PRU-15: GRS tidak guna logo PN guna logo sendiri
22:10 Oct 09, 2022  |  By SabahKini2
PRU-15: GRS tidak guna logo PN guna logo sendiri

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan tetap menggunakan logo gabungan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), walaupun ia menjadi parti komponen yang membentuk Perikatan Nasional (PN).

KOTA KINABALU - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan tetap menggunakan logo gabungan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), walaupun ia menjadi parti komponen yang membentuk Perikatan Nasional (PN).

Menurut Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Jeffrey Kitingan dan Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP), Datuk Seri Yong Teck Lee berkata, logo GRS akan digunakan biarpun Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan, supaya semua parti dalam gabungan itu menggunakan logo sama pada PRU-15.

Jeffrey dan Yong Teck Lee adalah Naib Presiden PN yang juga Timbalan Pengerusi GRS.

GRS ditubuhkan bagi menggantikan PN selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada tahun 2020 dan gabungan itu terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)  Sabah, Parti Bersatu Sabah (PBS), SAPP, STAR serta Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO).

Ketika ditanya media sama ada logo PN akan digunakan GRS, Jeffrey sekadar menjawab ‘tidak’.

Jawapan sama diberikan Teck Lee.

“Di Sabah, kami menggunakan logo GRS,” katanya.

Muhyiddin dilaporkan ke Sabah bagi membincangkan isu-isu kerusi pilihanraya termasuk menggunakan satu logo sahaja  atau logo PN.

“Kita akan berbincang lebih lanjut. Tetapi secara peribadi, saya lebih suka menggunakan satu logo kerana sebelum ini, kami menggunakan logo itu pada PRN dan ternyata okay,” katanya.

Sementara itu PAS Sabah yang bukan komponen GRS atau Barisan Nasional (BN) Sabah dilaporkan sudah mencadangkan nama calon mereka kepada GRS namun dijangka tidak akan tersenarai pada PRU-15.

Kerjasama PAS di Sabah dalam GRS atau BN mungkin akan memberi kesan kepada sokongan rakyat Sabah kerana situasi tidak sama dengan PAS Semenanjung.

3 Comments