DAP berang video 'Wanita Penang' tular pengaruhi rakyat
10:02 Feb 25, 2018  |  By SabahKini2
DAP berang video 'Wanita Penang' tular pengaruhi rakyat

Ertinya video yang mempunyai mesej mudah difahami tu meresap dalam fikiran rakyat sehingga menjadi bualan netizen. Respon para macai DAP sangat jelas sekali.

 

GEORGE TOWN: Selepas video seorang wanita cina di Pulau Pinang tular sejak 22 Februari lalu menceritakan bagaimana keadaan di Pulau Pinang berubah menjadi lebih teruk sejak pilihan raya lepas menjadikan pembangkang seperti DAP kepanasan dan mengerahkan segala jenteranya untuk menafikan video tular itu.

Ertinya video yang mempunyai mesej mudah difahami tu meresap dalam fikiran rakyat sehingga menjadi bualan netizen. Respon para macai DAP sangat jelas sekali.

Malah DAP mengarahkan portal yang dibayarnya The Malaysian Insight membuat satu artikel khusus untuk menjawab video itu yang dikatakan sebagai propaganda “Pengguna sosial media kecam video kutuk Pulau Pinang”.

 

Pengalaman menyertai BERSIH. BERSIH itu sendiri satu propaganda menghasut rakyat

Video memaparkan seorang wanita, yang mendakwa dirinya berusia lewat 20-an dan seorang eksekutif kanan yang menetap dan bekerja di Pulau Pinang mempersoalkan sama ada 10 tahun bawah kerajaan negeri pimpinan DAP belum cukup untuk menjadikan kehidupan lebih baik untuk warga Pulau Pinang.

Beliau akui dirinya penyokong Pakatan Harapan, dan mendakwa pernah menyertai tunjuk perasaan anti-kerajaan, seperti himpunan Bersih yang menyeru pilihan raya bersih.

“Pembangkang menang 4 tahun lepas. Ya, kita menang, tetapi bagaimana keadaan Pulau Pinang sekarang?”

Beliau berkata dirinya insaf apabila menyedari kos kehidupan di Pulau Pinang setinggi Kuala Lumpur.

“Kami dipengaruhi seruan perubahan kamu. Tetapi setiap kali sesuatu jadi tidak betul, kamu salahkan kerajaan persekutuan. Kamu terlalu angkuh untuk mengakui kamu salah.

“Orang-orang yang disangka pesalah itulah yang menyelamatkan kami,” kata wanita itu 

 

Realiti Pulau Pinang dan Gejala Rasuah yang bermula dari Ketua Menteri

Video itu bukan sahaja disiarkan dalam facebook Friends of Barisan Nasional DAP tetapi akaun facebook lain pro BN dimana terdapat komen kedua belah pihak iaitu ‘menyokong’ dan ‘tidak menyokong’

The Malaysian Insight memetik semua komen-komen yang netizen yang menyokong DAP namun dalam masa yang sama terdapat banyak juga netizen menyokong hakikat sebenar video itu jika hidup di Pulau Pinang.

Hari ini pelbagai cukai dinaikkan di Pulau Pinang begitu juga tarif air dan tempat letak kereta. Lebih ketara ialah kenaikan harga rumah tidak memungkinkan rakyat Pulau Pinang membelinya. Lebihan kediaman mewah untuk orang asing berlambak. Tidak ada rumah mampu milik untuk orang tempatan dan pengangguran lebih tinggi, kerana kilang-kilang besar meninggalkan negeri itu.

Jadi apakah salah pendapat wanita itu ramai orang hilang pekerjaan tetapi kilang haram muncul di merata tempat, tanah runtuh, banjir, sampah dan pelbagai lagi. Ia realiti di Pulau Pinang.

Kes rasuah juga berleluasa buktinya Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang juga terlilbat rasuah dan kini bakal dibicarakan di mahkamah. Begitu banyak tangkapan kes rasuah seperti Exco Pulau Pinang Phee Boon Poh termasuk terbaru kes terowong dasar laut Pulau Pinang menyebabkan semua proksi Lim Guan Eng di reman SPRM begitu juga Exco Pulau Pinang yang dipanggil memberi keterangan SPRM.

Ia adalah fakta. Bukan direka dan bukan propaganda yang palsu.  Jadi video itu telah memberi tekanan kepada DAP dan kerajaan  Pakatan Pulau Pinang. Lihat saja komen-komen nitezen yang menyokong persembahan video itu. Tidak kira siapa yang membuatnya mesej mengenai Pulau Pinang itu sangat jelas. Rakyat Pulau Pinang sedang derita tetapi Lim Guan Eng dan kroni kaya raya.

Video itu sudah ditonton lebih 400,000 kali dan dikongsi oleh lebih 1,200 orang di akaun Friends of BN - Barisan Nasional belum masuk di akaun facebook lain. 

DAP sangat takut sehingga terpaksa menggunakan perkataan PROPAGANDA dan juga TIPU untuk mengurangkan impak video tersebut sedangkan pada hakikatnya rakyat Penang sebagaimana yang ditunjukkan 'Wanita Penang' itu benar-benar berlaku. Itulah apa yang mereka rasa sekarang. Tidak ada rakyat Pulau Pinang berkata RUMAH DI PULAU PINANG ADALAH MURAH!. Kos hidup Penang adalah rendah dan semua amat pasti Ketua Menteri Pulau Pinang orang Melaka kini bakal dibicarakan di mahkamah kerana RASUAH.

Gelombang ketiga untuk isu terowong akan bermula Isnin ini. Lim Guan Eng bakal dipanggil SPRM. Apa lagi yang tidak jelas. Penang kan negeri penuh rasuah.

Comment