Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menerima kujungan hormat daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) Pilihan Khas Keselamatan Parlimen ke-14 yang diketuai Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul serta AJK lain.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) Pilihan Khas Keselamatan Parlimen ke-14 di pejabatnya di sini, hari ini.
Jawatankuasa itu diketuai Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul serta AJK lain termasuklah Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong dan Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh.
Jawatankuasa itu juga akan mendengar taklimat mengenai keselamatan daripada agensi-agensi penguatkuasa di Sabah, termasuk soal pembangunan dan sosial ekonomi melibatkan kawasan sempadan negara.
Selain itu, jawatankuasa berkenaan juga akan melawat negeri Sarawak bagi tujuan yang sama.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong dan Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Menteri, Datuk Armizan Mohd Ali.