Selepas 22 bulan gagal, PH terus 'mengencing' janji mansuh tol, PTPTN
21:10 Oct 05, 2022  |  By SabahKini2
Selepas 22 bulan gagal, PH terus 'mengencing' janji mansuh tol, PTPTN

Ulang lagi! Dulu PH mengencing dalam manifesto PRU-14. Kini Anwar Ibrahim dan PH mengulangi janji palsu memansuhkan bayaran tol dan bayaran balik PTPTN. Rakyat menilai

Nampaknya tidak jemu lagi PH mengencing sejak manifesto PH PRU-14 kini Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PH mengulangi janji palsu memansuhkan bayaran tol dan bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), khusus untuk golongan B40.

Kononnya semua cadangan dasar itu dimasukkan dalam ‘SCRIPT-For a Better Malaysia’, buku yang mengetengahkan visi dan kerangka dasar yang menjadi matlamat Anwar untuk mentransformasikan Malaysia.

Buku yang dihasilkan menerusi kerjasama Institut Darul Ehsan (IDE) dan Pusat Dasar Postnormal dan Kajian Masa Depan yang dilancarkan seakan manifesto PH itu oleh Anwar itu antara lain mencadangkan bayaran tol kepada B40 dimansuhkan dengan menyediakan ‘Pas Tol’ kepada golongan itu.

Beliau yang juga berpandangan kerajaan perlu mula melaksanakan kajian skim tol untuk golongan M40 dan T20.

Anwar juga mencadangkan pemansuhan bayaran balik PTPTN kepada golongan B40, selain memansuhkan hutang peneroka FELDA.

Semua janji-janji ini pernah dibuat oleh PH namun gagal dilaksanakan ketika PH berkuasa 22 bulan lalu terutamanya mansuh tol dan isu PTPTN. Semua janji itu dicapati.

Sebagaimana manifesto ‘kencing’ PH buku yang diterbitkan kali ini juga sekadar janji keutamaan tidak semestinya dilaksanakan kerana tertakluk kepada sebarang perubahan situasi pada masa depan.

Menurut Anwar cadangan itu tidak semestinya dilihat sebagai manifesto, tapi kerangka falsafah berasaskan nilai kebajikan dan boleh diubah-ubah.

“Saya harap semua pihak boleh baca, kritik dan beri idea baharu.

 

 

Comment