Ketua-ketua cabang wajib berbuat sesuatu menyingkirkan Ketua Christina Liew Pengerusi MPN Sabah. Segera..Jangan sampai PKR berputih mata, biar hilang seorang jangan hilang keyakinan ahli PKR
SEPANGGAR: Perbezaan pendapat mula timbul dalam kerjasama antara parti pembangkang di Sabah berhubung pengagihan kerusi terutama kerusi di luar bandar.
Presiden Parti Warisan Sabah Shafie Apdal berkata, DAP negeri berusaha untuk bertanding di kerusi itu walaupun ia telah dituntut Warisan.
"Saya boleh bekerja dengan DAP. Tetapi mereka perlu bekerjasama dengan kita jangan minta semuanya termasuk untuk kerusi di bahagian dalaman”. kata Shafie
Baru-baru ini Timbalan Presiden Warisan Darell Leaking menegur tindakan DAP mengumumkan kerusi 60% Warisan dan 40 % Pakatan yang tidak disenangi Warisan. Ia dianggap memandai-mandai dari Steven Wong Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan Sabah itu.
Perebutan kerusi antara DAP, PKR dan Warisan bukan lagi rahsia. Ia memaksa campur tangan Muhyiddin Yassin Presiden PPBM untuk mengarahkan Pakatan Harapan diketuai Shafie Apdal.
Terbaru sekumpulan AJK dari Parti Keadilan Rakyat Karambunai menggesa Christina Liew Pengerusi PKR Negeri Sabah yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Sabah harus meletak jawatan kerana gagal menjalankan fungsinya.
“Christina Liew wajar disingkirkan menjadi Pengerusi MPN Sabah dengan segera jika mahu menyelamatkan 6 kawasan bumiputera yang kalah dengan UMNO BN”.
“Ketua-ketua cabang wajib berbuat sesuatu menyingkirkan Ketua Christina Liew Pengerusi MPN Sabah. Segera..Jangan sampai PKR berputih mata, biar hilang seorang jangan hilang keyakinan ahli PKR”. kata seorang bernama Jafree Daban dalam aplikasi Whatapps Keadilan Untuk Karambunai.
Dalam satu kumpulan Whatapps Ahli PKR yang dibocorkan kepada pihak luar jelas PKR sedang bergolak menentang Christina Liew kerana terlalu terikut-ikut rentak dengan DAP.Tidak lama lagi isu perebutan kerusi dengan Parti Warisan juga bakal akan meletup.
DAP Sabah sebelum ini memegang hampir kesemua kerusi bandar dan kawasan populasi Cina seperti di Sandakan, Kota Kinabalu, Sri Tanjong di Tawau dan Kepayan pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Difahamkan kali ini, DAP cuba memperluaskan pengaruh di kawasan luar bandar terutamanya dalam kalangan penduduk pribumi menerusi kempen "Impian Sabah" dan merekrut Pengarah Sekretariat Jaringan Orang Asal Semalaysia (Jaos) Jannie Lasimbang sebagai ketua Wanita DAP Sabah dan wanita Pakatan Harapan Sabah.
Dalam pendedahan itu dilaporkan DAP mengintai 8 kerusi iaitu Api-api, Sepanggar, Sipitang, Tenom, Silam, Keningau, Sandakan dan Kudat. 11 kerusi lagi diserahkan kepada Parti Warisan dan bakinya adalah PKR dan Parti Cinta Sabah (PCS).
Dalam perkembangan lain, disaat PKR berbalah serta Pakatan Harapan berebut kerusi Gabungan Sabah pula berjaya mengadakan konvensyennya di Kota-Kinabalu baru-baru ini yang mengumpulkan lebih 4000 ahlinya melancarkan manifesto Gabungan Sabah dalam PRUke-14.
Sementara itu BN pula terus fokus kepada persiapan pilihanraya tanpa perlu berbalah sesama sendiri. Semua kerusi parti komponen telah ditentukan. Kehadiran YAB Perdana Menteri baru-baru ini ke Sabah terus menyuntik semangat parti itu untuk mempertahankan kemenangan.
Perpecahan parti Pakatan Pembangkang dan parti-parti lokal adalah satu dari kunci kejayaan Barisan Nasional di Sabah. Semakin banyak pertandingan dan penjuru semakin luas peluang BN memenangi kerusi pilihan raya.