Dr. Rasid dilantik NC UMS, pulihkan universiti struktur semula UMS Investment melingkup rugi lebih RM4 juta!
23:09 Sep 12, 2022  |  By SabahKini2
Dr. Rasid dilantik NC UMS,  pulihkan universiti struktur semula UMS Investment melingkup rugi lebih RM4 juta!

Legasi Dr. Taufiq Yap Yun Hin sebagai NC UMS bukan saja pencapaian UMS teruk tapi syarikat menjana pendapatan UMS Investment Holding Sdn Bhd juga bakal melingkup rugi lebih RM4 juta. Naib Canselor UMS baharu perlu pulihkan semua ini.

Selepas pengumuman tertangguh Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang sebelum ini dilaporkan bakal memilih Prof  Dr Arifin Abdu Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UPM akhirnya keputusan berpihak kepada Profesor Dr. Rasid Mail, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) sebagai Naib Canselor UMS yang baharu.

Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dikatakan hari ini bakal mengumumkan Naib Canselor UMS itu

5 nama yang disenaraikan  sebelum ini ialah;

i. Prof Datuk Chm. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin (Bekas VC) (Sabahan)

ii. Prof  Dr Arifin Abdu - Sekarang Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) (Sabahan)

iii. Prof Datuk Dr. Kasim Hj. Md. Mansur -  Bekas TNC HEP/ Dekan UMS dan kini Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Sabah. (Sabahan)

iv. Profesor Dr. Rasid Mail- Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) (Sabahan)

v. Prof Dr Ismail Ali- Bekas TNC HEP & Alumni UMS (Sabahan)

'Tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu! Calon-calon lain bukan tidak layak namun Profesor Dr. Rasid Mail mungkin calon kanan paling layak dan mendapat rezeki itu.

Semua orang tahu kerosakan yang dilakukan Prof Datuk Chm. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) lantikan Kerajaan Pakatan Harapan sejak 30 Julai 2019 itu. Kroni-kroninya semua naik pangkat sebagai pensyarah kanan malah mendapat profesor penuh dan pencapaian bumiputera di UMS ditahap membimbangkan. Apapun legasi IKRAM di UMS berjaya diranapkan.

Lari dari legasi Taufiq Yap

Profesor Dr. Rasid Mail sebelum ini dianggap penyambung legasi Dr. Taufiq Yap Yun Hin. Oleh itu dengan pelantikan Dr. Rasid Mail sebagai VC UMS yang baharu diharap beliau segera keluar dari kepompong legasi Taufiq Yap. Menstruktur UMS semula dengan cara acuan sendiri.

Polisi UMS yang merugikan perlu segera dirombak seperti merancakkan  penjanaan dana UMS dengan menghidupkan peranan anak syarikat milik UMS iaitu UMS Investment Holdings Sdn Bhd. Dijangka peruntukan Universiti Awam tahun depan makin berkurangan sepatutnya UMS memanfaatkan syarikat sedia ada untuk menambah pendapatan. Tidak bergantung kepada peranan fakulti dan jabatan tertentu di UMS dalam mencari dana UMS.

Struktur semula UMS Investment Holdings Sdn Bhd jangan lantik pensyarah atau penjawat awam yang tidak mampu berniaga dan mendapatkan pelaburan. Gaji CEO dibayar lebih RM15,000 sebulan tapi UMS Investment Holdings Sdn Bhd rugi. Bukan susah mencari Pengurus Besar, MD atau CEO dari luar. Ramai layak dan boleh bekerja termasuk bekas-bekas alumni UMS yang boleh membantu UMS. Paling penting berhenti menjadikan UMS  Investment Holdings Sdn Bhd tempat membuang pegawai kanan atau tempat skandal rasuah UMS.

Kerugian paling teruk ketika Prof Datuk Chm. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin Naib Canselor UMS sebagai Pengerusi UMS Investment Holdings Sdn Bhd sehingga lebih RM4 juta. Revenue pun tak sampai RM2.5 juta setahun. Modal berbayar syarikat besar tetapi sayang pencapaiannya menyedihkan.


Ahli Lembaga Pengarah bukan kata tak layak. CEO Bank SDB pun ada.
Tapi management syarikat hancur bila diurus pegawai yang tak layak. Tak reti perniagaan dan pelaburan

UMS Investment Holdings Sdn Bhd hanya berharap duit UMS tidak ada janaan pendapatan yang relevan menguntungkan UMS. Jika UMS Investment Holdings Sdn Bhd bukan milik UMS dan Kerajaan dah lama UMS Investment Holdings Sdn Bhd muflis.

Dua anak syarikatnya ‘Hidup segan mati tak mahu’ Bayu Prima Resources Sdn Bhd dan Ulink Ascot Sdn Bhd. Lain syarikat dah berkubur tanpa nisan

Bayu Prima Resources Sdn Bhd sepatutnya dimanfaatkan sepenuhnya bukan sekadar 'asal-asal' ada.Ulink Ascot Sdn Bhd
yang dimiliki UMS tak sampai 25% kalau tak mendatangkan hasil lepaskan saja.

Penasihat-penasihat bekas Naib Canselor UMS dan pegawai dilantik menguruskan UMS Investment Holdings Sdn Bhd punca melingkupkan UMS. Senang berniaga syarikat kerajaan rugi tak apa gaji jalan untung pula kemudian fikir. Tidak mengapa rugi kerana semua wang UMS dan kerajaan. 


Para Punasihat kepada Dr. Taufiq Yap Yun Hin Naib Canselor UMS yang melingkupkan 
UMS Investment Holdings Sdn Bhd. Lantikan Pengurus UiNVEST pun penasihat yang cadang

Pegawai yang menguruskan UMS Investment Holdings Sdn Bhd tidak kompeten. Di bawah Pengurus Besar  Yusak Yumboris, UMS Investment Holdings Sdn Bhd hancur dan kini digantikan oleh Francis Vincent Ariffin yang bukan 'mindset business'. Masalah besar UiNVEST ialah birokrasi yang terlalu banyak dari Jawatankuasa UMS Investment, Risk Management, kewangan,  penyelidikan inovasi (P&I) dan sehingga ke peringkat Lembaga Pengarah Universiti. Satu kertas kerja pelaburan dan penjanaan pendapatan UiNVEST memakan masa berbulan-bulan. 

Naib Canselor sebagai Pengerusi perlu menurunkan kuasa kepada pegawai kepercayaannya bukan dia bertindak seolah-olah selaku CEO dan Pengerusi Eksekutif yang membantutkan fungsi UMS Investment Holdings Sdn Bhd dan anak syarikatnya. Lebih baik lantik Pengerusi lain bagi UiNVEST. NC hanya pantau.

Jika ada salah laku rasuah di UiNVEST bukan susah lapor SPRM, NC boleh cuci tangan. Tak perlu disiasat atau jadi saksi kes mahkamah seperti sebelum ini. 

Paling penting Naib Canselor UMS jangan jadikan UiNVEST dan anak syarikatnya sebagai kantong 'tunai' bagi projek-projek UMS. Apa bila rugi siapa dipersalahkan dan terpalit kalau bukan Naib Canselor?

 Apa Yusak Yumboris buat? Kini disambung oleh Francis.

 

Bendahari lama UMS,  Zallifah Shadan pula lantik kroni berkait dengan keluarga dan suku sakatnya. Dulunya kerjanya mengawal UMS Investment Holdings Sdn Bhd dan anak syarikatnya.  Projek Kampus UMS Pusat, Sandakan hingga di Labuan semua sapu. Projek KESUMBA atau Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah semua diberi kepada kroninya Mohd Farish Hussain bekas Timbalan Pendaftar UMS yang juga kontroversi isu (VIDEO) Kantoi Pegawai Khas Timbalan Menteri KDN 'Skodeng' seluar dalam Wanita tahun 2018. Berapa agaknya rasuah dibayar Farish kepada Zallifah dulu?


Sudah tiba masa SPRM siasat Zalifah ketika dia menjadi Bendahari UMS. Keluarga dan suku sakatnya kaya raya
Periksa pendapatan dan keluarganya jika melampaui gaji.
Zalifah seperti Menteri Kewangan di UMS semua dia kontrol termasuk teknikal tender

 

Banyak projek dalam kampus UMS disapu oleh Mohd Farish Hussain bekas Pegawai Khas Azis Jamman ini. Bayar rasuah banyak jadi nak singkirkan Mohd Farish Hussain berniaga di UMS tidak mudah. 

ARTIKEL BERKAITAN BACA - (VIDEO) Kantoi Pegawai Khas Timbalan Menteri KDN 'Skodeng' seluar dalam wanita cina ]

(VIDEO) Kantoi Pegawai Khas Timbalan Menteri KDN 'Skodeng' seluar dalam wanita cina

 
Profesor Dr. Rasid Mail perlu cepat merombak dan membersihkan legasi Taufiq di UMS. Majukan UMS dengan cara sendiri. Pelantikan TNC di UMS juga perlu dibuat berhati-hati tidak gopoh. Sudah terdengar desas-desus namun biarlah dalam penceritaan akan datang. Pilih yang benar-benat boleh membantu bukan membawa rebah. Bukanlah benda baru Naib Canselor UMS dilantik secara singkat. Ia pernah berlaku dan tidak mustahil Profesor Dr. Rasid Mail tersalah langkah jika bermula salah di awal pelantikannya. 

Apapun tahniah kepada Profesor Dr. Rasid Mail yang dilantik sebagai Naib Canselor UMS yang baharu. Terima kasih Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad terus memilih 'Sabahan' mengemudi UMS. 

 

3 Comments