'OPR' naik Tengku Zafrul kata dia tak ada kuasa maka lebih baik tak jadi Menteri Kewangan!
23:09 Sep 18, 2022  |  By SabahKini2
'OPR' naik Tengku Zafrul kata dia tak ada kuasa maka lebih baik tak jadi Menteri Kewangan!

Zafrul kata dia tak ada kuasa. Kerajaan tidak masuk campur akan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR). Serah kepada MPC dan Gabenor BNM. Kalau tak mahu campur tangan lebih baik tak jadi Menteri Kewangan. Bagi Gabenor BNM jadi Menterilah. Yang rasa beban...

Apa sudah jadi kepada Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Menteri Kewangan Malaysia? apabila berkata Kerajaan tidak masuk campur akan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) negara kerana ia ditentukan oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM).

Mengapa begitu? Menteri Kewangan seperti Menteri lain mempunyai kuasa di bawah Akta Fungsi Menteri yang jelas fungsinya. Malah Menteri Kewangan lebih banyak kuasa berbanding Menteri lain dari segi bab kewangan. Kenapa tak cakap saja' Gabenor Bank Negara dan MPC tak dengar cakap Menteri? kan senang..Tapi kalau bab projek semua dia kata kuasa Menteri. Bab bukan projek semua kuasa pegawai..

Menurut Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz OPR adalah di bawah Akta Bank Negara 2009 dan kerajaan tidak campur tangan dalam urusan berkaitannya.

“Ramai mengatakan kerajaan lebih utamakan pihak bank (naikkan OPR), OPR ini bukan kerajaan yang buat keputusan, kerajaan tidak masuk campur soal ini (OPR). Itu harus diperbetulkan.

“Kenaikan OPR itu juga tidak kayakan bank kerana mereka juga perlu membayar kaedah faedah lebih tinggi kepada pendeposit,” kata Tengku Zafrul

Sekalipun Gabenor Bank Negara tertakluk kepada Akta Bank Negara 2009 namun sebagai penjawat awam yang disyorkan pelantikannya oleh Menteri Kewangan beliau sepatutnya lebih peka keadaan sekeliling terutama kehendak rakyat juga. Apa jawatankuasa pun mana mungkin Menteri Kewangan bertanggungjawab tidak boleh campur tangan. Melainkan Ahli Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia jenis bebal dan pro PH yang tak pernah pun peduli hal rakyat. Sebab itu ada Menteri sebagai benteng akhir yang boleh melihat bukan saja dari sudut rakyat, negara tetapi juga sudut politik.

Setidaknya menjelang PRU ke 15 Menteri Kewangan memberi arahan kepada Gabenor Bank Negara lantikan Lim Guan Eng PH itu supaya tidak kelihatan mensabotaj kerajaan pemerintah. Sepatutnya Gabenor Bank Negara sekarang ditukar dan cari pegawai BNM yang berkebolehan.

Menyerahkan kepada Gabenor BNM dan pasukannya bulat-bulat tanpa campur tangan kerajaan hanya akan lebih memudaratkan. Bukan saja ekonomi negara semput tetapi rakyat juga membenci kerajaan terutama rakyat yang mempunyai pinjaman kepada bank. 

Penulis perhatikan Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus ni jenis mana peduli hal rakyat. Ketika zaman pandemik dan rakyat perlu moratorium beliaulah orang yang  menolak cadangan moratorium kepada semua golongan atas alasan pelaksanaan yang tidak baik kepada ekonomi negara.  Katanya jika kerajaan terus meletakkan lebih banyak wang di dalam 'poket' rakyat dalam jangka masa pendek, ia akan menimbulkan banyak gangguan ekonomi serta kesan negatif.

ARTIKEL BERKAITAN- Gabenor Bank Negara 'Lantikan PH' kata moratorium menyeluruh ibarat penuhkan ‘poket’ rakyat ganggu ekonomi ]

Gabenor Bank Negara  'Lantikan PH' kata moratorium menyeluruh ibarat penuhkan ‘poket’ rakyat ganggu ekonomi

Sekalipun Tengku Zafrul memuji OPR negara berada pada tahap 2.5 peratus dengan Bank Negara Malaysia (BNM) telah menaikkan 75 mata asas sejak Januari lepas namun Menteri Kewangan seharusnya bertindak mengawal tindakan Gabenor BNM dan pegawainya menaikkan OPR sesuka hati.

Sikap membandingkan OPR negara lain dengan negara sendiri hanya menyebabkan rakyat benci kepada pemerintah kerajaan. Ini cara lama dari kerajaan lama yang terbukti gagal difahami rakyat. 

“Perlu bandingkan dengan OPR negara-negara lain, negara lain naik lebih 225 mata asas tetapi kita masih di tahap 2.5 peratus. Adakah ini tinggi, saya rasa kalau berbanding dengan pertumbuhan ekonomi yang kukuh pada separuh tahun pertama sebanyak 6.9 peratus dan suku kedua adalah 8.9 peratus.

"Harus juga ingat OPR negara sebelum pandemik COVID-19 adalah sekurang-kurangnya tiga peratus sejak 2013. Jadi, masih rendah dan dasar monetari masih lagi akomodatif," jelasnya.

Rakyat sudah bosan dengan dengan segala bentuk pengumuman yang realitinya mereka tak dapat pun! Rakyat tak peduli pun penjelasan Menteri kerana rakyat sudah cukup terbeban dengan kenaikan kos sara hidup, harga barang dan gaji yang tidak mencukupi. Rakyat juga tak peduli tentang unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 5.3 peratus dan 6.3 peratus kerana mereka merasa beban itu.

Jika BNM menaikkan lagi OPR 2.5 peratus kepada 100 mata maka kerajaan pimpinan Ismail Sabri pasti menerima tekanan lebih buruk dan persepsi rakyat sebelum menghadapi PRU-15.

Pembangkang PH mereka tak peduli semua ini. Tugas mereka mudah iaitu menghasut saja rakyat walaupun ketika mereka berkuasa 22 bulan Lim Guan Eng lebih teruk lagi.

Tengku Zafrul perlu berhenti memuji diri sendiri atau ekonomi negara lebih baik di bawahnya. Para peniaga, pemain saham dan rakyat tak bodoh untuk tahu hal KDNK, OPR, Inflasi dan segala bagai itu. Rakyat tak nampakpun petunjuk ekonomi negara semakin baik atau indikator positif kepada segmen perniagaan usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan koperasi. Rakyat tahu sekarang nilai ringgit jatuh, kenaikan harga barang melonjak dan gaji pendapatan sekarang tidak menampung kos sara hidup. Gaji mereka kekal sejak bertahun lamanya tetapi kos hidup tidak pernah menurun.

Ini realiti yang harus Tengku Zafrul turun padang bukan bergantung semata kepada Gabenor Bank Negara yang kerjanya asyik menaikkan OPR saja. Gabenor Bank Negara Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus mana peduli keluhan rakyat. Kalau dia nak sabotaj kerajaan pun apa Tengku Zafrul dan kerajaan boleh buat apa? Yang bertanding dalam pilihanraya nanti ialah Tengku Zafrul dan para menteri bukan pegawai BNM. Pegawai siapa kerajaan pun mereka ibarat main catur. Tidak dikawal mereka akan menjahanamkan Kerajaan pemerintah. Mereka tak rugi apapun. 

Jadi jika Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata ‘tidak masuk campur’ urusan Bank Negara Malaysia lebih baik berhenti sajalah jadi Menteri Kewangan. Jadi tukang fotostat dokumen sajalah kerana tugas itu memang tak boleh campur tangan. 

Patutlah Bank Negara Malaysia ni bodoh ahli perniagaan yang syarikatnya rugi dan melingkup pun mereka lantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah BNM. Dah tak ada orang lain. Itu sebab BNM tak boleh di kawal oleh Tengku Zafrul.

Kamarulazman Muhammed ni pakar ke? syarikat pun rugi. duit kerajaan mereka rembat. Bagaimana dia jadi BOD BNM?
Kabel ke? Patutlah Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) dan BNM ikut kepala mereka saja. 


By - Awang Batatar

4 Comments