Mengapa Siti Amira Natasha buat lawak provokasi? Tanggal tudung hina Islam & diri sendiri. Apa motif? Rupanya Siti Amira memang seorang pengamal seks bebas, 'Swingers' bertukar pasangan. Dia mengaku berkahwin dan punya 7 teman lelaki.
Siapa Siti Amirah sebenarnya?
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penularan rakaman video yang memaparkan seorang wanita bernama Siti Amira Natasha Abdullah menghina agama Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi.
Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Saaduddin, berkata siasatan berhubung kes itu dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.
"Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, media melaporkan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut menjalankan siasatan berhubung satu klip video tular menghina agama Islam oleh Siti Amira Natasha Abdullah itu
Menerusi video berdurasi 53 saat itu, kelihatan Siti Amira Natasha berbaju kurung dan bertudung memperkenalkan diri serta mengaku sebagai seorang wanita Muslim serta hafaz 15 juzuk al-Quran.
Macam ni satu lawak?
Sebaik selesai memperkenalkan diri, wanita itu membuka tudung serta baju kurung dipakainya dan mendedahkan pakaiannya yang sebenar iaitu baju terdedah sebahagian dada tanpa lengan serta memakai skirt pendek yang menampakkan sebahagian paha.
Siti Amira Natasha Abdullah ‘Kaki Swingers’
Susulan penularan dan kecaman aksi tanggal tudung dan pakaian itu Siti Amira Natasha muncul menerusi beberapa video termasuk siaran langsung dalam saluran YouTube miliknya menjelaskan siapa dirinya.
Amira menyatakan dirinya yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak mengakui sangat berbangga menjadi seorang Islam, sudah berkahwin dan mempunyai 7 orang teman lelaki.
Amira juga muncul bersama Alex teman lelakinya menjawab isu kontroversi itu. Alex teman lelakinya menyifatkan Amira sebagai seorang yang berpegang pada ajaran Islam.
Berdasarkan hasil carian, video melibatkan Siti Amira yang tular hari ini dimuat naik dalam YouTube mereka bertarikh 16 Jun lalu.
Hasil selidik juga mendapati, akaun YouTube pasangan itu dipenuhi dengan banyak perkongsian terbuka mengenai topik hubungan seksual, bertukar pasangan (swinging) selain memaparkan Amira dalam keadaan mencolok mata dengan hanya memakai baju dalam.
Pengakuan Siti Amira dan teman lelakinya Alex mengenai seks parti, swingers, hedonisme
Gaya hidup seks bebas
Malah Amy juga dilihat mengenakan tudung dan menutup aurat dengan baik dalam beberapa buah video lain yang berkongsi tentang tip ‘dating’ untuk orang Malaysia.
Netizen mengecam tindakan Siti Amira yang mempunyai motif menghina Islam. Komedi lawak spontan tu bukan komedi tetapi jelas membuat provokasi di negara ini.PDRM dan JAWI digesa mengambil tindakan tegas.
Jika PH atau peguam PH selepas ini mempertahankan Siti Amira yang gila ini nampaknya pemimpin politik di Malaysia semakin sakit. Menjadi perkara biasa ahli politik politik PH biasanya menyokong jenis kaki seks terbuka ini untuk dipertahankan atas namaa hak asasi.