SPRM sahkan Muhyiddin didakwa esok kes Jana Wibawa
16:03 Mar 09, 2023  |  By SabahKini2
SPRM sahkan Muhyiddin didakwa esok kes Jana Wibawa

Akhirnya Muhyiddin akan didakwa esok di mahkamah kes salah guna dana Jana Wibawa

Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki hari ini mengesahkan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa di mahkamah esok (khamis).

Kenyataan itu mengesahkan Ahli Parlimen Pagoh yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang sedang diambil keterangan oleh SPRM Putrajaya tidak dihadapkan ke mahkamah hari ini.

"Esok beliau dijangka akan didakwa. Bukan hari ini," katanya

Muhyiddin dilihat tiba di Ibu Pejabat SPRM, di sini, pada 11.18 pagi, bagi memberi keterangan dipercayai berkaitan kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Seperti biasa cara SPRM panggil tengahari untuk ambil keterangan dan biarkan Muhyiddin bermalam di lokap sebelum didakwa esok di mahkamah dan seterusnya di jamin.

Sementara itu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Muhyiddin Yassin sebelum ini menyatakan dirinya tidak bersalah atas tuduhan penyelewengan Jana Wibawa.

Menurut sumber lain dijangka pertuduhan akan dibuat kepada Hamzah Zainuddin dan budaknya Dato' Stephen Sim yang direman SPRM baru-baru ini.

 

Comment