Warisan akan bertanding 26 kerusi Parlimen di Semenanjung pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), termasuk meletakkan bekas presiden MCA yang telah lama keluar parti Ong Tee Keat di Parlimen Pandan kerusi tradisi MCA.
Selepas lima tahun menyepi daripada politik, Ong secara rasmi menjadi ahli Warisan beberapa hari lalu atas alasan didesak Presiden Warisan Shafie Apdal.
Shafie turut mengumumkan bekas ahli DAP dan PKR Wee Choo Keong akan bertanding di kerusi Wangsa Maju.
Wee adalah Ahli Parlimen Bukit Bintang untuk DAP dari 1990 hingga 2004, dan Ahli Parlimen Wangsa Maju PKR dari 2008 hingga 2013.
Shafie berkata Warisan masih belum memutuskan calonnya di kerusi Parlimen Arau.
“Pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya secara ringkas.
Senarai penuh calon Warisan di Semenanjung adalah:
Perlis P01 Padang Besar – Ko Chu Liang
Perlis P02 Kangar – Rohimi Shapiee
Perlis P03 Arau – Calon akan diumumkan
Kedah P08 Pokok Sena – Noraini Salleh
Kedah P09 Alor Setar – Fadzil Hanafi
Kedah P10 Kuala Kedah – Syed Araniri Syed Ahmad
Kedah P14 Merbok – Khairul Anuar Ahmad
Kedah P17 Padang Serai – Bakhri Hashim
Penang P42 Tasek Gelugor – Akmal Azhar
Penang P46 Batu Kawan – Ong Chin Wen
Penang P50 Jelutong – Lim Huat Poh
Penang P52 Bayan Baru – Ooi Chuan Aun
Perak P71 Gopeng – G Balachandran
Perak P72 Tapah – Mohamed Akbar Sherrif Ali Yasin
Perak P74 Lumut – Isnin Ismail @ Ibrahim Khan
Kelantan P19 Tumpat – Khairul Azuan Kamarrudin
Selangor P99 Ampang – Lai Wai Chong
Selangor P100 Pandan – Ong Tee Keat
Selangor P101 Hulu Langat – Abdul Rahman Jaafar
Selangor P110 Klang – Loo Cheng Wee
Kuala Lumpur P114 Kepong – Young Shang Yi
Kuala Lumpur P115 Batu – Naganathan Pillai
Kuala Lumpur P116 Wangsa Maju – Wee Choo Keong
Negeri Sembilan P129 Kuala Pilah – Azman Idris
Johor P141 Sekijang – Zohar Ahmad
Akan diumumkan