Amir 'penganggur' mengaku tiidak bersalah anjur protes LCS
16:08 Aug 26, 2022  |  By SabahKini2
Amir 'penganggur' mengaku tiidak bersalah  anjur protes LCS

Amir Hariri Abd Hadi SUA Muda merayu dikurangkan bayaran jaminan kerana beliau tidak bekerja dan penganggur. Amir didakwa mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Muda, Amir Hariri Abd Hadi didakwa di Mahkamah Majistret di sini berhubung protes Kapal tempur pesisir (LCS) di ibu negara dua minggu lalu.

Dia mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Fardiana Haryanti Ahmad Razali.

Amir Hariri, 31, didakwa selaku penganjur gagal memberitahu pegawai polis yang menjaga daerah Dang Wangi lima hari sebelum mengadakan perhimpunan di depan Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 2 petang 14 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 9 (5) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000, jika sabit kesalahan.

Amir Hariri merayu bayaran ikan jaminnya dikurangkan memandangkan beliau tidak bekerja dan seorang penganggur.

Peguam Beatrice Chin berkata, anak guamnya dibenarkan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.

Majistret menetapkan 3 Nov untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Sementara itu, Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pendakwaan Amir jelas membuktikan kerajaan takut dan gentar dengan suara rakyat.

“Jelas di sini, rakyat yang lantang bersuara tentang ketidakadilan dan penyelewengan berskala besar libatkan berbilion ringgit didakwa, tetapi mereka yang curi kekal bermaharajalela.”

 

 

 

Comment