Seorang gadis berusia 14 tahun melacurkan dirinya sebanyak 35 kali demi mendapatkan sebuah telefon pintar berharga RM5,000, lapor sebuah akhbar berbahasa Cina.
Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa dipetik berkata, kes terbabit merupakan antara kes perdagangan seks melibatkan pelajar bawah umur tahun lalu.
Menurutnya, berdasarkan risikan polis, pelacur tempatan di bawah umur itu menawarkan perkhidmatan serendah RM300 dan sebahagian bayaran dibahagikan kepada anggota sindiket.
"Ini bermakna, gadis berusia 14 tahun itu hanya akan memperoleh sebanyak RM150 untuk bahagiannya.
"Bagi mendapatkan telefon pintar yang bernilai sekitar RM5,000, dia perlu melayan pelanggan sebanyak 35 kali," ujar beliau.