Senarai baru yang diumumkan presiden mendapat reaksi daripada bahagian. Kira-kira 12 orang penyandang bekas Menteri dan Timbalan yang digugurkan.
Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan senarai calon BN malam tadi di PWTC.
Senarai itu menunjukkan 70 peratus dibarisi calon baru dan muda.
Beberapa bekas menteri dan penyandang kerusi parlimen tidak terpilih menjadi calon buat BN dalam PRU akan datang.
Najib kini sedang dipenjarakan, Idris Jusoh (Besut) dan Nazri Abdul Aziz (Padang Rengas) mengumumkan persaraan. Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar), Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar), Shahidan Kassim (Arau), Annuar Musa (Ketereh), Ahmad Nazlan Idris (Jerantut), Ismail Abdul Muttalib ( Maran), Adham Baba (Tenggara) dan Halimah Mohamed Sadique (Kota Tinggi).
Khairy Jamaluddin penyandang kerusi Rembau dipindahkan - ke kerusi baru iaitu Parlimen Sungai Buloh.
Seorang lagi tokoh berprofil tinggi yang tiada dalam senarai malam ini ialah bekas pengarah pilihan raya Umno Malaysia, Tajuddin Abdul Rahman
Ahmad Zahid tidak membacakan senarai calon BN untuk Sabah kerana gabungan itu akan mengumumkan sendiri tokoh yang terpilih bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kemudian.
Sementara itu enam kerusi tidak diumumkan Ahmad Zahid atas sebab yang tidak diketahui iaitu Tumpat, Kuala Nerus, Tanjong Karang, Kepong, Jempol dan Kuala Pilah.