Lebih 200 ribu dihantar pulang. Bagamana dengan Program Rekalibrasi Sabah? Berapa dihantar pulang? April 2019 Kerajaan Warisan tidak menghantar pulang tetapi memutihkan 123,575 PTI di bawah Program Pemutihan di Sabah.
Pada 25 Jun lalu, Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin mengumumkan seramai 243,297 pendatang asing tanpa izin (PATI) daripada 282,561 yang berdaftar dihantar pulang secara sukarela menerusi Program Rekalibrasi Pulang.
Program Rekalibrasi Pulang sudah dimulakan sejak November 2020 sehingga tarikh tutup 30 jun 2022.
Bagaimanapun PATI yang mendaftar disaat-saat akhir terkandas di KLIA dan Terminal Feri Antarabangsa Stulang Laut, Johor Bahru, dengan harapan dapat meninggalkan negara sebelum tarikh akhir program.
Menurut Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee Daud pendatang yang gagal meninggalkan Malaysia bawah Program Rekalibrasi Pulang akan segera dihantar ke negara asal dan dilarang memasuki negara seumur hidup.
Bagaimanapun satu persoalan besar wujud yang perlu dijelaskan oleh Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud apakah status Program Rekalibrasi Pulang di negeri Sabah? Berapa dihantar pulang?Setakat ini tiada berita PATI terkandas di Sabah.
Pn Sh Sitti Saleha Habib Yussof Pengarah Jabatan Imigresen Sabah perlu menjawab isu ini memandangkan beliau merupakan bekas Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Negeri Sabah yang kontroversi di Zaman Warisan bersama Muhammad Sade (Pengarah JIM) berhubung pelaksanaan Pas Sementara Sabah.
Apakah Sabah tidak menjalani Program Rekalibrasi Pulang tetapi hanya program pemutihan PATI untuk bekerja di sektor terpilih di Sabah sebagaimana yang dilakukan Kerajaan Warisan bermula tahun 2019?
Untuk rekod ketika Kerajan Warisan berkuasa Shafie Apdal mengarahkan Jabatan Imigresen Sabah melaksanakan program regularisasi bagi pekerja asing yang tidak sah di sektor perladangan dan pertanian melalui Jawatankuasa Program Regularisasi Sektor Perladangan Dan Pertanian Negeri Sabah yang telah ditubuh dan diaktifkan bermula pada 1 April 2019 hingga 30 Jun 2019
Dilaporkan ada lebih 800 ribu PTI sedang bersembunyi di Sabah. Pengumuman Kerajaan Warisan di bawah program regularisasi menggembirakan warga asing di Sabah.
Hasilnya fasa satu sejumlah 123,575 PTI bersama keluarga didaftar Program Pemutihan di Sabah ketika itu
[ARTIKEL BERKAITAN- 123,575 PTI bersama keluarga didaftar Program Pemutihan di Sabah ]
Datuk Musa Sulaiman bukan orang Semporna oleh itu Azis Jamman Timbalan Menteri KDN memindahkannya
Ketika Datuk Musa Sulaiman sebagai Pengarah Imigresen Sabah banyak arahan diterima daripada Shafie Apdal Ketua Menteri dan Azis Jamman sebagai Timbalan Menteri KDN berhubung program pemutihan pekerja asing dan program IMM13. Datuk Musa Sulaiman akhirnya dipindahkan ke KDN Putrajaya kerana dilihat tidak 'sporting' dengan kerajaan Warisan serta digantikan dengan budak Azis Jamman yang kontroversi iaitu Dato' Dr. Muhammad Sade yang bermulut biadap.