PRU15, Rahman Dahlan kembali bertanding di Kota Belud
13:09 Sep 10, 2022  |  By SabahKini2
PRU15, Rahman Dahlan kembali bertanding di Kota Belud

Walaupun tidak lagi menjadi Ahli Parlimen Kota Belud sejak 5 tahun lalu namun Rahman Dahlan kekal berkhidmat untuk rakyat Kota Belud. Kini beliau tampil ke depan untuk kembali di KB. Banyak sumbangan pembangunan beliau lakukan di KB

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Abdul Rahman Dahlan mengesahkan bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Belud berkata, namanya sudah berada dalam senarai BN untuk PRU15 nanti.

“Saya tidak keberatan menawarkan diri bertanding tapi yang penting nama saya berada dalam senarai calon bersama dengan rakan lain untuk memastikan BN mendapat kedudukan terbaik pada PRU nanti.

“Namun, ia masih bergantung kepada keputusan parti, cuma saya diberikan beberapa gambaran aspirasi kepimpinan parti untuk saya menawarkan diri menjadi calon PRU,” katanya

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu turut memberi bayangan akan membuat penampilan semula di kerusi Parlimen Kota Belud yang pernah dimenanginya sebelum ini.

Katanya, beliau tidak pernah berhasrat meninggalkan Kota Belud sebaliknya diarahkan bertanding di Parlimen Sepanggar oleh kepimpinan parti pada PRU14.

Bagaimanapun, katanya strategi itu tidak mengena kerana beliau dipindahkan ke Sepanggar dalam tempoh tiga bulan sebelum PRU.

“Sehingga kini, biarpun tidak lagi menjadi Ahli Parlimen Kota Belud, beliau tetap meneruskan janji bagi membangunkan sebuah politeknik.

“Jadi, selama lima tahun ini, walaupun tidak bergelar wakil rakyat di sana, saya berusaha mendapatkan kelulusan kerajaan persekutuan untuk menubuhkan Politeknik Kota Belud,” katanya.

Rahman berkata, kelulusan fasa pertama bagi pembangunan politeknik itu telah diberikan dan beliau akan menyambung semula usaha tergendala selepas PRU lalu.

Katanya, selaku ketua Umno Tuaran, beliau turut memberi keutamaan kepada kawasan Tuaran tapi itu bukan keputusan yang boleh dibuat sendirian kerana ia bergantung kepada parti.

“Apa-apa pun saya akan patuh kepada keputusan parti, di mana saja saya dicalonkan,” katanya.

Ketika Rahman Dahlan sebagai Ahli Parlimen Kota Belud banyak pembangunan yang di bawa seperti PPR Ulu Pirasan Kota Belud, projek PBT,  Bazar Rakyat Kota Belud, Dataran Kota Belud, projek menaiktaraf Jalan Kulambai - Suang Punggur - Belud tanduk (RM10 juta) menaiktaraf Jalan Tengkurus - Lahanas, Jalan Gaur - Mengkulat dan Jalan Sayap


PPR Pirasan Kota Belud


Bazar Rakyat Kota Belud

 Dataran Kota Belud

 

Sejak dulu berusaha untuk Politeknik Kota Belud

Comment