Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berharap seramai 12 ahli yang dilantik menerajui MPWS bagi sesi 2023-2024 akan memberikan sumbangan idea, masa dan tenaga untuk melaksanakan sebaiknya agenda pembangunan wanita di Sabah.
KOTA KINABALU: Seramai 12 Ahli Induk Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) dilantik bagi sesi 2023-2024.
Ia terdiri daripada Pengerusinya, Datuk Dr Tarsiah TZ Taman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi; Timbalan Pengerusi MPWS dan Pengerusi Jawatankuasa Gender, Baiyah Ag Mahmon; Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang, Datuk Noraini Idris; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Datin Malianah Ugau; Pengerusi Jawatankuasa Sosial, Prof Madya Dr Muhammad Idris Bullare serta Pengerusi Jawatankuasa Wanita dan Media, Eliza Goh.
Manakala, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi, Datuk Redonah Bahanda; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Dr Jiloris Frederick Dony; Timbalan Pengerusi Kesihatan, Dr Nirmal Kaur; Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Prof Madya Dr Imelda Albert Gisip; Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Gender, Fauziaton Ag Samd dan Timbalan pengerusi Jawatankuasa Undang-undang, Rosemary Ahping.
Kesemua mereka mengangkat sumpah dihadapan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Pejabat Ketua Menteri, hari ini.
Hadir sama Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Flovia Ng dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah, Haslina Ismai.
Dalam pada itu, Hajiji berharap seramai 12 ahli yang dilantik menerajui MPWS bagi sesi 2023-2024 akan memberikan sumbangan idea, masa dan tenaga untuk melaksanakan sebaiknya agenda pembangunan wanita di Sabah.