroni ketat Shafie Apdal.

Begitu juga dengan apa yang dikatakan oleh Peter Anthony yang berangan-angan di Tenom tentang rumah PPR yang dibina pada zaman Shafie Apdal sebagai Menteri KKLW.

 

 

Bagi yang tidak pernah melihat rumah berkenaan, sudah pasti akan berasa amat teruja dan menyanjung tinggi Shafie Apdal yang kononnya terlalu prihatin kepada penduduk miskin di pedalaman.

Hakikatnya, rumah yang kononnya menelan kos lebih RM15 ribu itu, sebenarnya apabila dikira semula, tidak lebih dari RM3000. Rumah berkenaan bukan sahaja tidak layak diduduki oleh mana-mana manusia, malahan kambing mahupun ayam tidak akan sanggup tinggal di rumah berkenaan.

 

Bagaimana pula dengan bekalan elektrik?

Terlalu menyedihkan dan daif. Projek berpuluh-puluh juta. Kabel dah siap. Segala-galanya kelihatan seperti telah disiapkan. Malangnya, bekalan elektrik tetap juga tidak ada. Beberapa hari lepas, muncul berita yang penantian penduduk Kampung Kapulu, Tenom selama bertahun-tahun, akhirnya berjaya diselesaikan oleh Menteri KKLW yang baru. (RUJUK SINI)

 

 

 

Barangkali sedar bahawa penduduk dan pengundi sudah mulai sedar, siapa sebenarnya Shafie Apdal dan parti yang menamakan mereka sebagai Parti Warisan Sabah, orang seperti Peter Anthony mula memainkan isu-isu sensitif termasuklah membabitkan agama, suku kaum dan keturunan. Lebih-lebih lagi apabila Anifah Aman menyatakan bahawa dia sebenarnya tidak peduli keturunan mana pun yang akan memimpin Sabah asalkan mereka adalah SABAH TULEN!

63 Comments