'Datuk Roy' kambing hitam, Azam Baki patut reman Fakhri Yassin, adik Adlan dan Rasyidi pegawai SPRM
03:03 Mar 15, 2023  |  By SabahKini2
'Datuk Roy' kambing hitam, Azam Baki patut reman Fakhri Yassin, adik Adlan dan Rasyidi pegawai SPRM

'Datuk Roy' dilaporkan tidak terlibat urusan kawtim Fakhri Yassin. Yang ambil rasuah Rasyidi Pegawai SPRM duit daripada Siti Dalena Berhan bersama suaminya pemberian Fakhri RM400k. Mengapa 'kambing hitamkan' Datuk Roy?Mengapa tak reman pegawai kesayangan?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini terpaksa menahan seorang pegawainya bernama Mohd Rasyidi Bin Mohd Said ‘dikenali sebagai budak Azam’ kerana menerima rasuah dari pasangan suami isteri terkait dengan Datuk Adlan Berhan menantu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Siti Dalena Binti Berhan bersama suaminya Syed Farid Bin Syed Ahmad Al-Attas yang terkenal dengan ‘scammers’ di media sosial ditahan pada Khamis lalu, kerana meminta dan menerima rasuah sebanyak RM400,000 bagi urusan menyelamatkan Fakhri Yassin Mahaiddin daripada disiasat dan reman SPRM kes program Jana Wibawa.

Scammers Media Sosial

Persoalan yang besar rakyat ialah mengapa Fakhri Yassin yang disiasat SPRM tidak direman? Begitu juga dengan Siti Dalena Berhan bersama suaminya Syed Farid Bin Syed Ahmad Al-Attas termasuk Pegawai SPRM, Mohd Rasyidi Bin Mohd Said.

Namun tiba-tiba ‘Datuk Roy’ atau Mohd Hussein Mohd Nasir muncul dalam naratif baru sebagai lelaki yang diburu SPRM kononnya yang berurusan dengan Mohd Rasyidi Bin Mohd Said

Media massa menyiarkan gambar Datuk Roy secara meluas kononnya beliau adalah dalang utama.

Bagaimanapun menurut sumber ‘Datuk Roy’ tidak ada kaitanpun dengan kes meminta rasuah RM400,000 ini. Mohd Hussein Mohd Nasir  ‘Datuk Roy’ memang ada urusan dengan Mohd Rasyidi Pegawai SPRM tetapi hanya perkara jual beli motosikal sahaja. 

Oleh tu hasil jualan motosikal itulah serbuan SPRM dibuat dirumah pegawai SPRM dan menangkap Rasyidi.

‘Datuk Roy’ dan Rasyidi hanya kambing hitam Tan Sri Azam Baki susulan kesilapannya tidak menahan Fakhri Yassin. Ini sama apa yang dilakukan Azam Baki pada kes Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sepatutnya dilokapkan semalaman tetapi dibebaskan sebelum didakwa keesokannya.

Perkara ini menyebabkan rakyat menganggap Tan Sri Azam seorang yang ‘double standard’. Pemimpin seperti Najib, Zahid dan Lim Guan Eng semuanya bermalam di lokap tetapi Muhyiddin Yassin sangat istimewa

Inilah yang berlaku kepada siasatan Fakhri Yassin anak sulung Tan Sri Muhyiddin yang sepatutnya direman.

Maka ‘Datuk Roy’lah yang yang menjadi kambing hitam untuk direman bagi mengalihkan semua berita mengenai Fakhri Yassin.

Datuk Roy’ direman 3 hariDatuk Roy hanya kambing hitam tiada kaitan kes rasuah Pegawai SPRM Mohd Rasyidi Bin Mohd Said

Mohd Hussein Mohd Nasir sebelum ini memang pernah dituduh di mahkamah pada 2021 dan dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan rasuah. Namun kali ini beliau memang tidak terlibat sama sekali.

Menurut sumber semua naratif ini ciptaan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki untuk menyelamatkan Fakhri Yassin, mengkambing hitamkan Datuk Roy dan pegawai kesayangannya Mohd Rasyidi Bin Mohd Said peminat motosikal mewah berkuasa tinggi

Datuk Fakri Yassin Mahiaddin merupakan anak sulung Tan Sri Muhyiddin yang juga pemilik syarikat Thriven Global Berhad selain Lembaga pengarah Yayasan Charity Golf Tan Sri Muhyiddin bersama Adam Ramlan Adam Muhammad. 

Adam Ramlan Adam Muhammad.pula individu yang didakwa kes Jana Wibawa

Oleh kerana laporan siasatan itu terdedah dan tular amat sukar Azam Baki bertahan untuk tidak memanggil dan mungkin mereman Fakhri Yassin. 

 [ARTIKEL BERKAITAN- SPRM siasat Fakri Yassin Mahiaddin buru ‘Datuk Roy’ rasuah RM400 ribu ]

 Tan Sri Muhyiddin Yassin, Fakhri Yassin Mahaiddin, Datuk Adlan Berhan (Menantu)
dan Adam Radlan Adam Muhammad (Sepupu)


 

22 Comments