Cukai SST tertunggak kini cecah RM410 juta. Hibiscus sebelum ini nekad tak mahu bayar cukai. Namun syarikat milik TS Arumugam kroni Dr Mahathir ini tiada pilihan. Hibiscus digesa bayar 5% milik rakyat Sabah. 300,252 tong minyak mentah dari North Sabah!
Baru-baru ini media melaporkan Syarikat Hibiscus Petroleum Bhd melalui anak syarikatnya REPSOL Oil & Gas M Ltd (RML) dan SEA Hibiscus Sdn Bhd (SEAH) tidak mahu membayar Cukai Jualan Negeri (SST) produk petroleum kepada Kerajaan Negeri Sabah.
Bagaimanapun Menteri Kewangan Kedua Sabah Datuk Seri Masidi Manjun bertegas Hibiscus Petroleum Bhd perlu membayar cukai itu mengikut Enakmen Cukai Jualan Negeri 1988 dan Peraturan Cukai Jualan Negeri 1999.
Hari ini cukai tertunggak Hibiscus Petroleum Bhd kepada kerajaan negeri kira-kira RM410 juta. Bayangkan RM410 juta apa kerajaan negeri boleh buat?
Alasan Hibiscus menghentikan bayaran Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 5% kepada Kerajaan Sabah bagi penjualan minyak yang dihasilkan daripada kontrak Perkongsian pengeluaran Kinabalu Oil (PSC) kerana penjualan minyak mentah berlaku di dalam Wilayah Persekutuan Labuan, yang berada di luar bidang kuasa Sabah.
Benarkah hujah Hibiscus? Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) North Sabah PSC di lesenkan di Negeri Sabah. Diambil dari Negeri Sabah bukan Labuan. Oleh itu kerajaan negeri berhak menuntut Cukai Jualan Negeri Sabah 5%
25 Mei lalu Hibiscus Petroleum Bhd mengumumkan untung bersih Hibiscus Petroleum meningkat kepada RM307.54 juta daripada RM32.03 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya dengan 300,252 tong minyak mentah daripada North Sabah.
Segmen North Sabah merekodkan hasil dan keuntungan kasar masing-masing sebanyak RM113.1 juta dan RM80.7 juta pada suku ketiga.
Jadi mengapa Hibiscus Petroleum Bhd tidak mahu berkongsi 5% itu dengan rakyat Sabah?
Hibiscus syarikat kroni
Hibiscus merupakan syarikat kepunyaan Tan Sri A.Paquirri Arumugam kroni Tun Dr Mahathir terkenal. Pemilikan kepentingan Tan Sri Arumugam dalam Hibiscus Petroleum Berhad sentiasa turun naik. Bagaimanapun anaknya Dato’ Sri Roushan Arumugam dan Pengarah Urusannya Dr Kenneth Gerard Pereira selaku proksi Arumugam masih menguasai Hibiscus.
BOD dan anak syarikat Hibiscus
Diawal tahun 2012 Tan Sri Arumugam meningkatkan kepentingannya dalam Hibiscus
Mengapa Hibiscus tidak mahu membayar SST Negeri Sabah? kerana Hibiscus beranggapan Sabah dalam Malaysia sebagaimana anggapan Dr Mahathr dan 'Malaya' cukai seumpama itu tidak perlu dibayar. Royalti tidak perlu dibayar. Dari zaman PM4 hingga zaman PM7 Tun Dr Mahathir tak pernah setuju untuk membayar royalti minyak kepada Sabah. Mereka syarikat taikun besar dipayungi oleh pemimpin besar seperti Dr Mahathir. Jadi mereka lawan untuk tidak membayar cukai. Jika perlu ke mahkamah mereka akan lawan di mahkmah. Kononnya semua operasi minyak di Wilayah Persekutuan Labuan jadi mengapa perlu bayar kepada Sabah.
Namun minyak Segmen North Sabah PSC ambil dari mana?
300,252 tong minyak mentah daripada North Sabah...
SF30 BARTON
Hanya LCOT berada di Labuan
Semakan kepada anak syarikat Hibiscus Petroleum Berhad seperti SEA Hibiscus Sdn Bhd (SEAH) menunjukkan syarikat itu untung. Jelas mereka tidak punya asas menolak membayar untuk cukai SST.
Kontroversi Arumugam
Siapa tidak kenal Tan Sri Arumugam?
Antara jutawan yang dikayakan oleh Mahathir. Memiliki kekayaan berbilion dan sangat rapat dengan Dr Mahathir. Akhbar dan media British pada 1980-an dan 1990-an pernah melaporkan kontroversi Malaysia-Britain urusan beli senjata dan projek Pergau RM1.8bilion. Projek-projek lain RM500 juta avionik / navigasi kontrak untuk KLIA, EMU Railway (RM180 juta) dan lain-lain lagi.
Paling diingati ialah Dr Mahathir dan TS Arumugam pernah kontroversi dengan pembelian 88 buah jet terpakai Skyhawk pada tahun 1982, RM640 juta tidak termasuk logistik. 53 dari 88 buah diangkut dari Mojave Desert California - 40 dibaik pulih, 22 dijadikan spare part, 1 dijadikan pesawat latihan. Bakinya masih tersadai di California. Dah dibayar.
Tan Sri AP Arumugam juga adalah antara Pemegang Amanah Yayasan Kepimpinan Perdana kesayangan Mahathir. Belum cerita berapa banyak syarikat Tan Sri Arumugam yang anak-anak dan keluarga Dr Mahathir di dalamnya.
Arumugam, Daim dan keluar Dr Mahathir bagaikan isi dengan kuku
Las Lenas, Arumugam dan Dr Mahathir
Berita didedahkan sebelum ini, Arumugam adalah pemilik Las Leñas satu dari pusat peranginan ski terbesar di banjaran Andean di Amerika Selatan dan terletak di Wilayah Mendoza, Argentina. Mempunyai hotel 5 bintang Hotel Piscis dan kasino yang terletak dari 2300 aras laut (kasino tertinggi di dunia).
Casino Las Leñas adalah salah satu destinasi kasino paling eksklusif di seluruh Amerika Selatan dan Tengah.Dr Mahathir dan keluarganya mrupakan pengunjung setia di tempat ini. Beberapa media antarabangsa pada sejak tahun 2002, 2006 dan 2014 melaporkan kehadiran Dr Mahathir ke pusat peranginan ini.
Laporan media Argentina
Dengan kekayaan Tan Sri Arumugam dan beberapa syarikatnya di dalam dan luar negara termasuk Hibiscus Petroleum Berhad di belakangnya bekas PM7 yang juga Pengerusi Pejuang, Hibiscus tentu lebih berani tidak membayar cukai SST yang tertunggak dalam RM410 juta kepada Sabah.
Apa Kerajaan Sabah perlu buat ialah bertegas dan mendesak Hibiscus membayarnya sebagaimana 8 syarikat minyak yang lain beroperasi di tanah Sabah. Ini zaman 'Sabah Maju Jaya' dengan kutipan hasil tertinggi RM5.4 bilion tahun 2021 Kerajaan Sabah komited termasuk kutipan Cukai Jualan Negeri minyak sawit di negeri ini. Sabah bukan tempat perisytiharan cukai palsu, kerajaan mahu setiap sen dari yang layak dikutip untuk rakyat Sabah.
Syarikat untung beratus juta tetapi cukai SST 5% tidak mahu bayar menggunakan alasan tidak masuk akal.