Bestinet syarikat kontroversi!.Sistem FWCMS Bestinet dikecam lemah. 25 syarikat monopoli dikaitkan dengan pemilik Bestinet Dato' Sri Aminul. Sekalipun diserbu SPRM Saravanan pertahankannya. Kini muncul pula Sistem MOS dibantah Indonesia
Dua kementerian nampaknya bergelut dengan isu pekerja asing iaitu Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Datuk M Saravanan Menteri KSM bergelut dengan isu Syarikat Bestinet Sdn Bhd, milik Datuk ‘Bangla’ terkenal Dato' Sri Aminul Islam bin Abdul Nor dan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS).
Bestinet Sdn Bhd syarikat kontroversi pernah juga kaitkan dengan isu VLN Ultra Kirana Sdn Bhd yang sedang bicarakan di mahkamah.
Manakala Dato’ Seri Hamzah Zainuddin Menteri KDN berhadapan dengan isu Sistem Dalam Talian Pembantu Rumah (MOS) dibawah Jabatan Imigresen Malaysia untuk memudahkan pengambilan pembantu rumah Indonesia.
Kekecohan berlaku apabila Kerajaan Indonesia menghentikan kemasukan pekerja dari negara itu termasuk Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) ke Malaysia sementara waktu kerana beranggapan sistem MOS melanggar One Channel System yang diperkenalkan dalam memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani 1 April lalu Presiden Indonesia, Joko Widodo.
Susulan isu ini Dato’ Sri Ismail Sabri Perdana Menteri mengarahkan Hamzah dan Saravanan menyelesaikannya.
Mampukah kedua-duanya menyelesaikan masalah ini? Masalah SPRM dan masalah rajuk Indonesia.
M.Saravanan, Bestinet dan Dato’ Sri Aminul
Bestinet dan Dato’ Sri Aminul merupakan syarikat ‘panas’ sering dilabel dengan isu rasuah serta dikaitkan dengan 'sindiket' perjanjian pekerja Malaysia-Bangladesh.
Cuma menjadi lebih musykil mengapa Dato’ M Saravanan Menteri KSM memilih bekerjasama dengan Dato’ Sri Aminul pemilik syarikat Bestinet itu.
Antara syarikat dan isu kontroversi Dato’ Sri Aminul ialah Bestinet Sdn Bhd (RM 700juta), FWCMS (RM1.3b), Synerflux - SPPA (RM 500juta) dan JR Join Resourcers (RM150juta).
Bestinet monopoli semua syarikat pekerja asing
Di JR Join Resourcers pun milik Dato' Sri Amin
Synerflux Sdn Bhd juga adalah milik Bestinet- pernah ditamatkan PH
11 Februari 2022 Bestinet Sdn Bhd mengeluarkan surat tuntutan (LOD) terhadap Malaysiakini dan dua penulisnya Alyaa Alhadjri dan B Nantha Kumar berikutan artikel yang dikeluarkan pada 4 Februari bertajuk ‘Surat terbuka gesa henti 'sindiket' perjanjian pekerja Malaysia-Bangladesh’ didakwa mengandungi pernyataan fitnah.
[ARTIKEL BERKAITAN- Dato' Sri Aminul, Bestinet saman Malaysiakini, penulis artikel sindiket pekerja Bangladesh ]
Tidak sedikit pihak yang memusuhi Bestinet. April lalu beberapa pihak mengecam sistem FWCMS. Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (Papsma), Dr N Sukumaran Aplikasi Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) perlu diteliti dan dikaji semula penggunaannya oleh kerajaan susulan ia dianggap sudah lapuk dan menyukarkan usaha majikan untuk mendapatkan kelulusan kemasukan pekerja asing ke Malaysia. Misalnya 475,678 permohonan majikan untuk mendapatkan pekerja asing melalui sistem berkenaan, hanya 2,069 telah diluluskan.
Menurut Persatuan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia itu lagi terdapat 14 negara sumber untuk pekerja asing berkolar biru, dan tiada satu pun daripada mereka mengehadkan had bilangan agensi buruh yang dibenarkan menghantar pekerja.
Bestinet diserbu SPRM
Awal julai lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan menyerbu ibu pejabat Bestinet Sdn Bhd (Bestinet) dengan beberapa pegawai disiasat berhubung pemilihan 25 agensi Bangladesh untuk menghantar tenaga buruh ke negara ini yang meragukan.
Pengasas Bestinet Dato’ Sri Aminul dan beberapa individu disoal siasat SPRM. Bagaimana 25 syarikat itu dipilih pasti mengundang persoalan. Bestinet terkenal membina jaringan syarikat memonopoli projek pekerja asing sebagaimana mereka lakukan sebelum ini.
Turut disiasat pegawai kedutaan Suruhanjaya Tinggi Bangladesh (tenaga buruh Bangladesh), Md Nazmus Sadat Salim.
Mengapa Saravanan lebih sibuk?
Bagaimanapun siasatan SPRM kepada Bestinet sedikit menggusarkan Datuk Seri M Saravanan. Kelihatan dalam media Saravanan lebih sibuk menjawab isu Bestinet dan Dato’ Sri Aminul. Bagi Saravanan setakat ini beliau berkata tidak pasti dan ia diserahkan kepada SPRM.
Apa yang pasti termasuk Saravanan cara pelantikan 25 agensi itu tidak diketahui. Ramai warga Bangladesh menyatakan bayaran tinggi perlu dibayar untuk memasuki Malaysia melalui 25 agensi pilihan Bestinet itu.
M Saravanan seperti menjadi jurucakap kepada Bestinet & Dato' Sri Aminul
Apabila ditanya mengenai penglibatan pengasas Bestinet, Dato' Sri Mohd Aminul bangla terkait "sindiket" yang membekalkan buruh dari Bangladesh ke Malaysia, Saravanan menentang keras tuduhan itu. Beliau menafikannya.
“Dia berasal dari Bangladesh dan kini warganegara Malaysia. Dialah yang sebenarnya membekalkan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing ke Malaysia bertahun-tahun dahulu.
“Dia tidak terlibat dalam pengambilan pekerja,” kata Saravanan
Walaupun semua pemain bekalan pekerja asing tahu Dato' Sri Aminul sudah bermain dengan pekerja asing sejak zaman Pak lah Ahmad Badawi, Azmi Khalid, Mohd Radzi Sheikh Ahmad, Syed Hamid Albar, Hishammuddin Tun Hussein, Zahid, Muhyiddin Haji Mohd Yassin dan hingga kini Hamzah Zainudin.
Bukan calang-calang orang pengasas syarikat Bestinet. Tan Sri Azmi Khalid bekas Menteri Dalam Negeri pernah menjadi Pengerusi syarikatnya. Tengku Omar Tengku Bot pula bekas Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia kini menjadi pengarah dan pemegang saham dalam Bestinet, JR Group dan beberapa syarikat milik Dato' Sri Aminul.
Ternyata M Saravanan sendiri tidak mengenali siapa Dato' Sri Aminul taikun Bangladesh yang menjadi warganegara Malaysia itu. Siapa tidak kenal Dato' Sri Aminul terkenal menggunakan wang tunainya untuk menakluk 'VVIP'. Saravanan sedang menempah satu tiket dalam SPRM.
Saravanan berkata dia tidak akan berganjak dalam keputusan mempertahankan 25 syarikat itu atas alasan mahu mengawal pekerja Bangladesh berlambak di Malaysia.
Edisi Siasat/Khas sebelum ini mendedahkan gambar percutian Saravanan Menteri KSM bersama Datuk Shahul Hameed CEO HRDF dan Pengasas Bestinet Dato' Sri Aminul di Dubai ketika bencana banjir di Malaysia. Edisi mendedahkan mengenai 25 syarikat yang dimonopoli oleh Dato' Sri Aminul.
Untuk apa M. Saravanan dan Dato' Sri Aminul ke sana jika tidak membincangkan hal perniagaan. Tak mungkin Saravanan berada secara kebetulan. Mungkin itu juga menjelaskan hubungan Saravanan dengaan Dato' Sri Aminul.
Mungkinkan pada masa akan datang M Saravanan akan menjadi mangsa terbaru Bestinet? SPRM pasti menggunakan semua perkara di kemudian hari berdasarkan pengalaman sebelum ini.
Percutian misteri Menteri KSM dan pengasas Bestinet & CEO HRDF
Hari ini isu pekerja asing semakin kritikal. Di bawah pemulihan negara sekarang syarikat sangat memerlukan pekerja asing memandangkan ramai pekerja tempatan tidak mahu bekerja. Kelewatan pengambilan pekerja asing kerana Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) dimonopoli oleh Bestinet akan lebih menyukarkan pemain industri.
Terlalu banyak sistem antara kementerian yang akhirnya menjejaskan nama baik negara. Sistem taikun 'bangla' FWCMS monopoli pekerja asing Malaysia manakala di KDN pula Sistem Dalam Talian Pembantu Rumah (MOS) telah menyekat 'business' kartel Indonesia yang sekian lama berurus niaga di negara ini. Semua kartel ini mempunyai hubungan rapat dengan VVIP antara negara. Benarlah kata orang. 'Jual manusia lagi untung dari jual unta'.
Cuma sekarang M Saravanan Menteri KSM lebih rakus dan jika tidak ditangani kerakusannya akan menjejaskan kerajaan serta Perdana Menteri Dato' Sri Ismail Sabri.