1,136 terkorban akibat banjir di Pakistan
14:08 Aug 30, 2022  |  By SabahKini2
1,136 terkorban akibat banjir di Pakistan

Menteri Iklim Pakistan, Sherry Rehman berkata, keadaan bertambah buruk selepas monsun baharu dijangka berlaku pada bulan September.

ISLAMABAD: Pakistan berada di barisan hadapan krisis iklim dunia selepas monsun yang menyebabkan banjir kali ini mengorbankan lebih 1,136 nyawa.

Menteri Iklim Pakistan, Sherry Rehman berkata, keadaan bertambah buruk selepas monsun baharu dijangka berlaku pada bulan September.

Jelasnya, monsun melanda lebih awal dan lebih buruk daripada biasa sejak permulaan musim panas dengan terbaharu hujan lebat minggu lalu menjejaskan hampir seluruh negara.

Kata Rehman, Pakistan sudah biasa dengan musim tengkujuh namun dalam tempoh lapan minggu lepas, hujan lebat yang tidak berhenti dan ia tidak pernah dibawa oleh monsun yang pernah melanda sebelum ini.

Bagaimanapun hujan lebat telah berhenti sejak dua hari lalu dan banjir di beberapa kawasan mulai surut.

Setakat ini, hampir 500,000 orang telah ditempatkan di pusat pemindahan sementara akibat kehilangan rumah mereka.

"Perubahan Iklim tidak mengenal sempadan dan kesannya boleh dirasai secara tidak seimbang, sudah tentu merentasi kawasan selatan dunia kerana kita lebih dekat dengan garisan khatulistiwa.

"Jadi apabila anda melihat sistem tekanan rendah yang datang dari Teluk Benggala, ia menyerang kami sebelum orang lain. Jadi kami berada di barisan hadapan krisis global," katanya.

Sejak 1959, Pakistan bertanggungjawab untuk hanya 0.4 peratus daripada pelepasan Co2 dunia.

Amerika Syarikat bertanggungjawab untuk 21.5 peratus, China 16.5 peratus dan Kesatuan Eropah 15 peratus.

Bantuan antarabangsa mula mengalir ke Pakistan dan tentera membantu mengagihkan bantuan ke kawasan terpencil serta memindahkan mereka yang kehilangan tempat tinggal

Comment