Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, minyak masak keluaran tempatan ini akan mula dipasarkan tidak lama lagi di mana ianya akan dijual lebih murah dari harga pasaran minyak masak bersubsidi dari jenama yang lain.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mengedarkan minyak masak berjenama ‘ Sayang ‘ keluaran Sawit Kinabalu di Anjung Selera, Teluk Likas sempena majlis Pra-Pelancaran minyak masak jenama itu.
Menurutnya minyak masak keluaran tempatan ini akan mula dipasarkan tidak lama lagi di mana ianya akan dikeluarkan di dalam beberapa bentuk kemasan iaitu minyak masak botol 1 kilogram, 2 kilogram dan juga 5 kilogram.
Minyak masak ini akan dijual lebih murah dari harga pasaran minyak masak bersubsidi dari jenama yang lain, dan pihak sawit Kinabalu kini sedang melantik agen-agen pasaran dan ianya akan mula dijual di tidak lama lagi.
Tambah Hajiji lagi, Kilang ini mempunyai kapasiti untuk memproses minyak masak bersubsidi sebanyak 150 tan sebulan dan dengan usaha ini ianya dapat mengurangkan masalah kekurangan bekalan minyak masak di pasaran.
Justeru tambah Hajiji lagi, keutamaan minyak masak ini adalah untuk dijual di dalam negeri Sabah dan jangan ada penyeludup menjual minyak masak ini di lain tempat serta berharap peniaga-peniaga yang dilantik bertanggungjawab di dalam soal seumpama ini katanya. – SM