Dulu Menteri Kabinet Sabah sibuk menyamun projek, kini ''hilang kuasa' sibuk Usul Batal Perjanjian Petronas
10:07 Jul 13, 2022  |  By SabahKini2
Dulu Menteri Kabinet Sabah sibuk menyamun projek,  kini ''hilang kuasa' sibuk Usul Batal Perjanjian Petronas

26 bulan sebagai Menteri Kabinet Sabah apa Adun Warisan-PH buat? Apa Ewon UPKO & Phoong Jin Zhe DAP buat? Mengapa masa jadi kerajaan tak selesaikan isu Petronas? Rupanya masa menteri mereka sibuk menyamun. Jadi Menteri 'auto'bodoh sekarang 'auto'pandai

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang Sabah ‘jenis cakap tak serupa bikin’ akan membawa usul pembatalan Perjanjian PETRONAS yang ditandatangani dan diluluskan di Parlimen pada 1974.

ADUN Kadamaian, Parti UPKO Datuk Ewon Benedick dan ADUN Luyang Parti DAP, Phoong Jin Zhe  kedua-duanya bekas Menteri Kerajaan Warisan -Plus berkata, usul itu akan dibawa dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), minggu depan.

Usul ini  kononnya untuk menyahut cabaran bekas Ketua Menteri, Harris Salleh supaya mengusulkan pembatalan perjanjian itu di DUN.

Pemimpin PH temberang

Untuk rekod Datuk Ewon Benedick merupakan bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLB). Phoong Jin Zhe   pula Menteri Belia dan Sukan Sabah.

Apa mereka buat ketika menjadi Menteri 26 bulan di Sabah? Mengapa baru sekarang bersuara ketika tiada kuasa? Mengapa ketika jadi Menteri tak diusulkan mansuh saja usul pembatalan Perjanjian PETRONAS itu?

Jadi Menteri 'Auto' bodoh

Mengapa ketika jadi Menteri PH-Warisan tiba-tiba bodoh? Mengapa sekarang tiba-tiba jadi pandai? Itulah Cakap tak serupa bikin. Semuanya demi populis semata.

Apa kejayaan terbesar Datuk Ewon Benedick? 12 Mei 2018 dia dan Presiden UPKO khianat BN melompat ke Warisan membentuk kerajaan. Alasannya ialah demi rakyat. Rakyat ingat khianat UPKO. UPKO hanya bernasib baik satu kerusi di DUN Kedamaian (KB) tetapi semua kerusi DUN termasuk presidennya Madius Tangau lingkup di Kiulu!.

Kejayaan kedua Ewon Benedick ‘pau’ projek di kementeriannya dan juga Kementerian Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter melalui projek 4 konsesi selenggaraan jalan di Kawasan PBT. Sabahkini2 pernah mendedahkan penglibatan Ewon Benedict Projek Selenggara Jalan Dumpiring Kebidahan yang kos terlalu tinggi. Mark up gila -gila!.

[ARTIKEL BERKAITAN- Bukti Menteri Warisan, UPKO 'Curi' Duit Rakyat! Jalan 2.3KM, Kos RM1.06 juta 1KM, Rakyat dapat jalan teruk ]

Bukti Menteri Warisan, UPKO 'Curi' Duit Rakyat! Jalan 2.3KM, Kos RM1.06 juta 1KM, Rakyat dapat jalan teruk

‘mark up’ harga gila-gila

Menteri, kontraktor, proksi dan kroni

 

Susulan pendedahan itu Ewon mahu menyaman Sabahkini2 sejak januari 2021. Tetapi hakikatnya semua kenal siapa Ewon. Dia hanya utamakan dirinya sendiri. Dia kenyang rakyatnya susah.Terbaru dia nak lawan Presiden UPKO Madius Tangau sebagai Presiden sebab merasakan hanya dia YB UPKO yang menang.

 

Kejayaan ketiga Ewon ialah menolong bosnya Shafie Apdal memberi dokumen kepada warga asing dan projek IC. Selepas dilaporkan Shafie Apdal dan kerajaan Warisan membantu mendapatkan MyKad kepada warganegara yang berkahwin pendatang asing ketika itu tular pula mengenai surat arahan Datuk Seri Shafie kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Ewon Benedick untuk mendapatkan maklumat senarai kampung serta pulau-pulau terpencil untuk maklumat Jabatan Pendaftaran Negara.

[ARTIKEL BERKAITAN: Projek IC 2: Shafie bantu dapatkan MyKad yang kahwin pendatang asing]

[ARTIKEL BERKAITAN: Menteri UPKO akur arahan 'Projek IC' Shafie Apdal ]

 

Surat bertarikh 9 Ogos 2018 rujukan KPLB: 100-10/149 ( ) dari Kementerian Luar Bandar Sabah (KPLB) kepada semua pegawai daerah dan penolong pegawai daerah kecil itu dikatakan adalah arahan dari Shafie Apdal untuk membantu Jabatan Pendaftaran atas alasan mengatasi kelewatan pendaftaran kelahiran dan kematian di Sabah yang tinggi

 

Susulan penularan surat Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memohon data kampung dan pulau terpencil di media sosial, Menteri Pembangunan Luar Bandar Ewon Benedick berpura-pura terpaksa mengarahkan kementeriannya memberi kenyataan media berhubung perkara itu.

Malah Ewon Benedick terpaksa meminta penjelasan daripada Pengarah JPN Sabah Datuk Ismail Ahmad, Setiausaha Tetap KPLB Abu Bakar Abdul Latif dan Timbalan Setiausaha Tetap KPLB Sabah Sualim Sanan berkaitan surat yang kononnya disalah anggap. Betapa paniknya Ewon Benedick ketika itu. 

Projek IC: Arahan Shafie dan Warisan, Menteri UPKO kini Panik!


Sehinggalah PSS cuba dilaksana atau 20 bulan Kerajaan Warisan berkuasa UPKO hanya sibuk menolong Warisan menjayakan projek IC, IMM13 dan  PSS. 

Apa pula kejayaan Phoong Jin Zhe DAP sebagai Menteri Belia dan Sukan Sabah? Tiada sumbangan yang ketara hanya meneruskan kerja-kerja Menteri Belia sukan sedia ada. 

Namun mengapa mereka melalak sekarang? Kalau setakat mahu mengambil maklum kenyataan bekas Ketua Menteri yang menyatakan Perjanjian PETRONAS ditandatangani bagi melaksanakan Akta Pembangunan Petroleum yang diluluskan di Parlimen pada tahun 1974, 26 bulan lalu mereka menteri kabinet dan sepatutnya mereka boleh membawa usul itu bukan sekarang sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Jika sekarang mereka mahu kepimpinan Sabah yang tidak mudah akur kepada kehendak Kerajaan Persekutuan dulupun Kerajaan Warisan Plus akur dan tunduk kepada libasan Dr Mahathir Mohamad. Tiada kejayaan signifikan MA63 zaman Kerajaan Warisan mereka hanya meneruskan usaha kerajaan lama. Malah terlalu meniru dan terikut-ikut dengan kerajaan negeri Sarawak. Warisan PH Sabah hanya menangguk cara mudah dengan kejayaan Kerajaan GPS Sarawak menyaman Kerajaan PH bagi cukai jualan produk Petroleum. Shafie yang rapat Dr Mahathir pun gagal tunaikan janji.

Mengapa pemimpin PH ketika menteri dulu tidak memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar kesahihan Akta Pembangunan Petroleum dan Perjanjian PETRONAS atau MA63?

Sebab mereka hanya temberang. Ada kuasa menikus. Bila tak ada barulah berlagak seperti hero. Jadi pembangkang mereka tiba-tiba auto pandai sebenarnya bodoh.

Rakyat jangan lupa kencing PH Warisan. Bau hancingnya sampai sekarang masih menusuk hidung!

 

 

1 Comment