Nampaknya apa yang dilakukan oleh Pakatan Harapan sejak Mei 2018 terdedah kini.
Sabahkini2 pada Ogos 2018 melaporkan bagaimana Peguam Negara PH, Tommy Thomas lantik Sitpah peguam firmanya sendiri mengurus kes dan penjualan kapal mewah Equanimity.
[ARTIKEL BERKAITAN- Kes Equanimity : Peguam Negara Lantik Firma Guaman miliknya Tommy Thomas]
Selepas kantoi dan tular Tommy Thomas memaklumkan Sitpah Selvaratnam telah meletak jawatan dari firma guaman milik Tommy namun hakikatnya Sitpah tidak pernah meletak jawatan.
RM15.5 juta kos pengurusan kapal layar mewah, Equanimity
Pada 6 Mei 2019 Tommy Thomas mengumumkan kos RM15.5 juta yang ditanggung oleh kerajaan PH selepas merampas dan menjual kapal layar mewah, Equanimity sehingga terjualnya dengan harga AS$126 juta kepada anak syarikat Genting Malaysia Berhad.
Perbelanjaan-perbelanjaan itu diperincikan seperti berikut:
- Berlabuh di Pelabuhan Klang - RM407,000
- Berlabuh di Pangkalan Tentera Laut Langkawi - RM0
- Kos operasi (yuran, gaji, insurans, makanan, pembaikan, penyelenggaraan) - RM12.7 juta
- Perkhidmatan penilai dan pentaksir bebas - RM400,000
- Yuran guaman bagi Tetuan Joseph & Partners (selaku peguam cara) - RM1.6 juta
- Ong Chee Kwan (peguam) - RM360,000
- Tetuan Holman Fenwick Willan (peguam asing) - RM40,000
- Sitpah Selvaratnam (peguam utama) - RM0 [Atas Kertas]
Jumlah yuran guaman dibayar kepada kroni Tommy Thomas ialah RM2,000,000,00 iaitu firma Tetuan Joseph & Partners, Ong Chee Kwan dan Tetuan Holman Fenwick Willan
Ini termasuk RM400,000 untuk perkhidmatan penilai dan pentaksir nilai kapal Equanimity.
Dilaporkan Sitpah Selvaratnam sebagai pro- bono di atas kertas tetapi bayarannya dibayar oleh Tetuan Joseph & Partners dalam nilai RM 1.6 juta itu.
Dalam Buku memoir ‘My Story: Justice in the Wilderness’ yang ditulis Tommy Thomas mendedahkan skandal perundangan di zaman PH termasuk campur tangan siasatan, kehakiman dan lain-lain lagi. Bekas Peguam Cara III Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria mendedahkan bahawa Tommy suka melantik rakan-rakan peguam untuk menguruskan kes. Jadi tak hairanlah jika Sitpah Selvaratnam dari tetuannya sendiri dilantik.
Kapal mewah 'Equanimity' dijual kepada Genting RM514 juta
Sebelum itu April 2019 Tommy, Lim Guan Eng dan Kerajaan PH berbangga mengumumkan Equanimity berharga USD130 juta dijual kepada Genting Malaysia Berhad dengan harga USD126 juta (RM514 juta).
Peguam Negara Tommy Thomas berkata, penjualan kapal itu dibuat selepas Mahkamah Admiralti Kuala Lumpur memberi kelulusan untuk menerima tawaran membeli Equanimity daripada Genting atas Terma-terma dan Syarat-syarat Syerif.
Apakah manfaatnya Lim Guan Eng dan Tommy Thomas? Lim Guan Eng tak mungkin akan menolong jika tanpa balasan.
Pelepasan Cukai Genting Highland RM4.8 bilion
Apakah kerana Genting Highland telah membeli kapal Equanimity maka sebagai membalas budi Lim Guan Eng terus memberi pelepasan cukai sehingga RM4.8 bilion melalui surat Kementerian Kewangan bertarikh 14 Julai 2019.
Hebat Genting Malaysia Berhad bayar kepada Kerajaan PH RM514 juta pada April 2019 dan kemudian pada julai 2019 diberi pula pelepasan cukai sehingga RM4.8 bilion.
Tommy Thomas pula dan Sitpah Selvaratnam balun yuran perkhidmatan penjualan kapal Equanimity melalui firma guaman sendiri dan kroni.
BACA LAGI
ARTIKEL BERKAITAN - SPRM digesa siasat semula salahguna kuasa Tommy Thomas bayar RM2 Juta kepada Firma Tommy dan kroni
ARTIKEL BERKAITAN- Mana SPRM? Terbukti Tommy Thomas salahguna kuasa, bayar RM2 juta kepada Peguam Firma Tommy, Kroni