Kecoh Projek IC. Faktanya Dr Mahathir bekas PM4 dan PM7 pernah mengaku 'Projek IC'. Mengapa tak serang Projek IC Dr Mahathir? Terbukti Projek IC 2.0 digerakkan oleh Shafie & Warisan ketika memerintah. Lebih 125 ribu PATI di putihkan.
Projek IC Sabah: Pengakuan Dr Mahathir tahun 2013. Mengapa tiada sesiapa
sebut Projek IC Dr Mahathir? Dia PM4 dan jadi PM7 PM Pakatan Harapan-Warisan.
Nampaknya isu projek IC datang kembali. Semua parti politik menuding jari tanda PRU akan datang lagi. Menghampiri pilihanraya maka isu Projek IC muncul kembali.
PBS melalui Presidennya Dr Maximus Ongkili mengorak langkah membuka mulut kononnya sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) mengeluarkan kad pengenalan (IC) kepada pendatang tanpa dokumen di Sabah demi mendapat undi.
Meraih sokongan KDM PBS terpaksa melakukannya untuk merelevankan dirinya berbanding Parti STAR pimpinan Dr Jeffrey Kitingan yang sedang bergelut berhadapan isu kad warga asing yang mirip PSS cadangan Parti Warisan. Sekalipun dinafikan Star kad warga asing itu mirip PSS.
Parti Warisan pula melalui Presidennya Shafie Apdal dan Timbalannya Darell Leiking mengambil kesempatan memuji-muji Maximus Ongkili kononnya mengakui ada parti komponen BN yang melakukannya.
Dahulu Warisan juga yang mempersoalkan PBS kononnya projek IMM13 lebih 325 ribu didaftarkan di zaman mereka. Warisan mungkin terlupa tuduhan itu.
Dia lupa Fasa 1 Projek IC 'Dr Mahathir'lah bapa Projek IC.
Fasa kedua Projek IC ketika Warisan sebagai Kerajaan
Menurut Warisan PBS telah melakukan pendaftran besar-besaran terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah pada tahun 1987 dengan mengeluarkan Kad Burung-Burung yang kini mencetuskan kontroversi. Katanya PBS bertanggungjawab mendaftarkan sebanyak 325,000 warga asing dan kini keluarga mereka turut menggunakan kad berkenaan tanpa ada ketetapan bila mereka akan meninggalkan negara ini.
Itu tuduhan keras Warisan kepada PBS pernah disiarkan dalam portal pro Warisan Borneo Today.net tahun 2019.
Namun fakta di depan mata PBS dan Warisan terlupa Projek IC sebenar ialah Projek IC Dr Mahathir bukan UMNO atau BN semata. Parti hanya platform orang berkuasa duduk melaksanakan kerja. Pemimpin BN datang dan pergi termasuk Dr Mahathir, Anwar, Shafie Apdal (Bekas Menteri BN) dan PBS sendiri dalam komponen BN.
Dr Mahathir sendiri membuat pengakuan dalam banyak video yang tular mengaku Projek IC arahannya adalah sah. Tidak salah disisi undang-undang. Rujuk Video di atas.
Projek IC yang dilakukan oleh Dr Mahathir ialah pada tahun 1990an dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Shafie Apdal sendiri menjadi Menteri kabinet di zaman Dr Mahathir malah menjadi Menteri KKLW paling kanan di Malaysia. Shafie sendiri pun ketika itu banyak menyokong PATI kawasannya untuk mendapat IC dan surat beranak di Sabah.
Susulan dakwaan Projek IC itu maka RCI ditubuhkan oleh Perdana Menteri 6 Najib Razak ketika itu. Ini juga sebahagian desakan daripada komponen ketika itu. Bermakna Najib berani membukanya.
Maka banyaklah fakta-fakta RCI didedahkan termasuk Dr Mahathir dipanggil memberi keterangan.
Parti-parti pembangkang Semenanjung dan Negeri berlumba-lumba menyalahkan Dr Mahathir. Lim Kit Siang DAP lagi keras menyerang. Dr Mahathir pula marahkan Najib kerana tubuhkan RCI.
Tetapi dunia berputar Bapa Projek IC Dr Mahathir yang dibenci pembangkang akhirnya menjadi Perdana Menteri PH, PM kepada Shafie Apdal, Anwar, Darrel Lieking, Lim Kit Siang, Madius Tangau dan ramai lagi pembencinya terpaksa menjilat dan berketuakan Mahathir semula. Sedikit pun mereka tak berani mengungkit Projek IC Dr Mahathir itu.
Tidak pula Shafie, Darrel dan pemimpin PH menyalahkan Dr Mahathir. Tidak pula Dr Maximus menyebut nama Dr Mahathir secara terbuka sebagai 'Bapak Projek IC'. Mengapa? Bukankah semua ini Mahathir punca? Rakyat Sabah masih menjadi saksi hidup Projek IC ini.
Malah bukan lagi rahsia selepas RCI, Shafie Apdal menyatakan sokongannya untuk membantu mengesahkan penduduk kampung sebagai warganegara atau tidak melalui JKKK yang dikuasai kementeriannya KKLW ketika itu. Apa arahannya? Mansuh pemegang kad pengenalan? Tidak.. tetapi mengesahkannya sebagai warganegara. Tiada satupun dari warganeegara RCI dibatalkan. Tidak percaya cuba lihat data penduduk Semporna atau pantai timur yang mendadak naik. Kerja siapa?
Termasuk sokongan Shafie Apdal kepada PTI di Sabah untuk dapat Kad Pengenalan
Madius Tangau sendiri pada tahun 2017 sebelum melompat ke Warisan bersama UPKO (Mei 2018) mengaku tidak lupa Projek IC Dr Mahathir Mohammad kerosakan kekal kepada negara ini. Video ucapan Madius Tangau juga masih ada. Boleh Lihat sini. Tetapi selepas 2018 Dr Mahathir yang dia hina Bapa Projek IC jadi bosnya dalam Pakatan Harapan-Warisan.
[ARTIKEL BERKAITAN- Sabah tidak akan lupa Projek IC Mahathir- Madius Tangau UPKO ]
Shafie seru rakyat Sabah maafkan Projek IC Dr Mahathir
Lebih teruk perkara yang tidak boleh dilupakan pada bulan januari 2018 sebelum pilihanraya Shafie Apdal menyeru rakyat Sabah agar memaafkan Projek IC Dr Mahathir. Katanya rakyat Sabah perlu jadi macam Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim yang berjiwa besar memaafkan Dr Mahathir. Projek IC satu kesilapan tapi maafkan Dr Mahathir. Pengikut-pengikut Warisan yang dapat projek IC Dr Mahathir akhirnya menyokong Shafie Apdal!
[ARTIKEL BERKAITAN- Maafkan Dr Mahathir walau dia bersalah kerana projek IC- Shafie Apdal]
Apa maksudnya? Shafie, Warisan dan PH di Sabah mengiktiraf usaha Dr Mahathir Projek IC itu.
Terbukti Shafie dan Warisan Pelopor baru Projek IC 2.0
Dalam siri penulisan dan laporan Sabahkini2 sejak tahun 2017 sentiasa konsisten mendedahkan wajah sebenar Shafie dan Warisan.
22 bulan PH berkuasa atau 26 bulan Warisan memerintah Sabah sebelum cadangan PSS, Kerajaan Warisan rancak memberi dokumen kepada Warga asing. Dari awal Shafie Warisan berkuasa program pemberian surat beranak lewat, Projek IC, dokumen berkahwin warga asing dimudahkan, pemutihan warga asing, penyambungan IMM13, stateless, sindiket, kad MMC malah terbukti surat-surat sokongan kewarganegaraan Azis Jamman dan Shafie Apdal di Sabah beserta gambar-gambar menyokong dakwaan itu. Hari-hari berita itu disajikan.
Azis Jamman Timbalan Menteri KDN menjadi kuda Shafie Apdal di Malaya
untuk menjayakan misi Warisan di Sabah. Dilaporkan kira-kira lebih 1000 surat sokongan
sebulan dibuat oleh Azis Jamman. Pegawai JPN dan Imigresen Sabah yang engkar dipindahkan
Kronologi-kronologinya projek IC Warisan sangat jelas dalam artikel ini.
[ ARTIKEL BERKAITAN- Azis Jamman lupa Warisan pemberi 'Projek IC' kepada PTI di Sabah ]
[ ARTIKEL BERKAITAN- 20 bulan Kerajaan Warisan: Strategi dan kronologi menjayakan Pas Sementara Sabah (PSS) demi PTI! ]
[ ARTIKEL BERKAITAN- 7 Bukti Kerajaan Warisan utamakan PTI mengapa Darell Leiking nafi dan tidak ambil tindakan?
Kerajaan Warisan memutihkan 123,575 PTI tahun 2019
Untuk rekod ketika Kerajan Warisan berkuasa Shafie Apdal mengarahkan Jabatan Imigresen Sabah melaksanakan program regularisasi bagi pekerja asing yang tidak sah di sektor perladangan dan pertanian melalui Jawatankuasa Program Regularisasi Sektor Perladangan Dan Pertanian Negeri Sabah yang telah ditubuh dan diaktifkan bermula pada 1 April hingga 30 Jun 2019. Tugas ini dipermudahkan lagi Azis Jamman anak saudara Shafie selaku Timbalan Menteri KDN.
Dilaporkan ada lebih 800 ribu PTI sedang bersembunyi di Sabah tahun berkenaan. Pengumuman Kerajaan Warisan di bawah program regularisasi menggembirakan warga asing di Sabah.
Hasilnya fasa satu Kerajaan Warisan memerintah sejumlah 123,575 PTI bersama keluarga didaftar Program Pemutihan di Sabah ketika itu.
[ARTIKEL BERKAITAN- 123,575 PTI bersama keluarga didaftar Program Pemutihan di Sabah ]
Terbukti Kerajaan Warisan pimpinan Shafie Apdal menyambung legasi projek IC bos mereka Dr Mahathir Mohammad. Ini diketahui rapat oleh Dr Maximus Ongkili Presiden PBS. Persoalannya mengapa tidak diserang musuh politik GRS-BN, Shafie Apdal dan Warisan?
Benarlah kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, ahli politik di Sabah 'Jangan bermain api'. Bukan semua parti kuat. Belajarlah bersyukur ketika berkuasa kembali. Lebih baik menyerang musuh dari rakan-rakan dalam gabungan.